topbella

Saturday, 28 July 2012

Alhamdulillah! Rezeki Di Bulan Ramadhan :)

Assalammualaikum

Menaip lagi untuk entry kali ni. Jari-jari yang tak berapa nak runcing ni seronok menaip. Alhamdulillah setelah dah banyak kali refresh untuk mendapat keputusan yang disiarkan di internet, akhirnya dapat juga buka :) 


Credit to Hencik Google

Ok mokcik-mokcik pokcik-pokcik result kali ni bolehlah. Alhamdulillah semua lulus. Ok sem lepas Cik Diba ada tunjuk result kan. Sem ni sebab tak berapa nak molek sangat result tu kasi tutup. Tak mau hebah-hebah. HAHAHAHA malu :p

Alhamdulillah

Memang sem ni tak berapa nak target sangat. Memang tahu pon pointer akan jatuh tapi tak rebahlah ye.Tapi dah kira bersyukur sangat lulus semua subjek. Kalau ikutkan fikir-fikir ingat ada dua tiga subjek takut tak lulus. Yelah agak susahlah jugak subjek tu. Tapi Alhamdulillah berkat study last minute. Hua Hua. Kantoikan diri. Adik-adik jangan ikut perangai akak ye :)


:) Sila FAHAMI

Yang paling penting saya tak putus asa. Cik Diba nak kejar balik pointer tu kasi tinggi melangit. Cewah gaya ala-ala hebat sangat ye. Yang paling penting kunci kejayaannya tak boleh dah nak main-main. Belajar kasi up. 

p/s: Sentiasa ingatkan diri supaya tidak rebah sebelum mencuba :)Tahniah kepada rakan-rakan yang lain. Kamu superb!

Kejar Ayam Goreng, Anak tinggalkan


Assalammualaikum!

Ha jangan lebih-lebih telan air liur tu. Hadoi hadoi baru jer tunjuk ayam goreng korang dah dok telan-telan air liur. HAHAHAH. Mengancam kan. Ha bulan puasa ni Cik Diba macam biasa tolong pakcik Cik Diba meniaga ayam goreng dengan air :) Cik Diba tumpang juga air soya buatan Cik Diba. Alhamdulillah lakulah juga. Habis tiap hari. Rezeki di bulan Ramadhan ^_^

cik diba dan adik cik diba tolong meniaga :)
seronok ;)

Kalau dah namanya meniaga macam-macam orang jumpa. Macam-macam situasi pon ada. Yang paling bestnya ada suatu hari tu adalah seorang mak ni dengan dua orang anak dia datang nak beli ayam goreng. Dah seronok-seronok pilih ayam goreng terus jer bayar. Tiba-tiba Cik Diba terpandang sorang anak dia ni tengah sibuk perhati hape ntah sampai tak perasan mak dia dah pergi. Cik Diba pon panggil adik tu bagitau mak dia dah pegi. Nasib baik mak die tak jauh lagi baru sampai kat gerai depan tu. Mak dia pon satu dah dapat ayam sampai tak perasan anak tertinggal. Kesimpulannya sila lah pengang anak-anak anda ketika di pasar. Ni pegang bungkusan makanan sampai anak pun tak terpegang. Aih.


mak tinggal saya sebab tak cukup tangan pegang ayam goreng ;(


p/s: setiap kali bulan Ramdhan confirm orang akan cari air soya. Kenapa ye? 

Tuesday, 24 July 2012

Nendaku On Tv ;)

Assalammualaikum ;)

Korang jangan lupa on TV9 ok hari ni :) Sebab nenda saya masuk tv dalam rancangan Remedi ;) Glamor nenda na.

nenda Cik Diba yang pakai tudung coklat tu ye ;)

  
Tu dia pengacara dia :) FAKHRUL RADI
ehem! ehem!

Rancangan ni khas untuk pengamal perubatan :) Nenda saya tukang urut + bidan ;) Ramai-ramai on tv ok. Bagi yang pegi terawih boleh tgk ulangannya hari Jumaat 7.30 malam :)

p/s: nak autograf nenda :)


Monday, 23 July 2012

Beza Ramadhan Tahun Ini

Assalammualaikum 

Dah berpa hari tak hupdate blog. Oh virus M dah membiak banyak sangat. Nasib baik hari ni dah cuci sikit virus M tu. Jadi blog ler korang baca entry terbaru Cik Diba kan? kan? Korang memang comel :)

Family saya!
Gambar dah lama

Hari ni nak hupdate pasal perbezaan Ramdhan tahun ini dengan tahun lepas. Sebenarnya banyak perbezaan. Tapi paling ketara tahun ni sambut Ramadhan tanpa encik ayah. Rasa macam baru semalam bergurau senda dengan encik ayah. Dah dekat setengah tahun encik ayah pergi. Kalau dulu Cik Diba tolong pakcik meniaga mesti encik ayah datang singgah kejap-kejap. Walaupon datang saja-saja nak mengacau orang. Kalau tahun-tahun sudah setiap kali sahur mesti encik ayah yang kejut. Kalau tak jangan harap nak bangun. Tapi sekarang kena pandai-pandai bangun tolong puan ibu masak :'( 


:')

Walaupon tak dapat jumpa encik ayah untuk kali terakhir saya tetap berdoa semoga encik ayah ditempatkan di tempat orang yang beriman. Cik Diba sangat rindu dengan encik ayah. Semua sedara mara dah kata raya tahun ni mesti sepi sebab encik ayah lah yang selalu buat lawak. 


p/s: Al-Fatihah untuk encik ayah dan juga untuk abang senior saya yang baru jer meninggal tengah hari tadi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat

Friday, 20 July 2012

Semua di mulakan dengan Niat ;)

Assalammualaikum :)

Taknak wat entry panjang-panjang. Cuma nak tanya sapa belum niat lagi puasa untuk esok dan sebulan? Cepat ngaku :) Ok mari sama-sama niat nak?

Kalau tak besar sila klik-klik oke :)

Ha bagi yang lupa niat baik cepat-cepat baca sekarang. :) Korang sangat superb

p/s: Esok sahur sup cambell

Sape nak ganjaran?

Assalammualaikum 

Alhamdulillah esok kita semua akan berpuasa kan? Sume dah prepare? Korang dah buat checklist yang Cik Diba bagi semalam. Kalau dah Alhamdulillah semoga korang mendapat ganjaran yang berlipat ganda puasa ini. Amin. Mari-mari Cik Diba nak share ganjaran yang korang akan dapat sepanjang Ramadhan :)

beringat sambil beramal :)

Ha banyakkan :) Jadi mari kita sama-sama merasai nikmat Ramadhan tahun ini :)

p/s: Selamat Menyambut Ramadhan :)

Thursday, 19 July 2012

Mana lagi penting Puasa atau Raya?

Assalammualaikum ;)

You alls how are you today? Agak-agak hari ini lagi hebat tak dari semalam? Sapa dah feel feel nak puasa ? Cepat angkat tangan ramai-ramai. Alhamdulillah kalau korang dah ada perasaan macam tu. Tapi ada sesetengah orang dah feel nak raya tau. Kisahnya semalam Cik Diba pegi satu supermarket ni. Aih ada ke dah jual baju-baju raya, lampu-lampu raya, pelita lah, kad raya pun ada. Aih awalnya lah nak wat persiapan. Puasa pon belum kan. Mana persiapan nak puasa ni. Mana? Mana? Mana? Patutnya kita lebih excited nak sambut bulan Ramadhan kan.

sumber abang google

 Apa kata rakan-rakan kita betulkan kembali niat kita ;) Bolehkan? Bukannya susahkan. Bulan Ramadan lah bulan yang sepatutnya kita buat banyak amal ibadah. Maksudnya bukan bulan Ramadhan je. Sepatutnya bulan lain pun macam tu jugak. Cuma kita lebihkan sikit amalan kita. Time ni lah kita boleh lumba-lumba wat amal ibadah. Betul tak kawan-kawan. Bukan tak boleh nak wat persiapan awal beraya tapi lagi bagus kita dahulukan bulan Ramadhan ni. ;) Mari kita wat checklist untuk bulan Ramadhan ni :)

 boleh tampal checklist depan pintu bilik oke ;)


p/s: betulkan niat anda. Tak susah. Kita boleh lakukan :) Cik Diba dah buat anda bila lagi ;)




Wednesday, 18 July 2012

Ada Apa Dalam Makanan

Assalammualaikum ;)

Hai korang!! Sihat tak hari ini? Semoga semua orang sihat ye. Korang korang dah makan belum? Sape yang dah, makan tadi baca doa tak?? Yang mana belum makan yakin ke makanan tu takde apa-apa yang mencurigakan. Bersih tak makanan tadi ;) Ha sebenarnya makanan kita memang nampak biasa tapi boleh percaya ke? Ok mari Cik Diba kasi satu ayat untuk korang amalkan before makan.





Anda semua kena baca 7 kali ketika hendak makan ;)
Kalau makanan itu kotor yakni ada bacaan santau bekas makanan itu akan pecah :)
Ingat tu kawan-kawan! 


Nak minum pun kena hati-hati ye ;)
mungkin ada dalam minuman juge



p/s: kita tak tahu sapa yang iri hati dengan kita. sekurang-kurangnya kita berusaha daripada mudarat :)

Tuesday, 17 July 2012

Telefon Berdering ring~ ring~

Assalammualaikum :)

Hype kawan-kawan. Bertemu lagi dalam entry hari ini. Cewah gaya nak pengacara je. Hoho. Sape ada tengok berita utama semalam. Cer bagitau. Mesti tak ramai kan? kan? kan? Oke meh2 Cik Diba bagitau berita paling top sekali pada pandangan Cik Diba ni.

Besaq kan?

Nampak tu adik-adik sekalian tahun depan boleh ler bergaya dengan henfon masing-masing pegi sekolah ye. Hamboi bertepuk adik-adik sekalian. Seronok korangkan dapat bawak henfon pegi sekolah. Untung korang. Lepas ni takde lah sport check kena rampas henfon sampai 1 plastik. Sebenarnya kalau ikutkan kebaikannya ada tapi keburukannya pon ada. Kebaikkannya bila korang balik parents lambat ambik boleh ler calling-calling kan. Pastu cikgu pulak agak-agak ada budak tak masuk kelas lepas rehat boleh call. HAHAHA. Tapi-tapi buruknya banyak jugak. Korang confirm dok songlap-songlap tengok henfon kan mase cikgu mengajar. Pastu boleh pulak sms dengan bopren girlpren korang kan kan kan. Paling best henfom korang confirm canggih kan. Mesti berfb + bertweet.  Makin rosak lah budak-budak sekarang. Hope lah cikgu korang nanti pakat-pakat kumpul henfon korang dalam kotak letak atas meja guru. :) Amacam idea aku. Hebat tak?

Ha! cuba terjadi macam ni? Apa cite?

p/s: hai, please call me back! (sape pernah hantar sms macam ni?)




Monday, 16 July 2012

Bed time's story






p/s: indahnya perkenalan itu jika diakhiri dengan pernikahan ;)

Bakal Cucu Menantu

Assalammualaikum :)

Maaf kepada pembaca blog ini. Sepatutnya entry ni Cik Diba buat semalam tapi disebabkan kesibukan bertambah dengan ketiadaan mood tu yang jadinya entry baru nak ditulis hari ini :) Seperti yang dijanjikan kelmarin Cik Diba nak cerita pasal sesuatu yang juga ada kaitan dengan kahwin. Haiya semenjak ramai sedara-sedara dah mula jadi tunang orang Cik Diba pon dah mula ler banyak tulis kisah kahwin-kahwin :)

untuk renungan bersama ;)


 Minggu lepas dok melepak rumah nenda Cik Diba kejap sambil-sambil ambik barang-barang perhiasan untuk hantaran. Tengah dok sedap-sedap lepak segala. Mula lah buka cerita pasal jiran depan rumah Cik Diba yang bertunang dengan jiran belakang rumah Cik Diba. Aih dari satu cerita ke satu cerita. Tiba-tiba nenda Cik Diba yang dari dapur datang join borak. Cik Diba tolong dengar je lah. Sebenarnya seronok tau dengar orang tua-tua borak. Lagi-lagi bab depa dok ngumpat. Hamboi volume suara dari 5 terus down sampai 0.111 :) HAHAHA (sila jngan jadi macam Cik Diba ok). Ada makcik yang duk dekat rumah nenek Cik Diba tu cakap macam ni

"Aih sepupu kau si intan tu dah bertunang, kau bila lagi" 

Amboi sedapnya berkata. Cik Diba dok habaq kalau ada jodoh ada lah. Buat-buat bersabar lah. Dan mereka pun terus ler berborak. (dah macam novel) Tetiba nenek Cik Diba dok habaq pula lagu ni

"Mak tak kisah lah sape yang kau pilih. Tapi kalau boleh mak nak cucu menantu askar pulak. Takde sape lagi yang dapat askar" 

Oh korang jangan terkejut pulak nenda ku bahasakan diri mak. Cik Diba tak tau lah macam mana kitorang sepupu semua panggil nenda kitorang mak. Hehehe. Terkejut den dongaq nenda den nak cucu menantu askar. 

 seronok ye kawin macam ni ;) 


Time tu Cik Diba dah tergelak-gelak dah. Cik Diba dok habaq nanti Cik Diba dok melepak depan TUDM usha mana-mana abang askar yang ada. Hua Hua. Pakat-pakat sume gelak. Kalau nak tahu rumah Cik Diba dekat jugaklah dengan TUDM ;) Jadi dulu-dulu kalau nak pegi sekolah pasti lalu dekat TUDM dulu. wink2. :) Sebenarnya Cik Diba tak minat sangat dengan askar sebab askar ni korang tau lah duduk pun tak tetap. Kejap kena pindah sana sini. Sebab tu sekolah Cik Diba selalu dapat student baru ;) Tapi sekejap jer lepas tu diorang pindah lagi. Aih taknak lah abang askar kan tak duduk rumah saya :) Kalau duduk rumah pun mungkin selalu kena tinggal. Oh abang askar ;) Wahai sepupu Cik Diba yang belum kahwin sila lah cari abang askar ye. Nenda kita nak cucu menantu askar.

p/s: kahwin dengan abang askar bolehlah berjalan bawah pedang ;)

  

Saturday, 14 July 2012

Hantaran Saya

Assalammualaikum ;)

Anda oke hari ni? Entry hari ni pendek jer. Nak tunjuk satu gambar kasut yang sangat comel dan elegen. Boleh buat hantaran juga. My future hubby saya nak hantaran kasut macam ni ye :)

tinggikan :)

p/s: esok akan ada entry panjang. Stok mood cerita pasal kahwin :)

Thursday, 12 July 2012

Jangan Takut


p/s: Insyaallah saya akan praktikkan ;)

Pasanganku Jiranku :)

Assalammualaikum :)

Hai Cik manis, cik ensem, cik comel dan anda semua. Apa habaq semua? Semenjak study kat utara ni blog pon tulis ada slang utara :) Cik Diba memang suka belajaq sume slang kat Malaysia ni. Hari tu pon ada gak belajaq slang Sarawak dari roomate. Payah hang tau dak :)


Kisah hari ni nak bagitau pasal cerita yang Puan Ibu sampaikan semalam. Hailo sangat kelakar lorh. Jiran belakang rumah Cik Diba dapat jodoh atau bakal isteri die depan rumah Cik Diba. Kiranya rumah Cik Diba ni jer lah pemisah antara rumah diorang. Sangat kelakar ye. Terguling-guling gak lah dengaq. Kalau korang nak tau yang jiran depan rumah Cik Diba iaitu yang bakal pengantin perempuannya belajar kat Mesir. Tak sangkakan belahar jauh-jauh, last-last dapat jugak orang dekat. Yang penting sangat dekat. Tu lah kalau dah namanya jodoh nak wat camne kan. Dengar cerita depa ni dijodohkan oleh family :) Insyaallah sabtu ni diorang akan bertunang. Hope kekal lah ye :)

 lebih kurang macam ni lah barisan rumah


Masa sedap-sedap gelak tiba-tiba puan ibu kata, "kau jangan nak beria sangat gelak. Kan jiran depan tu pinang kau pulak. Daripada hari tu asik tanya kau dah balik ke belum. Macam suka jer kat kau." Ops tercekik cheq. Hahaha kalau nak tau jiran depan rumah tu memang ada anak lelaki sebaya Cik Diba dan kitorang memang kawan pon dari sekolah rendah. Tapi anak die tu pemalu sangat. HAHAH. Cik Diba habaq kat puan ibu jangalah doakan jodoh dengan jiran depan rumah. Agak-agaklah nak dekat pin. Tapi janganlah sampai depan rumah. Kan khemah kawin satu baris jer. HAHAHA. Kau ada?

p/s: tapi kalau dah jodoh siapa kita nak tolakkan?


Wednesday, 11 July 2012

Umur 3 tahun dah ada tunang :)


Assalammualaikum!!

Amacam cun tak sireh kat atas tu. Tengok lah sape yang gubah kalau tak puan ibu :) Penat pusing-pusing pagi tu cari bunga hidup nak kasi bubuh kat sireh ni :) Sumber ilham ni diambil time pegi nilai hari tu kat kedai hantaran :) Jimat kan. Tak payah nak tempah-tempah. Guna jer kreativiti sendiri.

Oke meh kita balik pada tajuk. Oh sape yang dah tunang seawal usia 3 tahun. Cik Diba kah? Pastinya bukan. Kalau ada sudah bagus juga. HAHAH. Ni sebenarnya adalah budaya orang pakistan. Cik Diba dapat tau pon masa pegi beli karpet kat kedai diorang ni. Tak tau lah macam mana boleh terkeluar cerita pasal tunang-tunang, kahwin-kahwin ni. Yang Cik Diba tau diorang akan tunangkan anak diorang dengan sedara mara atau kawan-kawan atau sesiapa saje yang dorang rasa berkenan seusia 3 tahun.Kecik-kecik lagi dah ada tunang. Macam seronok jer.. Nak tak nak diorang kena terima juga. Yang penting bila dah kahwin suami dan isteri kena setia dan takkan boleh bercerai sehingga mati. Maksudnya suami tu masih boleh kahwin sampai 4 tapi isteri kalau kau nak ada skandal dan nak kahwin ngan skandal kau tu kau kena tunggu hubby kau meninggal ok. Tugas kaum perempuan kat sana hanya duduk di rumah dan tak boleh bekerja dan kalau tak silap diorang tak boleh keluar rumah. Mungkin kalau takde izin suami kot. Menarik kan. 

*bilalah boleh dapat hari2 ada org imamkan solat saya ni :)

Dan hari apa ntah ada tengok program SAFIYYA. Suka tengok time kupasan tajuk tentang pasangan pilihan family. Macam best jer. Insyaallah kalau puan ibu ada pilihan untuk saya dan orangnya ok, saya akan terima. Cewah. Ayat nak kelas jer kan. :) 

p/s: seronok kenali budaya orang luar :)

Cleaner Tesco


 Assalammualaikum!

Tu dia budak kecik ni memang ada bakat jadi tukang cuci ke hape.. Rajin bebenor sampai lantai tesco pon die nak lap. HAHAHA. Letih wo bawak budak kecik nih semalam. Boleh pulak die ajak main sorok2 dekat tesco tu. Aih sabo jer lah :) Lepas ni kena pastikan die duduk dalam troli diam2. HAHAHA

p/s: senang lagi bawak baby :) HAHA


Dalam Gambar Ada Cerita


Tuesday, 10 July 2012

Tegangnya Muka

Assalammualaikum

Sihat rakan-rakan? Tajuk di atas bukan nak bagi tips tegangkan muka. Tapi sebernarnya nak kupas pasal cashier atau waiter kedai mana-mana pon yang tak reti senyum. Korang penah jumpa tak dapat waiter atau cashier yang macam ni. 

masam muka hang na

Kadang-kadang kalau datang kedai atau restoren ada yang waiter amik order macam hape. Langsung taknak senyum. Mahal sangat kot senyuman die. Ada hari tu pegi 1 makanan segera ni. Cashier fuyoo dah cukup lawa dah. Hadoi tapi nak senyum tu punya lah susah. Ulang order pon macam nak bergaduh jer. Sampai aku kata kat kawan aku awat lah die tu tak reti senyum. Susah sangat ke? Dan tak sangka-sangka masa amik order aku die boleh pulak senyum. Oke tak sangka hang dengaq. hoho. Tapi sebenarnya senyumanlah menjadi penentu orang nak datang lagi ke tak tempat anda. Lebih-lebih lagi kalau yang wat bisnes perkhidmatan. Kalau Cik Diba confirm takkan datang lagi dah tempat tu kalau ada pelayan yang macam tu. 

cuba lah senyum macam kitorang ni :)

p/s: bukan susahkan nak senyum tapi beragak lah senyuman tu. Jangan senyum sorang-sorang ye!

Monday, 9 July 2012

Amanat untuk selamanya



p/s: renung2kan dan selamat tidur :)

sudah bertunang

Assalammualaikum!

Alhamdulillah hari Sabtu lepas sepupu Cik Diba dah selamat menjadi tunangan orang. Meriah beb. Yelah siap ada pelamin kau. Tak sangka ye dulu dok main-main sekali tup tup now dah jadi tunang orang. Lepas ni jadi isteri orang pula :) Seronok ko intan ye.


*ni hantaran belah perempuan

*ni tunang orangnya :)

Makcik pakcik semua dah kata lepas ni Cik Diba dan sepupu lagi sorang lah pulak jadi tunang orang. Hoho. Lama lagi lah mungkin :) Kalau jodohnya dah dekat insyaallah lah kan :)

p/s: saya bahagia tengok anda bahagia

Monday, 2 July 2012

Jom Pegi Party =)


Assalammualaikum :)

Come back again :) Mari rakan-rakan kita berparti :) Hoho. Korang jangan pula fikir bukan-bukan. Ni bukan nak pergi ajak parti-parti liar ye. Bukan juga parti hari jadi tapi mari berparti bersama buku :) Ha dimana? Oh oh di SACC mall. Sebenarnya ni adalah pesta buku dibuat oleh negeri selangor. Bukan pesta buku antarabangsa ye. Mari-mari tengok poster depa.


Cik Diba dah pegi semalam. Ok lah pesta buku ni. Cuma takde lah seGah pesta buku kat PWTC hari tu kan. Tak dapat pergi pesta buku hari tu. Pegi pesta ni pon jadilah :)Yang penting kat sana korang dapat juga jumpa penulis. Tapi tak ramai lah penulis yang datang tu. Tapi boleh lah kan dari takde kan? kan? =) Paling seronok sebab Cik Diba dapat beli novel. Wink2

sila fokus pada novel ye bukan pada cik domo tu 

Cik Diba suka beli novel thriller sekarang. Novel cinta sekarang dah malas nak layan. Sebab lagi banyak berangan kalau beli novel cinta. HAHAHA kantoi sudah. Novel thriller lebih banyak berfikir tau. :) Mari korang pergi ke pesta buku. Let's party with books =)


p/s: Isi masa lapang :) lalala

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Empunya Blog

My Photo
Adibah Jumali
Memiliki aset dimple termahal. Love to make people laugh and love to smile :-) Saya suka warna purple :))
View my complete profile
 
Cik Diba© Designed by: Compartidisimo