topbella

Saturday 29 October 2011

Selamat Diijabkabulkan

Oh my hari ni hari sabtu. Means kalau dah menghampiri Sabtu dan Ahad maksudnya banyak lah keduri kahwin kena attend. Minggu lepas sahabat aku lagi sorang menikah. Alhamdulillah dah selamat pon. Mintak maaf lah minggu lepas tak dapat datang rumah die sebab aku masih berada di Kedah. Hari nih majlis kat belah lelaki. Jadi ingat nak pegi attend.

TAHNIAH RAIHANAH BINTI NORDIN DAN PASANGAN :)
HOPE KORANG BAHAGIA DAN KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT.


Cik Diba rasa kahwin dalam usia yang sangat muda zaman nih dah jadi trend kan. Heheh. Kawan aku yang attend majlis diorang minggu lepas cakap tengok diorang nih macam main kahwin-kahwin. HAHA. Ok lawak statement tuh. Ape pon tahniah. Jodoh sampai awal. Untung lah :)

P/S: kawan aku yang kahwin bulan 7 hari tuh dengar cerita dah pregnant. CONGRATE. Tahun depan pasangan nih pulak kot :)

Friday 28 October 2011

Mewarnakan jari itu indah :)


P/S: membalas dendam update blog :)

Perkara Paling Happening Kat Universiti

Assalammualaikum rakan-rakan. Nampaknya hari nih baru berpeluang nak update blog. Ada yang menanti Cik Diba update blog ke? Macam takde je kan. Hehehe.

Oke meh kita terus ke topik. Ha Cik Diba nak bagitau pasal perkara yang paling happening bila dah masuk U ni. Confirm korang akan jumpa benda-benda ni.

EXAM + Kuiz

Jangan tipu lah kalau cakap U korang takde exam kan. Even kat sekolah pon dulu ada exam right. Cuma yang membezakan exam dekat U ni kita kene ikut ler lecturer tuh nak wat bila kan. Bagi Cik Diba seronok exam dekat U. HAHAH


BAS OH BAS

Bagi budak sem 1 macam aku nih terpaksa ler naik pengangkutan awam yang disediakan oleh pihak universiti. Dan satu-satunya pengangkutan tuh pastinya bas. Paling syoknya naik bas ni sebab kene berebut-rebut. Eh aku pernah kot berebut dengan budak laki sebab nak naik bas. HAHA. Aku halang dorang naik bas dulu sebab aku nak dapatkan tempat duduk. Aih bukan taknak berdiri tapi tau jer lah kat UUM tuh bukit bukau. Jadinya jalan tuh pasti lah berliku-liku. Tension siot terpaksa berpaut dengan kuat. Kalau tak mau ko terjatuh manja depan semua orang. Ha best lagi pasal bas nih korang akan rasa boleh berdondang sayang bila terpaksa tunggu bas dengan kadar yang lama. Paling lagi best bila korang tengok bas yang korang tunggu tuh dah full. Best kan bila kene tunggu lagi lama. Happening bhai~

KELAS OH KULIAH

Oh heaven kan kalau kelas batal. HEAVEN gila. Tapi aku rasa macam tak berapa nak heaven bila kau dah datang kelas dengan semangat tetibe lecturer kau bagi notis tulis CLASS CANCEL. Mak aih bengang kot. Lagi-lagi kalau hari tuh memang kelas tuh jer yang korang terpaksa datang. Heaven right korang siap semata-mata untuk datang kelas tuh dan akhirnya balik dengan perasaan macam nak makan jagung manis bebanyak. HAHA :))

P/S: I LOVE STAY IN MATRIKULASI :))
 

Sunday 9 October 2011

Hari yang Menggila

Assalammualaikum! Hai korang! Wah lama kan Cik Diba tak update. Terasa agak excited bila dapat update nih. Rasa-rasanya ada tak yang rindu dengan entry Cik Diba. Macam biaa lah bila dah lama tak update tuh sebab sibuk. Sibuk dengan kehidupan baru dekat Universiti nih. Ada lagi ke yang tak tau Cik Diba dapat U mana. Oke2 meh Cik Diba announce sekali lagi Cik Diba sekarang study kat Universiti Utara Malaysia (UUM). Cik Diba malas nak citer pengalaman mula-mula datang sana. Kita simpan dulu ye. Hari nih nak cerita peristiwa tak dapat dilupakan.

Mari lah mulakan cerita. Nak tau hari ni kelas Cik Diba start pukul 3.30 petang jadi terpaksa bertolak dari ostel pukul 2 sebab nak pegi makan. After makan dah dekat pukul 2.30 petang, kawan Cik Diba ajak pegi mall. Oh jangan tak tau UUM ada shopping mall oke. U korang ada ke? *terbangga sebentar. Tujuan die ajak pegi mall sebab nak ada urusan kat Bank Islam. Sebelum tuh terpaksa singgah libary sebab nak pulangkan buku. Masa dah suntuk oke. Apalagi jalan lah laju-laju macam ulat yang banyak kaki uh sebab takut terlambat. Yang paling best kan dah sampai kat mall tuh baru perasan Bank Islam TUTUP. Terasa macam nak gelak guling-guling jer tengok muka kawan Cik Diba. Mana taknya muka dah penat jalan cepat-cepat + macam nak berlari. Lastly datang Bank TUTUP. Oke paling tak leh bla kitorang lupa yang hari ni hari AHAD. Terasa kesengalan pada diri masing-masing time tuh. Dan akhirnya kitorang pegi mall tuh just beli 1 cup jagung manis. HAHA. Pergi ke kelas muka penuh gelak ketawa macam orang gila sebab teringat kerja sia-sia;)) FUN SANGAT.
Disini destinasi kami :))

Ni mall kitorang. Seronok kan? Oke aku tipu jer. Mall kitorang kecik jer ;))


P/S Kepada kawan saya:  Saya sangat seronok hari nih. Lain kali kita boleh wat lagi kejer macam nih. :))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KakiBLOGGER

Empunya Blog

My Photo
Adibah Jumali
Memiliki aset dimple termahal. Love to make people laugh and love to smile :-) Saya suka warna purple :))
View my complete profile
 
Cik Diba© Designed by: Compartidisimo