topbella

Thursday 29 December 2011

Kehilangan Sangat Dirasai

Assalammualaikum warga blogger. Diharap semua dalam keadaan sihat walafiat. Hari ni Cik Diba tak nak tulis panjang-panjang cuma nak bagitahu tentang kehilangan ayahanda tercinta.

Pada 23/12/2011 aku telah dikejutkan dengan berita kehilangan ayahanda ku. Tidak menyangka beliau akan tinggal kan kami dengan begitu cepat. Arwah ayah meninggal sebab sakit jangkitan paru-paru. Namun yang membuatkan aku sangat terkilan aku tidak dapat cium ayahanda untuk kali terakhir, tapi aku redha mungkin ada hikmah disebaliknya.


Semoga ayahanda ditempatkan di tempat orang-orang beriman. AL-FATIHAH.

P/S: Terima kasih kepada saudara mara dan rakan-rakanyang menjadi nadi kekuatan kami sekeluarga 

Wednesday 21 December 2011

Biar Gambar Berbicara (Musim Berperang)


P/S: Makin hampir saat itu :)

Friday 16 December 2011

Ijazah Yang Indah

Assalammualaikum. Hai kawan-kawan blogger :) Ampun ya dah lama cik Diba tak menaip kat blog nih. Bukan lah sibuk sangat pon tapi sebab kemalasan melampau. Tu ler jadi gini. Saja biarkan blog bersawang-sawang :)) hahhaa. OK ada ker yang rindu aku? eh silap rindu blog aku? ad tak? alolo comelnya orang yang rindu tuh :)


Macam yang anda tahu aku sekarang tengah dalam proses study untuk degree. Sumpah cakap sangat susah oke. Yelah dengan takde pengalaman masuk U. Pastuh 1 week kuliah assigment mencurah-curah macam ujan. Seronok betul aku siapkan assigment tuh. Alhamdulillah sume dah siap. Bahagia betul. Tapi serius aku rasa amik degree nih memang letih lah. Nak berjalan macam siput pon tak sempat.



Sume nak cepat. Rasa baru mula belajar, tup2 sekarang dah nak final exam. OMG cepatkan masa berlalu. Aku baru rasa daftar bulan9 hari tuh. Tak sangka dah nak abis 1 semester.Hari tuh kitorang baru dapat result untuk exam mid sem. Ceh sume result aku cukup-cukup wat topup. Comel jer bila tengok. Dah nak dekat final nih lagi lah makin rajin aku nak pergi berjalan-jalan. Buku tuh macam perhiasan abadi jer dekat U ni. Bukak buka tuh pon bila perlu. Kadang-kadang bukak juga buku tapi rasanya LAMAN MUKA BUKU lagi best kot. Haish betulkan ada hantu kat laman muka buku. Macam kasi bubuh dadah jer kat situ :))

Semalam aku tido lambat semata-mata nak betulkan balik aku punya jadual sem depan. Aish belum pape dah kena wat jadual untuk sem depan. Seronok jer tengok jadual sem depan semua subjek susah pule. Molek lah kan. Dan paling merugikan bila aku tak amik subjek penting tuh tie sem 1. Huwa kan dah tertinggal. Kalau tak sem akan datang pasti dah boleh goyang-goyang kaki. aiseh. Tapi takper yang penting sekarang aku still enjoy degree aku. Walaupon aku rasa kata-kata orang tipu belaka bahawa sem 1 macam honeymoon. Aku tak rasa pon gitu. Macam rushing jer.

 Klik untuk tumbesaran :) (jadual sem depan )

Kesimpulannya doakan lah kejayaan aku dan mohon aku diberi kekuatan untuk tempuh semua dugaan semasa wat degree nih :) oh good luck untuk rakan-rakan yang bakal mengahadapi final exam :) senyum na jangan nak tension2 sangat :))



P/S: aha tak sabar nak abis exam dan packing barang balik selangor :))

Thursday 3 November 2011

Kenapa Perlu Ada Sign Begini

Pernah tak korang nampak sign camni kat mana-mana? Mesti pernah kan. Cik Diba tak ler nak mempertikaikan sangat sign ni bile letak kat tempat yang rasanya sesuai lah. Means macam kat ofis or tempat-tempat yang memang private untuk staff jer. Tapi ada something yang wat aku rasa cam nak bawak bergaduh dengan sign ni. Sebabnya bila sign ni ada kat surau aku rasa tak patut lah sangat kan.

Bukan apa ada 1 hari tuh aku dengan kawan-kawan terpaksa guna surau yang ada tanda staff nih sebab tuh paling terdekat. Lagipun salah seorang kawan aku sakit dan tak dapat nak naik tangga untuk pergi ke surau di tingkat atas. Bila sampai dekat sana ada lah dalam setengah jam lagi nak tunggu waktu masuk Zohor. Jadi kitorang baring-baring ngan rehat-rehat kejap. Sambil study sikit-sikit sebab petang tuh ada exam. Tetibe ada sorang staff nih masuk, then tetibe marah kat kitorang cakap kitorang tak patut masuk situ. Padahal sebelum nih kitorang dah mintak kebenaran dekat salah seorang staff kat situ.

Bagi aku lah kan tak payah lah nak marah kitorang. Macam lah kitorangtak dapat terima kalau die tegur cara baik. Lagipun bukan sengaja nak masuk surau tuh. Sebab kawan sakit jer. Kalau tak kitorang lagi rela pegi surau yang jauh tuh. Duduk dalam surau pon kene marah. Aish apalah sudah jadi ye?

P/S: Kadang-kadang ada yang patut dan tak patut untuk dilakukan. :)

Saturday 29 October 2011

Selamat Diijabkabulkan

Oh my hari ni hari sabtu. Means kalau dah menghampiri Sabtu dan Ahad maksudnya banyak lah keduri kahwin kena attend. Minggu lepas sahabat aku lagi sorang menikah. Alhamdulillah dah selamat pon. Mintak maaf lah minggu lepas tak dapat datang rumah die sebab aku masih berada di Kedah. Hari nih majlis kat belah lelaki. Jadi ingat nak pegi attend.

TAHNIAH RAIHANAH BINTI NORDIN DAN PASANGAN :)
HOPE KORANG BAHAGIA DAN KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT.


Cik Diba rasa kahwin dalam usia yang sangat muda zaman nih dah jadi trend kan. Heheh. Kawan aku yang attend majlis diorang minggu lepas cakap tengok diorang nih macam main kahwin-kahwin. HAHA. Ok lawak statement tuh. Ape pon tahniah. Jodoh sampai awal. Untung lah :)

P/S: kawan aku yang kahwin bulan 7 hari tuh dengar cerita dah pregnant. CONGRATE. Tahun depan pasangan nih pulak kot :)

Friday 28 October 2011

Mewarnakan jari itu indah :)


P/S: membalas dendam update blog :)

Perkara Paling Happening Kat Universiti

Assalammualaikum rakan-rakan. Nampaknya hari nih baru berpeluang nak update blog. Ada yang menanti Cik Diba update blog ke? Macam takde je kan. Hehehe.

Oke meh kita terus ke topik. Ha Cik Diba nak bagitau pasal perkara yang paling happening bila dah masuk U ni. Confirm korang akan jumpa benda-benda ni.

EXAM + Kuiz

Jangan tipu lah kalau cakap U korang takde exam kan. Even kat sekolah pon dulu ada exam right. Cuma yang membezakan exam dekat U ni kita kene ikut ler lecturer tuh nak wat bila kan. Bagi Cik Diba seronok exam dekat U. HAHAH


BAS OH BAS

Bagi budak sem 1 macam aku nih terpaksa ler naik pengangkutan awam yang disediakan oleh pihak universiti. Dan satu-satunya pengangkutan tuh pastinya bas. Paling syoknya naik bas ni sebab kene berebut-rebut. Eh aku pernah kot berebut dengan budak laki sebab nak naik bas. HAHA. Aku halang dorang naik bas dulu sebab aku nak dapatkan tempat duduk. Aih bukan taknak berdiri tapi tau jer lah kat UUM tuh bukit bukau. Jadinya jalan tuh pasti lah berliku-liku. Tension siot terpaksa berpaut dengan kuat. Kalau tak mau ko terjatuh manja depan semua orang. Ha best lagi pasal bas nih korang akan rasa boleh berdondang sayang bila terpaksa tunggu bas dengan kadar yang lama. Paling lagi best bila korang tengok bas yang korang tunggu tuh dah full. Best kan bila kene tunggu lagi lama. Happening bhai~

KELAS OH KULIAH

Oh heaven kan kalau kelas batal. HEAVEN gila. Tapi aku rasa macam tak berapa nak heaven bila kau dah datang kelas dengan semangat tetibe lecturer kau bagi notis tulis CLASS CANCEL. Mak aih bengang kot. Lagi-lagi kalau hari tuh memang kelas tuh jer yang korang terpaksa datang. Heaven right korang siap semata-mata untuk datang kelas tuh dan akhirnya balik dengan perasaan macam nak makan jagung manis bebanyak. HAHA :))

P/S: I LOVE STAY IN MATRIKULASI :))
 

Sunday 9 October 2011

Hari yang Menggila

Assalammualaikum! Hai korang! Wah lama kan Cik Diba tak update. Terasa agak excited bila dapat update nih. Rasa-rasanya ada tak yang rindu dengan entry Cik Diba. Macam biaa lah bila dah lama tak update tuh sebab sibuk. Sibuk dengan kehidupan baru dekat Universiti nih. Ada lagi ke yang tak tau Cik Diba dapat U mana. Oke2 meh Cik Diba announce sekali lagi Cik Diba sekarang study kat Universiti Utara Malaysia (UUM). Cik Diba malas nak citer pengalaman mula-mula datang sana. Kita simpan dulu ye. Hari nih nak cerita peristiwa tak dapat dilupakan.

Mari lah mulakan cerita. Nak tau hari ni kelas Cik Diba start pukul 3.30 petang jadi terpaksa bertolak dari ostel pukul 2 sebab nak pegi makan. After makan dah dekat pukul 2.30 petang, kawan Cik Diba ajak pegi mall. Oh jangan tak tau UUM ada shopping mall oke. U korang ada ke? *terbangga sebentar. Tujuan die ajak pegi mall sebab nak ada urusan kat Bank Islam. Sebelum tuh terpaksa singgah libary sebab nak pulangkan buku. Masa dah suntuk oke. Apalagi jalan lah laju-laju macam ulat yang banyak kaki uh sebab takut terlambat. Yang paling best kan dah sampai kat mall tuh baru perasan Bank Islam TUTUP. Terasa macam nak gelak guling-guling jer tengok muka kawan Cik Diba. Mana taknya muka dah penat jalan cepat-cepat + macam nak berlari. Lastly datang Bank TUTUP. Oke paling tak leh bla kitorang lupa yang hari ni hari AHAD. Terasa kesengalan pada diri masing-masing time tuh. Dan akhirnya kitorang pegi mall tuh just beli 1 cup jagung manis. HAHA. Pergi ke kelas muka penuh gelak ketawa macam orang gila sebab teringat kerja sia-sia;)) FUN SANGAT.
Disini destinasi kami :))

Ni mall kitorang. Seronok kan? Oke aku tipu jer. Mall kitorang kecik jer ;))


P/S Kepada kawan saya:  Saya sangat seronok hari nih. Lain kali kita boleh wat lagi kejer macam nih. :))

Sunday 4 September 2011

Kisah Raya Lagi

Raya ketiga Cik Diba join beraya dengan kawan-kawan. 
Memang tiap-tiap tahun spare 1 hari untuk raya dengan kawan-kawan. 
Tapi tahun nih agak suram sikit sebab 4 orang jer join beraya nih. 
Aih tak per lah berempat pon dah kira oke. Tahun nih dapat beraya 7 rumah jep. 
Paling tak boleh lupa kitorang beraya ke JJ. HAHA. Beraya kat wayang. :)) 

Farah dan Piah. ( memang tiap2 tahun pasti join)

Nina dan Cik Diba ;)) ( lighting terlebih )
P/S: tuh jer Cik Diba nak bagitau ;)




Masa itu Pantas ;))

Wah lama kan tak update blog ;) Aiseh Cik Diba saje jer wat sibuk. HAHAH padahal malas nak update blog. Saje jer suruh korang selak-selak entry lama-lama ;) Hehe. Oh hari nih nak update pasal Cik Diba bakal berangkat ke Kedah yep rakan-rakan. Jadi nanti makin sibuk ler. Korang pon boleh tengok sang labah-labah bakal jadikan blog Cik Diba sebagai rumah baru mereka ;)


Raya tahun nih tak berapa nak rasa bahang kehangatannya (ayat BM A++). Mungkin kepala dah serabut nak fikir barang-barang nak bawak ke U + fikir keadaan kat sana. Esok ada open house kat rumah. Selasa pepagi dah flight ke Kedah. Jadi selamat tinggal Selangor, welcome Kedah. Pasni Cik Diba cakap hang2 cheq2 lah ngan korang. Hoho.

 
Oh pada kawan-kawan yang daftar hari nih wish korang GOOD LUCK dan jaga diri baik-baik. Tahniah korang sebab dah melangkah ke U. Hehe. Kepada yang tersayang pon good luck yep, sila jangan nakal-nakal di MELAKA sana ;))
P/S: Jemput datang ke rumah saya esok ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KakiBLOGGER

Empunya Blog

My Photo
Adibah Jumali
Memiliki aset dimple termahal. Love to make people laugh and love to smile :-) Saya suka warna purple :))
View my complete profile
 
Cik Diba© Designed by: Compartidisimo