topbella

Monday, 4 July 2011

Imbas kembali

Hari ni Cik Diba nak wat entry yang tertangguh oke. Ni sume gara-gara nak mendahulukan contest-contest yang nak Cik Diba join + entry spontan terkeluar. Disebabkan hari ni memang tak de lah entry spontan ke entry terancang ke ap ker. Jadi let's talk abaout tentang entry aku rindu mereka. Bagi yang lupa boleh ler rajin kan mouse mengklik ke tajuk tuh yep. Sebelum memanjangkan entry ni mari lihat gambar budak tak sabar nak keluar matrik :))
sila cari Cik Diba yang comel (perasan kaw)

Rasanya dah nak dekat 3 bulan meninggalkan alam matrikulasi (ceh ayat macam meninggalkan alam bujang jep) Tak sangka rasanya baru jer hari tuh Cik Diba berkenalan dengan mereka ni. Mereka yang sangat kecoh sehingga mampu melibatkan diri ke HEP. Aih kelas yang sangat-sangat hyper sehingga terkenal dikalangan pensyarah serta staf-staf KMS (yeke?) *konfius sementara* Banyak jugak pahit manis payau masin segala yang kitorang tempuh sesama. Walaupon kitorang dalam kelompok yang besar sehingga kadang-kadang mengundang persengketaan tapi kitorang tetap bersatu (hoi Cik Diba dah mula ayat skema. Sila suruh beliau berhenti sekarang) ahahaha. Sebelum Cik Diba nak buka kisah yang tak boleh dilupakan sepanjang kat matrik ngan diorang ni. Jom cuci mata dengan gambar kat bawah ni:

 
see aku dah kata kitorang hyper.

Oke mari cerita kembali. Ha Cik Diba ingat lagi time sesi suai kenal dengan mereka ni. Kitorang time tuh satu kelas adalah dalam 29 orang. Ha amik ko ramai kot. Jadi lecture kitorang ni suh ler bagitau nama panggilan time kenal kan diri. Bukan apa senang sikit nak hafal kan. Cik Diba time tuh duduk dekat sebelah kawan baik time kat sekolah lama dulu. Aish selamat tau ada kawan yang kenal kalau tak lagi lah segan tahap nak masuk bawah meja. hoho :)) Bila sampai giliran Cik Diba jep apalagi sume pakat-pakat pandang. Mao tak nye yang gatal dok belakang tu pehal kan sume orang boleh pandang. Hahah. Sampai jer masa nak introduce nama panggilan eh2 ada pulak sore2 merdu katak cakap nickname Cik Diba ni "DIDI" OMG. geli yaw. haha. tak kena langsung ngan diri Cik Diba ni. hua2 First time orang panggil gituh. Malu Cik Diba diwatnya :)) Mula lah time tuh macam terfikir nak ubah nickname khas untuk kat matrik panggil Didi. Haha :)) tapi Cik Diba macam tak sanggup jer untuk berdepan dengan sume tuh :) kihkih.


Sebenarnya kalau diikutkan banyak kisah yang paling manis yang tak boleh nak dilupakan. Lagi-lagi berbuka puasa sesame ngan diorang. Aish seronok sangat. Ha sambut birthday paling seronok sebab boleh main baling-baling tepung. Ha betul kan korang selalu wat gituh :)) jangan tipu yep. Oh paling tak lupa Cik Diba kene calit ngan krim kek sempena birthday Cik Diba :)) tima kasih krang sebab berjaya kotorkan muka Cik Diba nih. Oke sebelum nak abiskan entry panjang kalah esei BI mari lihat gambar kami :))

oh tau Cik Diba terpose melampau time uh :))

P/S: i miss thah moment we have :)) love u all


0 luahan perasaan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KakiBLOGGER

Empunya Blog

My Photo
Adibah Jumali
Memiliki aset dimple termahal. Love to make people laugh and love to smile :-) Saya suka warna purple :))
View my complete profile
 
Cik Diba© Designed by: Compartidisimo