topbella

Thursday, 19 July 2012

Mana lagi penting Puasa atau Raya?

Assalammualaikum ;)

You alls how are you today? Agak-agak hari ini lagi hebat tak dari semalam? Sapa dah feel feel nak puasa ? Cepat angkat tangan ramai-ramai. Alhamdulillah kalau korang dah ada perasaan macam tu. Tapi ada sesetengah orang dah feel nak raya tau. Kisahnya semalam Cik Diba pegi satu supermarket ni. Aih ada ke dah jual baju-baju raya, lampu-lampu raya, pelita lah, kad raya pun ada. Aih awalnya lah nak wat persiapan. Puasa pon belum kan. Mana persiapan nak puasa ni. Mana? Mana? Mana? Patutnya kita lebih excited nak sambut bulan Ramadhan kan.

sumber abang google

 Apa kata rakan-rakan kita betulkan kembali niat kita ;) Bolehkan? Bukannya susahkan. Bulan Ramadan lah bulan yang sepatutnya kita buat banyak amal ibadah. Maksudnya bukan bulan Ramadhan je. Sepatutnya bulan lain pun macam tu jugak. Cuma kita lebihkan sikit amalan kita. Time ni lah kita boleh lumba-lumba wat amal ibadah. Betul tak kawan-kawan. Bukan tak boleh nak wat persiapan awal beraya tapi lagi bagus kita dahulukan bulan Ramadhan ni. ;) Mari kita wat checklist untuk bulan Ramadhan ni :)

 boleh tampal checklist depan pintu bilik oke ;)


p/s: betulkan niat anda. Tak susah. Kita boleh lakukan :) Cik Diba dah buat anda bila lagi ;)




0 luahan perasaan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Empunya Blog

My Photo
Adibah Jumali
Memiliki aset dimple termahal. Love to make people laugh and love to smile :-) Saya suka warna purple :))
View my complete profile
 
Cik Diba© Designed by: Compartidisimo