topbella

Sunday 11 May 2014

Budaya Sekarang Boleh Pitam

Assalammualaikum,

Alhamdulillah masih diberi keizinan dan masa nak menaip di entri blog ini. Ecewah ayat kau diba kalah sasterawan negara. EH! Macam biasa kehidupan sebagai seorang pelajar haruslah dipenuhi dengan assignment oke. Ya Ya ni aku tengah curi curi masa ni nak taip blog untuk engkorang baca. Eh ada lagi pembaca ke blog ni? HAHA. Jadi lagi 2 minggu nak final exam. 2 minggu lagi nak final tapi aku masih tidur dengan assignment lagi. Haila macam mana nak proceed ke study untuk final kalau assignment masih menanti dan ternanti-nanti.

Lama tak tepek gambar sendiri. 
Bagi sekeping tengok
EH!


Just leave it about assignment or whatever about study. HAHA. Let's move to our topic. Ya ekceli kan aku ni semester kena pindah asrama or kalau nak bahasa standard nya kolej penginapan kan? Standard kan? =) Oh! Oh! satu budaya yang aku perhati sejak pindah ke asrama baru ni ialah tiada perkataan memekak atau bising kecuali aku dan kawan-kawan aku yang baru pindah ni je yang tolong memeriahkan suasana. Dan hasilnya kitorang kena sound sedas dua. Ha ambik bawak lagi budaya memekak tu ke asrama baru, tu makan dia. So ingat aku kisah. Jadi kami teruskan memekak tapi limitkan. Gitu.

Oh then budaya paling aku tak dapat terima bila dekat asrama baru ni bila time turun dari bas, mereka ini iaitu mahasiswa mahasiswi ni. Aku ulang mahasiswa mahasiswi ni susah benar nak ucap terima kasih. Tu yang aku perasanlah. Sebab semester-semester lepas waktu aku dekat asrama lama elok jer bebudak asrama aku ucap terima kasih. Lagi kalau dalam bas nampak orang berdiri dan pegang buku dorang siap offer nak tolong pegangkan. Yang offer tu orang yang duduk ye. Yelah nak bagi duduk tu tak mungkin lah. Tapi aku adalah pengalaman dimana 1 foreigner ni bagi duduk dekat girl yang berdiri ni. Oh touch. Lelaki Malaysia ni hado? Setakat ni takda lagi lah. Tapi semua tu kat asrama lama ye. Bila pindah asrama baru haram aku nak nampak semua tu. Dulu awal2 aku pindah adalah aku offer dorang ni untuk pegangkan buku diorang. Yelah kan kalau terjelepuk kan malu kat anak bangsa yang lain. Tapi jual mahal nau. Katanya tak payah. 2, 3 kali gak lah aku penah buat macam ni. Tapi lepas tu aku dah tak offer dah walaupon nampak kecian. Sebab apa yang aku observe no body terima offer tu dan takda yang offer.

Then yang pasal terima kasih tu. Aku rasa bebudak yang pindah dari asrama lama aku jer yang ucap terima kasih. Tapi lately ni aku tengok dah ramai yang mula nak ucap terima kasih kat drebar bas tu sampai penat pakcik dengan abang drebar bas tu nak jawab. HAHAHA. Tak kisah lah mungkin ada orang tak kisah mungkin ada yang kisah. At least respect lah diorang. Kalau takda diorang ni korang jalan lah kaki ber KM2 tu ke kelas. Kalau ucap terima kasih mungkin dorang rasa dihargai. Baru lah nak buat kerja molek2. Ye dak? Ok tu jer laporan dari makcik konah. Eh silap Cik Diba. HAHAHA

oke aku saja nak bagi laman insta aku.
Sila follow untuk perkembangan aku yang makin kembang. EH!
oh yang ni masa pi Penang Port.
Yang ni nanti aku cerita. Tunggu next entri ok
Terima kasih kerana sudi menunggu



p/s : aku dah nak nangis tengok esemen dah macam kena semen ni. Taknak runtuh2. Kejap2 ada jer lagi yang menanti. T.T bye u alls =)

Monday 28 April 2014

Waiting to Finish My Degree

Assalammualaikum,

Lama betul tak menaip. Perasaan rindu telah membuak-buak mahu menulis. Oh acctually, i'm tired typing, typing and typing. HAHAHA. Apa aku nak kata aku terasa bebanan assignment untuk akhir-akhir semester ni sangat melampau dan terlampau. ehhee

UUM sekarang musim luruh =)
Dunia sekarang sedang menemui fasa penuaan.


Eh pejam celik pejam celik "hey i'm gonna finish my study. Ya Tuhan, that's so magic." hahhaa. oh kenapakah aku kata magic. Ye magic ok sekejap je rasa nak habis. Padahal kau diba dulu masa mula-mula masuk kata lama nau nak habis study. Eh do you know what i don't want to finish my life in University. Oh oke lah kalau ingat part2 assignment and whatever about study i'm the one hand up my hand to finish this study quickly. kah kah kah. KEJAM..

Nah aku belanja bebudak jepun dekat pembaca blog Cik Diba 
sebagai tanda terima kasih sebab datang blog aku. hehe
Diorang ni betul budak jepun turun UUM sebab nak perkenalkan U diorang.
So sekarang pilih UUM ke YNU?
=p


Tapi bila ingat lepas ni nak kena tempuh alam kerjaya. Oh! Oh! i wanna my study life back. Perangai kau sangat diba. Eh sebenarnya aku nak cerita apa ye. Dah banyak sangat macam mengarut ni. HAHA. Ye aku cuma nak cakap aku tak sabar nak habis study and get my degree certificate or whatever. And get my job, then KAHWIN. eh! haha No! No! Aku mahu balas budi Puan Ibu dulu. Tetibe terasa sebak. Uhuhuu.

So what i get  along this journey. I can say a lot thing i get. I get my group members of assignment that have a lot a perangai yang boleh bawak aku mengucap panjang + i'm will like getting old early ok. I have a friend that we call "friend" and we can call BFF. The best thing that i realize, hey i can survive all of this things. Ya even though cannot get a dean list at least i get apa itu hidup, apa itu team mate, apa itu kawan dan lawan. Actually it's tired ok. Who say become budak universiti ni seronok daripada budak sekolah. I choose to become budak sekolah dari budak U. HHAHAH

Orang nak feeling2 musim luruh kau pon nak juga kan Cik Diba
Over sangat. HAHAHA
So this is me.
i'm officially 22 now.
Tua dah kau diba..




ok dah aku dah banyak merepek ni. Tata =)

p/s: Bulan 7 kan marilah berpraktikal 

Sunday 23 February 2014

Sesi Mencari Calon

Assalammualaikum.

Hari ini pelbagai cerita. Dimana di permulaannya saja sudah tidak enak. Huhu. Oh awal awal ke kelas Cik Diba telah terjatuh manja akibat nak seberang longkang. Kaki pendek sangat tapi beria nak seberang longkang. At last terbaring dengan indah. HAHAHA. Masa tu memang bab malu aku letak dalam longkang lah. Sebab kaki ya ampun sakit wo. Sampai tak boleh nak bangun terus. Rasa nak nangis. Tapi aku kan hati kental. Takkan nak nangis kot. Malu lah. HAHHAHA


Marilah kita ke topik. Haiyo tajuk pon bukan main lagi. Bukan cari calon hubby atau seumpamanya ye. Ini Cik Diba tengah nak mencari tempat praktikal. Pening dah memikirkan ni. Macam nau prosedurnya. Sampai Cik Diba rasa nak buat banner besar besar letak tepi jalan. HAHHA. Ni baru nak cari tempat praktikal belum nak cari kerja lagi. Entah macam manalah keadaan time tu. 

p/s : Cik Diba alu - alukan sangat sapa ada cadangan tempat praktikal ni. =)

Saturday 22 February 2014

Budak Tahun Akhir

Assalammualaikum.

Alhamdulillah hari ini diberikan sekali lagi peluang untuk terus bernafas dimuka bumi ini. Akhirnya ada idea dan kelapangan serta kerajinan untuk ketuk ketuk keyboard kembali. Ya indah sungguh dapat melepaskan gian dalam menulis blog.

Baik mari kita mulakan pada tajuk yang sebenar. Ya syukur akhirnya saya bergelar pelajar tahun akhir. Dan semester ini merupakan semester terakhir bagi Cik Diba. Harap sangat takda yang sangkut. Taknak ada semester lain dah. Cukuplah enam  semester. Itu pon dah rasa macam perasaan mahu angkut kaki. Nasib baik hati masih kental jadi teruskan juga menghadap setiap semester dan tahun demi tahun dengan tabah walaupun kadang - kadang hati jadi tisu juga. huhuu.

ini rupa orang batak pergi bercuti ye.
=)

Alhamdulillah semester lepas keputusan periksa meningkat. Memang terasa nak nangis jer. Tak sangka sesangat. Sebab semester lepas subjek sangat sangat berat. Tidur pon tak berapa jer. Dengan periksa 2 kertas dalam 1 masa. Memang nangis lah jawabnya.

Jadi semester ni paling tak indah apabila kena apung atau dalam kata lain Cik Diba kena pindah ke penginapan lain. Ya ampun tuhan saja yang tahu perasaan nak angkut barang macam bebudak semester 1. Banyak dan berat oke. Sakit badan tu tak payah katalah. *nangis

p/s: Nampak aku tulis tu kebanyakkannya macam ayat buat karangan. Ya semester ini Cik Diba kena amik Bahasa Melayu penulisan. Dan harus buat blog dengan entrinya tulisan akademik. Doakan Cik Diba berjaya untuk semester ini. 

Terima kasih untuk masa para pembaca =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KakiBLOGGER

Empunya Blog

My Photo
Adibah Jumali
Memiliki aset dimple termahal. Love to make people laugh and love to smile :-) Saya suka warna purple :))
View my complete profile
 
Cik Diba© Designed by: Compartidisimo