topbella

Saturday 12 October 2013

Grad for Kursus Protokol

Assalammualaikum!

Apa habaq korang? Wah! Wah! kemain lagi ramai yang dah pulang ke kampung ye. It's okay walaupon ku tidak pulang ku tetap happy happy sahaja. Hati kental beb. Lepas ni boleh buat master dekat overseas. Hoho.

ehem!!


Oh ya bukan itu yang kita mahu kongsikan tapi nak cerita Khamis lepas ada kena pergi satu kursus. Kursus ni panggil Kursus Protokol. Pergh banyak pengalaman. Kursus ni buat kat hotel UUM sendiri. Canggih kau UUM siap ada hotel. Not bad lah hotelnya. Nampak terserlah kemunduran kau ni Diba dah final year baru kau terhegeh hegeh masuk hotel UUM tu. HAHAHA.

muka bajet bajet bangga dapat bergambar dekat hotel
kau hado?

Well well kalau dah nama kursus protokol haruslah perbincangan kepada pakaian, makanan dan adab adab di majlis rasmi dan juga yang memerlukan ada menjadi sangat protokol. Walaweh bab baju aku dapat terima lagi. Tapi bila sampai bab makan. Cik Diba surrender. Gila kau makan kena cover cover bagai. Memang rasa kenyang sebab mula mula ada appetizer lepas tu main course lepas tu pencuci mulut. Yaw sedap lah juga. Tapi Cik Diba rasa kenyang dalam pada tak puas. Yelah hakak ni orang kampung dik oi. Totiba nak kena makan ayam dengan sudu. Aku dah rungsing.

Hamik kau susunan dia. 
Nanti aku mahu kasi kat rumah susun gini.
Dapat laki kau jenis kerjanya pegi majlis protokol je.
Nangis kau Jah. 
Makan pon tersipu sipu sopan kekdahnya.
HAHAHA
Maaf tak dapat amik gambar makanan.
Oh well nama pon kursus protokol
tu lah adabnya.


Nasib baik lah benda ni wajib. Kalau idak memang tak kuasa mak hencik nak hadir. Well lecturer tu kata kami ni sem liat. HAHAHA. Nak buat macam mana. Oke tataplah gambar gambar kami ni.


All of them are my love in UUM. 
=)

p/s : gua tak balik raya bhai.. huhuhuhu

Friday 11 October 2013

Halwa Telinga

Assalammualaikum!

Alhamdulillah update lagi! Yeha. Oh hari ni taknak update panjang - panjang. Secara ringkas Cik Diba sedang dilamun cinta dengan lagu encik mimpi ni tajuknya Rindukanlah. Seriously best. Video klip pon best. Tak caya? scroll ke bawah =)







Kan kan dah kata best. Meh sesapa rasa mcam tak berapa nak tangkap lirik lagu tu. Sila lihat dibawah. Nak karok sekali pon boleh.


Ku benar benar sayang pada dirimu oh kasihku
Janganlah oh engkau ragu pada diriku
Daku berkelana mencari harapan yang kita impikan
Dari terbitnya sang surya hingga tenggelam

Daku ini cinta sejatimu
Daku ini harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ihklas ihklaskan lah hatimu

Rindu rindukan lah diriku
Sepanjang hari harimu sayangku
Ku adalah milikmu Sayangku ku
Ku adalah milikmu yang kau rindu

Doa doakan lah diriku di dalam hatimu di dalam nafasmu
Sepanjang hari hari mu


p/s: saya banyak assignment nak buat. Mintak maaf jika blog terkujur lama tanpa berusik. Nak tegur boleh follow twitter saya =)

Thursday 3 October 2013

Aku Retis Dan Penerbit Pengganti David Teo

Assalammualaikum!

Sengaja hari ini tangan gatal nak menaip tapi takda cerita menarik sangat pon nak kongsi. Oh hari ni menaip entry di dalam tempat yang dinamakan smart reading room. Oh ni salah satu part dalam library. Means kalau korang ada group discussion atau saja nak study dalam gaya santai, nak pakai pakaian macam orang baru bangun tidur sangat dibenarkan. Sebab tempat ni santai jer. Korang boleh memekak tapi dengan nada yang dicontrol lagi ye. Kan tetibe ko bantai melalak mahu dapat jelingan tajam dari warga - warga yang ada kat dalam tempat ni.


Tabiat sangat bila menaip tu perenggan kedua baru nak ikut topik. Kalau buat karangan orang dah taknak baca dah sebab karangan meleret dan terseret. Tujuan datang sini sebab ada group discussion untuk assignment bahasa melayu pengurusan. Motif sangat hamik kelas ni. Terpaksa nak recall kembali. Tapi rasanya bila masuk kuliah bila mula study macam lain jer. Sebab takda lah korang kena belajar tatabahasa dan puisi ke cerpen. Itu tara ye. Itu belajar zaman zaman hingusan zaman dibangku sekolah kekdahnya. Hoho. Oh oh pasal assignment kitorang ditugasakan untuk membuat 1 short video. Haiya! banyak susah wei. Gila kau nak fikir short video yang ada nilai kemasyarakatan / tentang produk takpon perkhidmatan yang tak pernah ada kat pasaran. Buntu wei. Dengan guideline yang katanya nak bagi tapi takpon. Pergh nak kena hantar akhir bulan 10 ni wei. Then, kena pulak tulis skrip lagi. Walaweh dah rasa macam aku amik MASCOM. *pitam.

ada ada macam budak mascom ke?
aku geram tengok eye bag tu.
macam muka orang sakit. HAHAHA
gambar seminggu sebelum fly ke Kedah =)

Hasil perbincangan secara kumpulan banyak pulak idea. Ha jadi mulalah konfilk nak pilih yang mana. Konflik wei. Sume idea rasa best. huhu. At last kitorang gabungkan sume idea tersebut. So korang nantikan jelah kemunculan video tersebut di youtube. Oh motif masuk youtube sebab lecturer suruh upload dan kumpulkan berpa banyak like yang dapat. Retis sangat u alls. Lepas ni aku boleh ganti David Teo and join MIG. HAHAHAHA. kbai.


p/s: next week ada exam mid sem subjek international management. Indah sangat bila minggu ni lecturer baru bagitahu. Kena cover 5 chapter bhai. *pengsan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KakiBLOGGER

Empunya Blog

My Photo
Adibah Jumali
Memiliki aset dimple termahal. Love to make people laugh and love to smile :-) Saya suka warna purple :))
View my complete profile
 
Cik Diba© Designed by: Compartidisimo