topbella

Sunday 31 July 2011

Bila Berjumpa Macam ni Lah

Baru balik dari terawih. Alhamdulillah dapat wat full terawih ;) Lama dah tak terawih kat tempat Cik Diba nih. Selalu bila puasa jer mesti kat sekolah dan tahun lepas kat matrik. Oh ada something jep Cik Diba tak suka kat masjid uh, bila solat jemaah jep sume tak suka berdiri rapat-rapat. Ai mesti ada kosong tengah-tengah. Tua dengan muda sama jep. Bila suruh rapat sikit jer ganjak still ada ruang uh. Last-last tak boleh nak wat per da. Huhu

Sebenarnya bukan nak cite pasal uh nak cite pasal hari tuh ada kuar dengan membe-membe sekolah rendah. Wah sangat seronok. Kitorang pegi main boling. Ha time nak balik main boling uh kitorang naik lif. OMG lif dia macam dalam cite seram. Pastu tangan membe Cik Diba nih sangat gatal. Die tekan sume butang lif uh. Tempat boling tu kat tingkat 5 means tingkat paling atas sekali. So membe Cik Diba nih tekan tingkat 4,3,2,1. Aih paling tak tahan bila sampai timgkat 4 dengan 3. Mak aih gila gelap kot. Sunyi beb. Nak tambah seramnya pintu lif tuh boleh pulak tutup lambat gila siap bunyi ngeri bagai. Hampeh tol membe Cik Diba nih. Last-last die yang takut gak. Hoho. After main boling kitorang pegi MCD. Okew memang tempat wajib pegi ;) hoho. Biasa lah bila jumpa macam-macam cite kuar. Gosip jangan cakap lah. Sepanjang jalan cite tak putus-putus. Oke penat dah taip. Cik Diba kasi korang tengok jer lah gambar yep;)


Ni lah membe Cik Diba yang gatal dok tekan-tekan butang lif uh.
Beliau ialah AZWAN KIMORI

Ni dia SITI HAWA ;)
Die lah ketua jerit bila pintu lif bukak ;))

Ha baju biru uh ADRI ;)
Die ni takut men boling.

Boleh kot jadi duta MCD Banting ;)

^__^

A'an sila jeles ;))


P/S: Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Kurangkan kontroversi tingkatkan amal ibadah ;)

Saturday 30 July 2011

Bila Pencegah Kehamilan Ada Disana Sini

Hai korang yang di Malaysia dan juge di luar negara *bajet macam ada orang luar negara baca.=(  Oh oh tadi kan pegi teman parents Cik Diba shopping barang-barang dapur + makanan untuk menyambut puasa nih. Hehe insyaallah hari Isnin semua umat Islam akan berpuasa. Wah tak sabarnye ;) Jangan lupa yer pegi terawih esok ;)

Ha oke bukan tuh Cik Diba nak cerita tapi tapi pasal benda nih yang dipanggil pencegah kehamilan. Kalau korang nak lagi faham orang panggil benda uh K*N**M . Okey Cik Diba tau korang faham kan. Uh tadi time dekat supermarket kan tengah nak bayar barang-barang tuh tetibe nampak kat almari yang dekat nan kaunter uh something yang pelik. Mula-mula Cik Diba ingat gula-gula ker chewing gum sebab bungkusannya lebih kurang macam gula-gula jep. Huhu. punya lah Cik Diba dok perhati sampai Puan Ibu pon ikut perhati. Aik Puan Ibu dah mula geleng-geleng kepala. Uh Cik Diba dah mula rasa pelik kenapa benda macam uh boleh terpamer senang-senang jep dekat tempat terbuka. Cik Diba tengok dah macam dekat luar negara dah. Orang dah open jual benda yang patut jual kat farmasi kut.

Cik Diba tak kisah lah kalau korang nak kata Cik Diba nih kolot ke apa. Tapi bagi Cik Diba kalau benda uh senang nak dapat kira macam menggalakkan mereka yang kurang cerdik untuk lakukan perkara terlarang oke. Fine lah kalau korang kata boleh kurangkan risiko dapat anak luar nikah ke apa. Tapi maksiat yang kita wat tu still terlarang lah. Kalau tuhan tu nak takdirkan korang mengandung memang boleh jer even time tuh pakai benda safety tuh. Aih apa nak jadi lah dengan dunia sekarang.

P/S: Mari perbaiki diri di BULAN RAMADHAN :)

Thankz to my follower ;)

woot! woot! eh hari ni buka blog. uit uit tak sangka Cik Diba follower akan sampai 90 orang. OMG Cik Diba sangat bersyukur beb. oh!oh! mari kita perkenalkan follower yang ke 90, CIK RAFIQAH SHAHIRA.



Rafiqah Shahira
sila klik banner di atas untuk usha blog beliau ;)

Blog beliau nih banyak memotivasikan diri kita. Mean banyak juge unsur nasihat dan islamik. Oh rasanya die juge meminati pelakon korea. Huhu. Jadi mari kita serbu blog beliau ;) thankz again Cik Rafiqah shahira.

Oh ribuan jutaan terima kasih juge kepada semua follower yang dok follow2 Cik Diba. Tanpa korang mungkin Cik Diba tak rajin nak update blog nih. Sayang korang ;)

P/S: nak wat entry pasal bola tapi dahulukan follower nih dulu ;)

Wednesday 27 July 2011

wordless wednesday *4 NAK KAHWIN

Sunday 24 July 2011

Hantu yang berjaya

Oh hari ni amat sibuk yep rakan-rakan sekalian. Banayk betul orang wat kenduri kahwin lah kenduri rumah baru lah. Aish mentang-mentang puasa dah nak dekat sume pakat-pakat nka wat kenduri habis-habisan. Heheh. Oke balik pada tajuk, ha korang nih ada tak cita-cita nak jadi hantu. Haha Mesti tak de kan.

hantu bawak paper beg. Comel kaw.

Oh tadi time balik dari kenduri kat rumah makcik Cik Diba, tetiba nampak lah ada perayaan kat tokong cina uh. Aih bukan makin besar + banyak dorang nya colok. Cik Diba confirm malam nih nyamuk isytihar darurat punya sebab takut mati terhidu bau colok uh. Hahah. Pastuh nampak lah buah oren yang orang cina selalu letak kat kubur konon nak bagi yang mati tuh makan. Ha time tu lah Puan Ibu buka kisah time die kecik-kecik dulu. Sebenarnya dulu Puan Ibu and the geng suka pergi kubur cina. Ha korang mesti nak tau kan apa sebab Puan ibu suka pergi sana. Puan ibu and the geng pergi sana sebab nak bolot sume makanan yang ada kat kubur cina uh. Kan orang cina kalau pergi melawat kubur mesti bawak buah oren, kacang ngan apam dan gula-gula gak. Ha Puan Ibu and the geng suka amik makanan tuh kecuali apam sebab Puan Ibu kata apam tuh dah kene bau colok uh. Jadi takmo amik. Hahaha Cik Diba ngan adik-adik gelak dengar citer Puan Ibu. Puan Ibu cakap confirm orang cina tuh bangga jer cakap yang orang mati tuh kenyang makan makanan yang dorang bawak lepas tengok makanan tuh tak de kat kubur uh. Padahal yang hantunya sebenarnya Puan Ibu dengan kawan-kawan. Hahaha. Ada satu hari tuh ada kemalangan kat depan rumah nenek dan orang yang kemalangan tuh orang cina. Nak dijadikan citer orang cina uh mati. Jadi dorang pon letak r makanan kat situh. Apalagi Puan Ibu ngan adik beradik Puan Ibu lah yang amik makanan uh. Hahaha. Lawak jer perangai Puan Ibu dolu-dolu. Nasib bek takde yang ikut perangai uh. Gila kaw nak ikut perangai Puan Ibu g kubur amik makanan uh. Tak dapat nak bayang.
nampak ada buah oren uh. :))

Nampak kan betapa susah nya lah dulu nak dapat makanan sampai sanggup g kubur amik makanan. Aish betapa lah berani :))


P/S: ha agak-agak korang berminat nak jadi hantu yang berjaya meh lah try cara Puan Ibu uh :))

Friday 22 July 2011

Tolong Hormat Sikit Boleh

Malam nih rasa nak keluarkan perasaan tak puas hati. Geram dan geram. Mula-mula rasa malas nak tulis pasal nih. Tapi bila dok pikiq balik rasanya elok kot tulis pasal benda nih. Mana tau boleh jadi pengajaran kan. Sebenarnya benda nih berlaku time hari rabu hari tuh. Macam bese lah hari rabu Cik Diba g tolong pakcik meniaga. Meniaga macam biasa, aih hari tu alhamdulillah ayam goreng licin. Wah ramai peminat ayam rupenya.

Oke Cik Diba bukan nak citer pasal suka ayam ker apa. Ha nih time dok dah nak kemas tetibe ada sorang mamat nih datang kat gerai Cik Diba. Eh gaya datang konon macho lah. Uh macho lagi pak guard kat JJ uh. Jap JJ ada pak guard ke? haha. Ceih yang paling menyirap tersirap Cik Diba bile mamat uh dengan bangga isap rokok depan Cik Diba. Aish yang paling tak puas hati boleh pulak ko hembus-hembus asap tuh kat depan muka Cik Diba. Eih macam nak tampaq2 jep. Ceih ingat datang nak beli 10 bekas air tapi nak beli 1 jep. Uh sabor jer lah. Aish tapi tak kisah lah bab nak beli air tuh 1 ke 2 ke kan. Tapi memang tak puas hati bab die hembus-hembus asap rokok uh. Dah lah tengah cakap ngan Cik Diba boleh lagi hisap rokok. Eh pantang betul lah. Nak muntah tau bau rokok tuh. Rasa macam  nak rampas rokok die uh pastuh cucur kat mulut die. Biaq hang rasa. Hish tak faham lah orang macam tuh. Agaknya masa dulu tak belajar meral agaknya. Tu yang tak de perasaan nak hormat orang. Eee geram jer walaupon dah 2 hari Cik Diba still ingat peristiwa tuh.

cuba hayati sikit


P/S: Eh nak tanya lah best tak agaknya kalau aku dok bakaq sampah depan hidung ko. Biaq terbakaq sekali. Tolong lah ada perasaan hormat orang walaupon ko tak kenal ye!

Suka Tengok, Lihat Kamo

Sepetang bersama blog :)) Aih hari nih baru ada idea nak bising-bising kat bloh nih. Hehe. Oh Oh hari nih macam biasa tak de benda nak wat. Pepagi dah tengok tv. Eh tetibe ada 1 cite favourite kartun Cik Diba. Wow2 hidup lagi kartun nih yep. *eksited melampau. Apa lagi sanggup stop kejap nak menyapu rumah. Hahaha  pengaruh kartun yang kuat.

Eh mesti nih korang tertanya-tanya kartun apa kan? kan? Kalau korang tau lah nama tajuk kartun KACANG. Ha! Ha! sape tau? Cik Diba suka tengok citer nih sebab banyak pengajaran. Alah cite nih ada lebih kurang jalan cite macam UPIN IPIN gak. Banyak nasihat + lawak-lawak. Cuma karakter kartun nih sume nya kacang.Ada kacang merah, kacang ijau, kacang parang, kacang soya pun ada. Hoho :)) Comel tau karakter kacang tuh.

ni ler kacang-kacang yang ada dalam cite tuh.

Ha ada 1 lagi cite kartun yang Cik Diba minat. Rasanya ramai kot yang tau cite nih. Tajukmya PINGU. Comel jer kartun nih. Walaupon cite nih tak cakap sangat (even cakap pon tak faham) tapi apa yang kartun ni wat kita still boleh faham. hehe. Cik Diba tak reti nak describe cite pingu nih macam mana tapi yang Cik Diba ingat cite pingu nih die tinggal ngan parents dan adik sorang. Kadang-kadang pingu  nih nakal suka usik adik die. heheh kecian adik die. So agak-agak korang nak tengok cite nih boleh lah cari kat youtube. Rasanya ada lah :))

pingu balik kampung. Nyot nyot (pingu suka wat bunyi lagu tuh)


P/S: korang ada ker tengok cite nih?

Thursday 21 July 2011

segmen ringkas-andai aku seorang jutawan

Hari ni mao join segmen dari blog pilihan hati. Andai berminta sila klik pada banner dibawah :))


Wednesday 20 July 2011

Benci FB Bila

Malam yang indah lepas berjalan-jalan 1 uptown. Macam barang kat uptown orang pon macam-macam ragam. Huhu. Oke macam biasa lah kalau dah dok kat rumah pasti tangan gatal-gatal nak buka fb. Uish tuh benda tak boleh miss. Hehehe

Oke first thing bila dah buka fb pastinya check ada tak mesej, notification dan ada tak yang add *ceh ayat cam glamor jep orang nak add2. Haahah check notification punya lah penuh. Oke meh check satu2. Ha ni yang Cik Diba paling menyampah benci++ nak buka fb. Noti tuh penuh dengan event ntah apa-apa. Event tido lah, event jalan-jalan lah. Oh yang paling tak menahan event nak like gambar uh. Hey perlu ker nak create event untuk benda macam tuh. Kalau event majlis kahwin ke majlis harijadi ke, aih tak per lah lagi. Masi boleh nak ampun-ampun tau.

nampak jer perkataan event terus ignore. Semak


Benda yang second Cik Diba paling benci menyampah muak nak muntah tengok. Ni ha bile orang dok suka main benda-benda game kat fb uh pastu dok suka tag2 kat Cik Diba. Hey kadang-kadang noti tuh penuh sebab benda-benda tag game jep bukan sebab orang komen pape. Aish serabut tau. Rasa cam nak bagi warning jep kat orang yang suka hantar macam tuh. Kalau lah boleh hide untuk noti macam tuh mungkin Cik Diba orang first yang akan buat. huhuhu


Oke nih game paling tip top Cik Diba dapat.
Macam nak hentak-hentak jer orang yang bagi uh.


P/S: Harap sangat korang tak wat macam nih



Ceria Dengan Awak

Petang yang indah sambil ditemani cerita happy feet. Sbebnarnya dah lama sangat memendam perasaan nak wat kisah pasal seseorang nih. Cik Diba miss betui sama die. Die lah teman yang kongsi macam-macam time dekat matrik dolu. Sangat-sangat rindu die.
Oh sebenarnya nak cite pasal roomate Cik Diba dekat matrik dolu. Yelah sempena dah nak masuk U nih akan bakal dapat roomate yang baru. Jadi tak nak lah lupa pada roomate yang dulu. Sebenarnya dekat matrik 1 bilik 4 orang tapi tak tau lah kenapa Cik Diba hanya dapat sorang roomate. Lagi 2 roomate tuh suka dok bilik kawan die dari awal masuk dulu. Aih mungkin tak seronok agaknya ada roomate macam Cik Diba *kecewa. Huhuh. Tapi tak per sekurang-kurangnya ada gak sorang jadi roomate. Heheh. 


Mula-mula time nampak roomate Cik Diba nih, Cik Diba ingat die nih sombong. Yelah muka die macam sombong. Tapi sebenarnya die lah yang mual-mula tegur Cik Diba. Cik Diba bukan taknak tegur tapi takut nak tegur sebab die macam garang jer. Hehehe. Tapi dah lama-lama kenal roomate Cik Diba nih sangat lah oke. Best jer duk ngan die. Tak de lah dok kedekut ke dengki ke. Kalau die outing ngan kawan-kawan die mesti die nanti call Cik Diba tanya nak kirim pape tak? See betapa caring roomate kuh ini. Hehe Dulu time hari Jumaat malam kitorang suka stay up. Bukan stay up sebab study tapi stay up nak tengok midnight kat tv3. Hoho. Time tuh tak ramai dok berebut-rebut tengok tv. Paling best bila time nak exam, punya lah malas + nak jimat duit roomate Cik Diba nih bawak lah toaster. Apa lagi kitorang gilir-gilir lah beli roti. Bayangkan seminggu jer kitorang beli 2 buku roti. Ha betapa kuat nya makan :)) Sekarang nih kalau pepagi makan roti mesti dok ingat kat roomate Cik Diba yang sorang nih. Kitorang dulu memang suka tengok movie kat laptop. Ada sekali tuh tengok movie korea sampai 4 pagi. Hahahah hebat kan. Kitorang kadang-kadang suka wat kerja sama-sama. Walaupon kitorang nih lain course kitorang tetap ulangkaji sesame tau. Dulu masa study week kitorang sanggup dok betapa dekat libary sebab takut nanti tido kalau study kat bilik. Hahah nampak baguih kan kitorang *puji lagi. Aih memang tak dapat nak lupa lah segala kenangan ngan roomate Cik Diba nih.


Dan mari Cik Diba kenalkan roomate Cik Diba:


Shahmini Fauzi
Ni dia SHAHMINI FAUZI :))
Cik Diba miss u sesangat lah beb.
t jangan lupa kat cheq na.



P/S: jom share cite pasal roomate korang

OH Durian

Musim durian kan sekarang. Rasanya Cik Diba tak lambat kan nak wat cite pasal durian nih. :)) Bila tiba musim durian nih sume orang dok usha sume tempat cari durian. Eh dulu kat depan rumah Cik Diba ada kebun durian. Pergh seronok tau dapat kutip durian yang tergolek jatuh sampai masuk dalam parit. Tapi tuh sume kenangan sebab sekarang kebun tuh dah jadi kebun pisang. Hehehe


Cartoon boy!
hodoh benor :))


OH korang yang dolu dok asrama mesti ada wat pesta durian kan. Cik Diba ingat lagi time dekat TEKNIK BENTONG dolu ada gak wat pesta durian nih. Tapi-tapi time tu lah Cik Diba kene demam. Huhu sedih betui tak dapat turun join pesta tuh. Terpaksa dok kat bilik. Tapi kan dalam demam-demam tuh pon sempat lagi pesan kat kawan-kawan "eh korang nanti bawak lah sikit durian tu. Nak gak rasa." See sakit-sakit pon nak makan durian gak. Hahaha. Nasib bek lah kawan-kawan dorm sangat baik, diorang bawakkan gak sebiji durian. Hu best nya apa ag makan lah. Tapi dok tengok kawan-kawan sume terpalit kat tudung-tudung dorang durian. Hahah kecian rupanya dorang dok kene baling isi durian dengan budak-budak lelaki. Nasib bek Cik Diba tak turun. SELAMAT.

Telan liur diwatnya :))


Tapi sekarang durian orang dah wat macam. Ada yang wat kek durian. Tak penah lagi Cik Diba rasa kek durian. Sedap tak agaknya. Tapi Cik Diba paling suka bubur durian dengan tempoyak. Pergh kalau durian tuh wat tempoyak pastu wat masak tempoyak udang. Pergh Aaron Aziz lalu pon tak pasan :)) Heheh



kreatif orang nih. Ni kek durian yep :))


P/S; sape pandai wat kek durian? Jom share resipi

wordless wednesday *3 SNACK ATTACK

Tuesday 19 July 2011

Membelot kerana Keuntungan

Hari nih terasa idea mencurah ke ladang gandum dan jadi lah koko krunch. Jadi Cik Diba terasa nak wat entry ni cepat-cepat supaya tak lupa. heheh. Oh mari terus berlari-lari ke tajuk. Nampak tuh tajuk meletop habis. *puji diri.  Saje wat tajuk gituh supaya korang tertanya-tanya dan terus nak baca. Nampak strategi tuh.

Ha tau dah ketepi dari tajuk. Oke mari kita terus menuju ke tajuk. Korang mesti perasan kan sekarang orang dah ramai belot sebab nak gedik-gedik kejar untung. Cuba lah cuba lah korang tengok negara kita rakyat hampir merana sebab pemerintah dah gedik-gedik belot untuk keuntungan diri. Tengok lah dorang dah mula gaduh-gaduh kat parlimen tuh. Tuh bahagian parlimen yang gaduh-gaduh kat luar dengan pembangkang tuh apa cer. Last-last cuba korang fikir sape yang merana sape yang tepuk-tepuk tangan. Hey dorang nih tak rasa ker negara lain seronok tengok kita bergaduh macam drama swasta. Time nih lah dorang akan mula cucuk pemerintah. Ha dan sejarah akan berulang.

Oke kita tinggalkan pasal negara nih. Mari cite pasal Cik Diba yang dah terbelot. Ha terkejut lah tuh. Cik Diba terpaksa belot dengan warga SBC sebab nak mintak idea dari MIOR CHANTEK. Ha yang tak tau sape mior nih korang boleh lah klik SINI. Mior Chatek nih dari semalam cari orang dok backup die. Sume nya sebab semalam die hampir kalah pong pang ngan kitorang kat SBC tuh. Hahah. Disebabkan Mior dah ada 100 follower Cik Diba terpaksa lah belot dengan backup Mior nih. Yelah nak tau rahsia macam mana die boleh dapat 100 follower. Aish. Nampak tuh sume untuk keuntungan sendiri. Ish. Sori pada korang yang terasa aku belot yep. He~ Korang salahkan Mior lah sebab die dah hasut Cik Diba yang chumil nih :)) haha




Syabab Berhati Mulia
Ha ni header MIOR CHANTEK yep :)) korang klik untuk membesar :))


P/S: Mior sila turunkan ko nya petua kat Cik Diba chumil nih :))

Saya Dari Universiti Utara Malaysia

Hai korang. Ha hari ni Cik Diba update 2 entry. Bukan apa nak tebus balik yang 2 hari tak update tuh. Heheh. Oke kali ni nak join segmen SAYA DARI UNIVERSITI. Segmen ni dianjurkan oleh SUHAZLI MUHAMAD.






Oke ni soalan yang Cik Diba kene jawab:

1. NAMA PANGGILAN KORANG?
      Sebelum bagitau nama panggilan meh Cik Diba kenalkan nama sebenar dulu. Nama sebenar ADIBAH
      BINTI JUMALI. Korang boleh panggil DIBA.

2. UNIVERSITI MANA KORANG DAPAT OR TENGAH
    BELAJAR OR DAH HABIS BELAJAR?
      Oke Cik Diba dapat Universiti Utara Malaysia (UUM).

3. COURSE YANG KORANG DAPAT?
    Cik Diba dapat course INTERNATIONAL BUSINESS STUDY :))


Oke tu jer senang kan. Ada yang nak join klik SINI


Impian Cik Diba

Hai there. Tadi Cik Diba baru jer baca satu novel nih cite pasal cafe. Oh tetibe teringat dulu penah wat enrtry IMPIAN SAYA dekat blog lama. Jadi Cik Diba rasa nak kongsi balik lah kat korang sume. Mai baca:



assalammualaikum
Hari ni nak cte pasal impian. Cik Diba nak buka 1 cafe yang lengkap dgn ruang study utk pelajar dan cyber cafe Dekat bawah ni Cik Diba letak gambar design cafe idaman Cik Diba. So ap lagi meh ler tgk. mne r tau akan datang Cik Diba akan bukak cafe cm ni.. pray for me ya :))

SUMBER IDEA: PERSEKITARAN TEMPAT SENDIRI
KONSEP: SANTAI
PELANGGAN: SEMUA GOLONGAN TERUTAMA PELAJAR
TEMA WARNA: BRIGHT COLOUR AND DARK COLOUR



ni khas datang untuk makan2 + minum2 + borak2



ni untuk pelanggan yang datang ramai terutama keluarga




ni bagi yangg nak gune komputer ada tmpt disediakan.. sblm tu pndai2 lah bayar erk dlu ^_^


ni ruangan khas untuk pelajar yang betul2 nak study dan memerlukan sumber rujukan.


ni untuk ruangan meeting atau ruangan berbincang secara tertutup.
sespe nk gune bilik ni kene r tempah dulu.


ni untuk para penggemar buku atau ulat buku. 
boleh lah makan2 minum2 sambil baca buku kat sni.



ni untuk ruangan dapur terbuka. 
dimana korg boleh tengok secara livediorag ni masak. 
maybe kt sini Cik Diba akan letak untuk ruangan wat pencuci mulut. 
kerusi2 kat tepi2 tu utk sespe yg rase2 nak cube2 wt boleh lah duduk kat situ ok..

yg ni ruang dapur utk makanan berat.

Align Left(gambar sumbangan google images)


Cik Diba harap korg dapat ler membayangkan cafe idaman Cik Diba. moga2 lah tercapai hendaknya.. hoho :))

SAYONARA

P/S: apa korg ny impian???

Monday 18 July 2011

Akhirnya Dua Cerita Dalam 1 Hari

Eh nampak Cik Diba dah muncul ler. Update blog lagi, kemas dulu, buang-buang abuk. Oke baru boleh update. 2 hari dah tak update macam apa jer. Ni sume sebab dok terlalu fikir pasal U lah. Dok fikir ada kawan ke tak. Pastu-pastu kenapalah macam berat jer nak pegi sana. Hoho. Pastu dah sibuk fikir nak packing apa. Aih nampak sangat gelabahnya :))


Oke kita tinggal tu sume yep. Mari cite pasal hari ni. Oh hari ni Cik Diba pukul 3 petang dah terpacak depan tv. Yelah hari ni nak tengok penghabisan cite MARIMAR. Ada sesape tengok cite ni tak? Actually cite ni agk best tapi biasa lah kadang-kadang rasa macam nak tumbuk-tumbuk jer karakter-karakter jahat kat dalam cite tu sebab terlampau geram. Dan penghabisannya pasti lah happy ending. Paling Cik Diba suka time part yang jahat tuh kene makan dengan buaya :)) Sangat puas :)) Untuk kesuluruhan cite nih 5 bintang Cik Diba bagi.

Amacam :))



Kalau Cik Diba sebut cerita yang kedua nih mesti korang tau kan? kan.? Pastinya lah cite JUVANA. Sape yang minat cite tu mesti tau hari ni episod last. Cik Diba memang suka cite tuh. Banyak pengajaran seih. Oke part yang tak elok korang jangan nak ngada-ngada ikut oke :)) Oke cite yang nih pon 5 bintang. Hehehe. Cik Diba taknak komen pepanjang. Korang boleh bagi konklusi sendiri kan :))

Cik Diba minat apek :))




P/S: pasni nak tunggu SIJUNDAI abis pulak :))

Friday 15 July 2011

Sudah terjawab

Jumaat yang indah. Hari ni adalah penentuan bagi lepasan STPM dan lepasan MATRIKULASI. Uh dup dap semalam dah terjawab hari ni tepat pukul 12.00 tengah hari tadi. UPU memang tak mengecewakan. Alhamdulillah Cik Diba dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.


ni lah tempat yang Cik Diba akan pergi :))

Pasni Cik Diba cakap kedah jer lah. Hang sana hang sini. Ceq sama ceq sini. Boleh lah Cik Diba jelajah 1 kedah nanti. Aish sangat excited. Oh Kedah sat ag Cik Diba mai na. Hahaha OH course yang Cik Diba dapat PERNIAGAAN ANTARABANGSA. Aish nampak gayanya kene jadi businesswoman lah erk. :)) TAHNIAH kepada semua yang dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti :))



P/S: saja nak kongsi kegembiraan dengan hang sume :))

Thursday 14 July 2011

Debaran sudah tiba

Assalammualaikum korang! Korang sihat tak hari ni. Moga korang sume sihat yep. Uh hari ni Cik Diba tak sihat. Demam datang balik. Hua nak nangis jer rasanya bile dapat demam nih. Dahl ler batuk ala-ala orang tua. Aish gatal betul tekak. Rasa nak garu-garu jep kalau boleh. Suara pon dah macam orang karaoke 10 lagu. Uish dah serak-serak suara Cik Diba.

Muka sakit ;(

Walaupon dalam keadaan sakit still gigih nak update blog. Oh betapa Cik Diba sayang sangat sama dunia blog ini. Sebenarnya hari ni dupdap2 sebab esok keputusan UPU untuk degree keluar. Asih mana lah Cik Diba tercampak yep. Entah dekat entah jaoh. Oh mari lah sama-sama doa untuk Cik Diba dan rakan-rakan lain semoga kitorang tak kene course lelong.Oh kepada yang serupa sebaris dengan Cik Diba selamat maju jaya :)) Hope korang dapat U yang korang nak yep :))


P/S: hati makin berdebar

Wednesday 13 July 2011

Pengalaman paling seram


Eh entry di pagi hari. Sangat semangat lah Cik Diba hari ni. Mengapa yep? Hoho. Ni sume sebab blog KUCING STUDIO hari ni tlg review pasal blog Cik Diba. Uh malunya *blushing. Apa lah orang cakap kalau tengok blog Cik Diba nih. Dah lah simple bebenor. Tak comel pon blog Cik Diba ni. Messy bebenor :)) Hahaha

OKe abaikan sume tadi mari kita terus lurus ker tajuk. Hari ni Cik Diba nak kongsi pengalaman time amik ujian memandu dengan JPJ dulu. Hua memang cuak oke. Yelah macam-macam fikir pastu tengok orang yang gagal bagai. Makin lah hati dupdap2. Cik Diba dapat idea nak wat entry ni sume sebab tadi dengar HOTFM. Diorang wat topik pasal pengalaman semasa latihan memandu atau time ujian memandu. Sebenarnya terasa nak call HOTFM tapi kredit tak mencukupi. Nak pakai SMS pon rasanya kredit tak mengizinkan. Jadi Cik Diba menaip kat blog jer lah. Ada gak yang baca pastu siap boleh baca ulang-ulang sampai muntah hijau. Hahaha

Hish panjang mukadimah bile nak mula citer kan. Maaf ye makcik pakcik akak abang sekalian. Hoho. Cik Diba nak cite time ujian memandu dekat jalanraya, macam biasa lah pegi dekat kereta. Alhamdulillah dapat JPJ lelaki. Bukan apa orang kata jangan dapat JPJ perempuan sebab payah sikit. Cik Diba pon tak tau lah apa yang payah nya. Oke time mula-mula masuk kereta tuh Cik Diba pelik lah apasal ler JPJ ni taknak masuk. Die taknak test Cik Diba ker. Oh rupa-rupanya pintu tempat die berkunci. Nampak sangat Cik Diba nak sabotaj die. Hahha. Dah baca bismillah, dah hidup enjin dah cek sana cek sini. Oke clear sume mula lah untuk pandu dengan skema. Hoho Time baru mula-mula memandu tuh Cik Diba terasa apasal kereta nih macam semput, macam ada orang tekan brek. Oh cilaka punya JPJ ada ker patut die main tekan pedal brek tuh. Alasan dei cakap takut brek tuh tak elok. Aih kalau sekali jep die test takper. Nih sampai dah nak keluar ke jalan. Aish nasib baik lah Cik Diba nak amik ujian. Terpaksa lah wat muka sabar. Masa dekat jalan raya lain pulak kerenah JPJ nih. Ada pulak die suruh Cik Diba betulkan aerial yang kat atas bumbung kereta tuh. Sebabnya radio kat kereta tuh tak dapat siaran. Die ingat arieal tuh tak dinaikkan. Aish. Cik Diba pon terpaksa lah buka tingkap sambil sebelah tangan kawal stereng g betulkan arieal. Dahlah tengah drive time tuh. Tak ke rasa kecik jer Cik Diba tengok JPJ tuh. Dah oke sume die ajak lah borak-borak. Aih JPJ ko tido jer lah. Nyampah Cik Diba layan borak ko tuh. Bosan betul. Dan akhirnya selamat sampai. Alhamdulillah pas. Dapat ler lesen memandu. Oke tak mau dah jumpe pakcik JPJ tuh. Hoho


Seram tao nak drive nih. Tapi sekarang dah bole main drift2 bagai "__"


P/S: korang ada dapat JPJ macam Cik Diba?


Tuesday 12 July 2011

Ubat baik Demam

Assalammualaikum. Hai u all yang disana mahupon disinun. Oh Cik Diba miss sama korang *ceh ayat macam dah setahun tak update blog. Oke macam biasa sekarang nih Cik Diba rajin update entry waktu malam. Bukan apa waktu malam ni lah idea datang mencurah-curah ke ladang gandum dan jadi lah entry hangit. Hahaha oke tau tak lawak kan. *abaikan :))

Mari kita terus ke tajuk. Hari ni Cik Diba telah kene simptom sakit tekak + selsema = demam. Aish sangat lah sakit kepala bila demam ni. Sume tak larat nak buat. Gaya macam sakit apa jep ;) Nampak sangat antibodi tak kuat. uih "__" Oh Cik Diba paling malas nak telan panadol, ubat demam, ubat batuk dan segala jenis pil yang boleh buat tercekik. Hahah padahal tak reti nak telan. Oke tau mengada kan. *abaikan lagi sekali.

Tadi punya lah tak de selera nak makan. Oke biasa lah bagi orang yang sakit mesti tak nak makan, tak de selera lah. Oke mengada lagi kan. FAHAM. Uh tapi tadi adik Cik Diba masak mee segera. Ceh baunya mengancam hidung + selera. Apalagi mintak lah sikit. Aih macam sedap jep. Terus jer wat muka simpati kat adik mintak die masakkan mee segera. Hoho. After makan jer terasa segar jer.. Boleh pulak demam tu lari. Terus berpeluh-peluh macam orang lepas jogging. Oh nampaknya Cik Diba dah tau macam mana nak buat demam tu lari jaoh-jaoh. Lepas ni kalau rasa nak demam terus pegi kedai runcit beli mee segera. Hahah Gila bengong tak penah diwat orang kan.


sedap nya ;))

P/S: Jom makan :)) demam pegi jaoh-jaoh

Monday 11 July 2011

Pengalaman itu Menarik ;))

AMARAN : ENTRY PANJANG MELAMPAU

Hari ni banyak penat ow. Tadi petang Cik Diba lepas asar kan pegi lah menolong pakcik meniaga kat pasar. Kalau ikutkan ni dah kali ke-2 Cik Diba tolong meniaga ;)) Sangat seronok tau meniaga kat pasar nih. Paling best tengok macam-macam ragam orang kat pasar. Pakcik Cik Diba jual air dengan ayam macam mail dalam cite upin ipin selalu jual uh. Hahaha. Tapi tak de lah kate 2 sehinggit. Memang tak berbaloi ;))  Hoho.

Comel jer kalau ada upin ipin datang beli ayam :))

Masa first time tolong tuh kan amatlah kekok.Yelah kalau setakat nak air dalam cawan yang RM1 tuh masih pandai r nak isi tapi bila sampai nak dalam plastik uh Cik Diba sangat kekok. Sebabnya tak pandai nak ikat plastik tuh. Last-last suruh anak pakcik tolong ikatkan ^__^ Ada satu benda lawak time tengah meniaga uh. Adalah sorang abang ni dengan anak die kot datang kat gerai pakcik Cik Diba. Oke macam biasa mesti lah tanya nak beli air apa? nak beli ayam ker? Abang tuh tanya lah anak die nak air apa. "Mat (bukan nama sebenar) nak air apa?"Pastu anak die ni pon jawab nak air ribena. Hahaha tergelak Cik Diba dengan bapak die mao taknya mana ada pakcik Cik Diba jual air ribena. Pepandai jer anak abang uh. Hahaha. Adik sangat kelakar ;))

Oke second time iaitu tadi petang oh sangat lah sibok sebab ramai sangat pelanggan. Tak cukup tangan diwatnya. Nasib baik tak boleh guna kaki, kalau tak dengan kaki-kaki sekali join. Opss hanya gurauan semata-mata :)) Tetibe ada lah sorang mamat ni bersama adik die datang nak beli air. Die tanya adik die, "Dik kaw nak air apa? ni ada air sirap, bandung, kelapa, tebu." ('__') oh apa abang ni merepek. Suka suki jer cakap ada air sirap bagai ;) aish. Adik die ni pon pandai sangat cakap kat abang die nak air sirap. Ha amik kaw jawab lah situ. Hahaha. Tergelak diwatnya, tak pasal-pasal abang die kene balik. Terus jer abang die betulkan balik. "Dik kaw ni lurus lah mana ada air sirap. aish" Dan akhirnya abang tuh beli 1 air kelapa dan 1 air tebu. Hoho.

Aih macam-macam jenis orang kat pasar nih. Ada pulak yang beli 2 3 ketul ayam pastu tak cukup duit. Alahai kecian. Ha tadi ada pakcik tuh nak beli 2 ketul ayam. Last-last kira die tak cukup duit. Terpaksa lah beli 1. Tapi pastuh datang lagi beli lagi 1. Oh yang paling tragis Cik Diba tersilap bagi. Ingatkan ayam goreng yang banyak daging uh. Rupa-rupanya terbagi leher ayam. Ok Cik Diba dah silap "__" Punya lah tunggu pakcik tuh datang balik rupanya langsung tak datang. Ending nya balik jer lah ;) Mintak Maaf yer pakcik :))



P/S: sekarang tengah giat meniaga brooch cute miut ;))

Sunday 10 July 2011

Sume sebab SBC


Huwa Cik Diba sekarang sudah semakin rajin mengupdate blog oke ;))) sila tepuk tangan. Eceh. OKe hari ni nak cerita pasal 1 group yang Cik Diba join kat FB. Nama group tu adalah Semac blogging Community. Ha tau dah korang mesti fikir eh semac tu apa? Semak sepah-sepah tu ke? Eh bukan sebenarnya, Semac tu stand for Selangor Martriculation College ;)) Comel kan nama nya.. hehhe

ni dia logo group sbc

Sebenarnya nak cite semenjak group ni ditubuhkan Cik Diba semakin semangat berkobar-kobar nak update blog ;) Bukan apa rasa seronok biler ada group blog untuk budak-budak kolej sendiri :) macam dunia blog kita yang punya. Lagi 1 makin bertambah kawan-kawan. Ha yang paling best kan biler dapat share-share pendapat dengan dorang. Kadang-kadang kalau idea tengah kering nak tulis entry time tu lah mula nak wat kecoh kat group tuh. Pastu baru ler ada idea mencurah-curah macam tebu kene mesin ;))




Cik Diba sangat seronok dengan group nih :)) thankz kepada admin group nih Ariff Azraai, Fatin Syafiqah dan Hairil Ridzwan Harmain :)) Oh thank you jua pada Kak Mah, Fara Fazira, Aein Ishak, A'an Raihan dan semua lah yang sudi borak-borak kat group tuh :))


P/S: yang tak tersenarai nama sila jangan ambil hati oke :)) sume ny aku sayang sayang ^__^


Saturday 9 July 2011

Suatu Ketika Nanti

Malam ni terasa nak wat entry sweet mweet ler. Hehe. Sebenarnya Cik Diba nak wat entry pasal tempat yang Cik Diba nak melancong tapi rasanya terpaksa ditangguhkan dahulu. Jadi hari ni mari kita terus lurus kepada tajuk. Suatu ketika nanti disaat dah de partner sepanjang hayat, Cik Diba nak sangat habiskan masa dengan En hubby. Banyak rasanya aktiviti nak wat bersama. Eceh gatal habis ;))

Teringin nak berjalan bersama-sama ditepi pantai. Hua sweet bukan. Jalan berpimpin tangan sambil menikmati deruan ombak menanti matahari terbenam. Adoi sangat romantik. Cewah bukan main lagi kaw. Tapi tak nak ler main kejar-kejar. Kalau pantai tu agak tak de orang tak per lah nak main kejar-kejar. Tak de lah terasa malu orang tengok macam kanak-kanak terlepas dari pegangan tangan ibubapa. hoho


Lepas tu nak juge berbasikal bersama-sama. Tapi bawak basikal masing-masing tapi kalau En.hubby boleh bawak Cik Diba pon tak per. Cik Diba dok belakang En.hubby sila kayuh.*gila kejam* Hahaha. Tapi kalau bawak basikal asing-asing pon best per. Boleh lah main lumba-lumba basikal tengok sape lagi laju bawak basikal. Ceh  impian macam kanak-kanak. Hahaha


Ha yang ni palaing Cik Diba suka. Paling best kalau dapat g taman tema. Boleh main sume permainan sesama. Paling best kalau dapat main roller coaster. Teringat dulu time g sunway lagoon adalah sepasang suami isteri ni, orang arab kot sebab isteri die pakai purdah. Hehehe. Dorang romantik giler hubby die hold tangan isteri die sebab isteri die takut main roller coaster. Ha sangat-sangat lah romantik + caringkan hubby die ;)) suka. Tapi kalau nak jimat main video game kat rumah pon oke gak kan. Mesti bahagia jep. ;))




Pastu boleh lah share-share makan aiskrim sesame. Orang tengok pon nyampah jep tapi Cik Diba suka ;) Sangat bahagia. Jimat pon yer. Yelah beli aiskrim 1 jer kira jimat lah tu sebab makan untuk 2 orang. Hahaha. Sebenarnya banyak lagi aktiviti fun boleh kongsi sesame. Bahagia jer. Kalau boleh sume aktiviti yang Cik Diba nak wat tu sampai tua lah. Mesti seronok. ;))



P/S: paling suka tengok orang veteran berjalan berpegangan tangan. Sangat romantik ;)) 



Sayang Encik Domo

Sebenarnya dah lama nak wat entry pasal domo ni. Hehe. Tapi tak tau ler kenapa asik nak tangguh jer. Ish2 sila ketuk Cik Diba dengan pensel ;)) Oke actually hari tuh masa date dengan En. Sayang dekat JJ die ada tanya nak apa untuk hadiah birthday yang tertangguh. Ceh siap bagitau tertangguh kat korang uh. haha maaf En. Sayang. Time tuh Cik Diba sangat blur tak tau nak suh die beli apa. Jadi time pusing-pusing 1 JJ sampai kaki melecet bagai nampak lah bear domo nih. Apalagi sepantas kilat dengan muka berharap cakap dengan En.Sayang nak bear domo uh. haha. Sangat suka biler dapat bear domo. Love u En.Sayang.


Ha ni die Encik Domo.

Sebenarnya masuk Encik Domo nih dah 3 bear Cik Diba kumpul sume nya dari En.Sayang. eee sangat tak matured lah Cik Diba nih. Asal birthday jer mintak bear. Hahaha. Oke tahun depan punya birthday mintak tudung dengan baju kurung bole ;)) hahaha Thankz En. Sayang.


P/S: oh Cik Diba tak beli lagi hadiah untuk birthday En.Sayang. Tangguh lagi ;(

Mega Giveaway By Yana & Cik Putih

Mulakan pagi ni dengan menjoin GA yep. hehe. Hari ni rasa nak join GA anjuran Cik Yana & Cik Putih. Dah banyak GA rasanya Cik Diba join hope sangat yang ni sangkut dan yang lain juge ;) *ceih tamak. hahaha. Oke kalau korang terasa nak join GA ni sila lah klik kuat2 kat banner bawah nih


Hadiah sangat-sangatlah lumayan sumenya atas jasa sponsor-sponsor berikut:
  1. Scarf Sweethoney
  2. Wirda Azurainie.  
  3. Droplet House
  4. Lens Mania
  5. Ayu-Raudhah Shawlstore
  6. Nora Nabella
  7. Applepinkbow
  8. Syafeika Edora
  9. pixel mania
  10. Wan Hazel 
  11. Momo Chan Collection 
  12. NHL Colloection
  13. Kei Seinchi
  14. Sya Razali 
  15. Aimi Craft 
  16. Habibi Hamid
  17. Shawl Az 
  18. Imann Abdul
  19. Aan Boutique
  20. KZ Nabihah Boutique
  21. Ciktiqz Adamaya
  22. Tri Fa
  23. Kittyshawls 

Oke dengan itu nak tag 3 rakan blogger paling comel:

1. Wani

Friday 8 July 2011

Teringin nak wat gaya gitu ;)

Oke malam ni tetibe terasa nak wat entry luahan perasaan keinginan Cik Diba. Uih gaya macam apa jer. Hahha. Sebenarnya terlintas nak wat entry ni sebab tadi ada baca 1 blog pasal tutorial make up. Fuyoo gila cun tau. Hoho. Pastu selalu tengok blog irine uh die sangat lah cantik dengan make-up sesuai dengan muka die. Cun tau ;) *jeles sekejap* hoho.

ha cantik kan irine ni. oke sudah jadi tunang orang sekarang. ;)


Sebenarnya Cik Diba teringin sangat nak bubuh makeup tepek sana tepek sini time kuar jejalan. Pastu nak juge pakai shawl lilit2 sana sini. Tapi bila fikir nanti nak solat terus tak jadi. Bukan apa kadang-kadang kuar dengan En. Sayang kecian die terpaksa tunggu. Cik Diba tak suka orang tunggu lelame kecian tau ;) Lagipun kan kalau dah bubuh2 makeup tak ke payah nanti nak buang sebab nak solat pastu nak bubuh balik. Aih tu ler penyebab Cik Diba malas nak tepek makeup tapi seronok tengok orang makeup. Lawa gituh ;) Lepas tu nanti nak buka shawl satu hal pastu nak pakai pula. Ho tak ke mengambil setengah jam tapi mungkin orang yang dah biasa cepat kot tepek makeup pastu terus lilit shawl. Haha.


cantikkan heliza pakai shawl. meletop kaw ;)


Kesimpulannya sekarang Cik Diba rasa kalau nak simple tapi bergaya mungkin boleh pakai tudung syria tuh ;) Simple per just sarung jep kan ;) Nak cuba juge pakai makeup bler kuar tapi pakai tipis jer ;)

sory cilok makeubeautifulwonderful.blogspot.com hehe ;) cantik dan simple.




P/S: sapa nak belanja Cik Diba tudung syria nih ;))

CONTEST: Karang dan Menang by EYFAalias

Tadi tengah cek2 komen kat entry tetibe terperasan ada 1 komen ni. Komen dari Cik Eyfa, beliau ajak join contest yang beliau anjurkan. Apalagi Cik Diba memang suka contest jadi join jer lah. heheh. Kalau berminat sila klik header Cik Eyfa dibawah ni



Contest ni Cik Eyfa suruh jawab soalan yang dia bagi. Ni dia soalan nya:


Karang satu CERITA PENDEK (50-70 patah perkataan sahaja) dengan menggunakan gambar di bawah ini dan WAJIB selitkan tiga (3) perkataan yang di berikan iaitu Sebulat Suara, Cincang dan Patah.

oke ni jawapan Cik Diba:
Cikgu menyuruh pasukan pengakap memupuk kerja berpasukan. Oleh itu, pasukan pengakap sebulat suara memutuskan untuk dibahagi kepada 3 kumpulan dalam melakukan kerja semasa perkhemahan. Kumpulan 1 hendaklah memasak daging cincang. Manakala kumpulan 2 perlu mengumpul ranting patah untuk dibuat unggun api. Kumpulan 3 pula menggunakan cangkul untuk membuat lubang bagi membuang sampah sarap. Akhirnya kerja menjadi sangat tersusun. -TAMAT-

Oh ni dia penaja hadiah contest Cik Eyfa:



P/S: nak menang. ;))

Perhimpunan Digi

Aih tetibe hari ni kecoh-kecoh kat rumah nak pergi keluar beli barang lah isi minyak bagai. Sebabnya simple jer esok tak boleh keluar. Sume ni disebabkan perhimpunan bersih uh. Cik Diba tak faham ler perlu ker perhimpunan macam ni nak dibuat. Kalau wat perhimpunan perarakan yang menyenangkan orang ramai takper, tapi ni menyusahkan orang jep. Esok sesape yang guna line digi samada fon ataupon broadband Cik Diba confirm line full, broadband pun laju jep. Hahaha.


sume esok nampak macam ni ker?


Pendapat Cik Diba lah kan daripada join perhimpunan bersih cam ni. Penat-penat berarak terjerit terlolong baik lah korang wat gotong royong bersihkan kawasan-kawasan. Ha lagi mulia, tak kacau orang senang kan orang adalah. Jadi mari berfikir secara matang jangan berfikir cara budak tadika ;)


P/S: Malas nak campur. Esok wat perhimpunan bersihkan kampung lagi baik ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KakiBLOGGER

Empunya Blog

My Photo
Adibah Jumali
Memiliki aset dimple termahal. Love to make people laugh and love to smile :-) Saya suka warna purple :))
View my complete profile
 
Cik Diba© Designed by: Compartidisimo