topbella

Saturday, 22 February 2014

Budak Tahun Akhir

Assalammualaikum.

Alhamdulillah hari ini diberikan sekali lagi peluang untuk terus bernafas dimuka bumi ini. Akhirnya ada idea dan kelapangan serta kerajinan untuk ketuk ketuk keyboard kembali. Ya indah sungguh dapat melepaskan gian dalam menulis blog.

Baik mari kita mulakan pada tajuk yang sebenar. Ya syukur akhirnya saya bergelar pelajar tahun akhir. Dan semester ini merupakan semester terakhir bagi Cik Diba. Harap sangat takda yang sangkut. Taknak ada semester lain dah. Cukuplah enam  semester. Itu pon dah rasa macam perasaan mahu angkut kaki. Nasib baik hati masih kental jadi teruskan juga menghadap setiap semester dan tahun demi tahun dengan tabah walaupun kadang - kadang hati jadi tisu juga. huhuu.

ini rupa orang batak pergi bercuti ye.
=)

Alhamdulillah semester lepas keputusan periksa meningkat. Memang terasa nak nangis jer. Tak sangka sesangat. Sebab semester lepas subjek sangat sangat berat. Tidur pon tak berapa jer. Dengan periksa 2 kertas dalam 1 masa. Memang nangis lah jawabnya.

Jadi semester ni paling tak indah apabila kena apung atau dalam kata lain Cik Diba kena pindah ke penginapan lain. Ya ampun tuhan saja yang tahu perasaan nak angkut barang macam bebudak semester 1. Banyak dan berat oke. Sakit badan tu tak payah katalah. *nangis

p/s: Nampak aku tulis tu kebanyakkannya macam ayat buat karangan. Ya semester ini Cik Diba kena amik Bahasa Melayu penulisan. Dan harus buat blog dengan entrinya tulisan akademik. Doakan Cik Diba berjaya untuk semester ini. 

Terima kasih untuk masa para pembaca =)

0 luahan perasaan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KakiBLOGGER

Empunya Blog

My Photo
Adibah Jumali
Memiliki aset dimple termahal. Love to make people laugh and love to smile :-) Saya suka warna purple :))
View my complete profile
 
Cik Diba© Designed by: Compartidisimo