topbella

Sunday, 19 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

*tema coklat! kau ada ?


SELAMAT HARI RAYA
MOHON AMPUN DAN MAAF SEPANJANG MENJADI BLOGGER NI!
dari Cik Diba dan Keluarga


p/s: tahun ni kami beraya tanpa encik ayah :'( hope we will meet in Jannah

Wednesday, 8 August 2012

Cuka Kurma atau Khal :)

Assalammualaikum :)

Pejam celik pejam celik dah nak sampai penghujungkan bulan ramadhan. huhu sedihnya nak lepaskan bulan ramadhan ni. Betul tak rakan-rakan.

khal atau dikenali sebagai cuka kurma

Siapa tahu apa itu cuka kurma atau orang Arab panggil khal?   KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

Kalau anda semua nak tahu khal adalah minuman yang diamalkan oleh nabi-nabi terdahulu. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.
 KANDUNGAN CUKA KURMA:
*vitamin C, vitamin E, vitamin B1 vitamin B6, 
*beta-karotena, 
*vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). 

khasiat Cuka Kurma Menurut Perubatan Islam:-

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-
** 01: dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
** 02: membuang darah kotor & melancar aliran darah
** 03: mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
** 04: melancarkan pergerakan usus
** 05: merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
** 06: memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
** 07: menurunkan tahap kolesterol
** 08: mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
** 09: membakar kalori dgn cepati
** 10: membuang toksin
** 11: merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
** 12: penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
** 13: mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
** 14: merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
** 15: mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
** 16: melancarkan pengeluaran susu ibu
** 17: melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
** 18: memperbaiki fungsi limpa
** 19: menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan
Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909 & Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.


p/s: marilah amalkan pemakanan yang sihat :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KakiBLOGGER

Empunya Blog

My Photo
Adibah Jumali
Memiliki aset dimple termahal. Love to make people laugh and love to smile :-) Saya suka warna purple :))
View my complete profile
 
Cik Diba© Designed by: Compartidisimo