topbella

Sunday 11 May 2014

Budaya Sekarang Boleh Pitam

Assalammualaikum,

Alhamdulillah masih diberi keizinan dan masa nak menaip di entri blog ini. Ecewah ayat kau diba kalah sasterawan negara. EH! Macam biasa kehidupan sebagai seorang pelajar haruslah dipenuhi dengan assignment oke. Ya Ya ni aku tengah curi curi masa ni nak taip blog untuk engkorang baca. Eh ada lagi pembaca ke blog ni? HAHA. Jadi lagi 2 minggu nak final exam. 2 minggu lagi nak final tapi aku masih tidur dengan assignment lagi. Haila macam mana nak proceed ke study untuk final kalau assignment masih menanti dan ternanti-nanti.

Lama tak tepek gambar sendiri. 
Bagi sekeping tengok
EH!


Just leave it about assignment or whatever about study. HAHA. Let's move to our topic. Ya ekceli kan aku ni semester kena pindah asrama or kalau nak bahasa standard nya kolej penginapan kan? Standard kan? =) Oh! Oh! satu budaya yang aku perhati sejak pindah ke asrama baru ni ialah tiada perkataan memekak atau bising kecuali aku dan kawan-kawan aku yang baru pindah ni je yang tolong memeriahkan suasana. Dan hasilnya kitorang kena sound sedas dua. Ha ambik bawak lagi budaya memekak tu ke asrama baru, tu makan dia. So ingat aku kisah. Jadi kami teruskan memekak tapi limitkan. Gitu.

Oh then budaya paling aku tak dapat terima bila dekat asrama baru ni bila time turun dari bas, mereka ini iaitu mahasiswa mahasiswi ni. Aku ulang mahasiswa mahasiswi ni susah benar nak ucap terima kasih. Tu yang aku perasanlah. Sebab semester-semester lepas waktu aku dekat asrama lama elok jer bebudak asrama aku ucap terima kasih. Lagi kalau dalam bas nampak orang berdiri dan pegang buku dorang siap offer nak tolong pegangkan. Yang offer tu orang yang duduk ye. Yelah nak bagi duduk tu tak mungkin lah. Tapi aku adalah pengalaman dimana 1 foreigner ni bagi duduk dekat girl yang berdiri ni. Oh touch. Lelaki Malaysia ni hado? Setakat ni takda lagi lah. Tapi semua tu kat asrama lama ye. Bila pindah asrama baru haram aku nak nampak semua tu. Dulu awal2 aku pindah adalah aku offer dorang ni untuk pegangkan buku diorang. Yelah kan kalau terjelepuk kan malu kat anak bangsa yang lain. Tapi jual mahal nau. Katanya tak payah. 2, 3 kali gak lah aku penah buat macam ni. Tapi lepas tu aku dah tak offer dah walaupon nampak kecian. Sebab apa yang aku observe no body terima offer tu dan takda yang offer.

Then yang pasal terima kasih tu. Aku rasa bebudak yang pindah dari asrama lama aku jer yang ucap terima kasih. Tapi lately ni aku tengok dah ramai yang mula nak ucap terima kasih kat drebar bas tu sampai penat pakcik dengan abang drebar bas tu nak jawab. HAHAHA. Tak kisah lah mungkin ada orang tak kisah mungkin ada yang kisah. At least respect lah diorang. Kalau takda diorang ni korang jalan lah kaki ber KM2 tu ke kelas. Kalau ucap terima kasih mungkin dorang rasa dihargai. Baru lah nak buat kerja molek2. Ye dak? Ok tu jer laporan dari makcik konah. Eh silap Cik Diba. HAHAHA

oke aku saja nak bagi laman insta aku.
Sila follow untuk perkembangan aku yang makin kembang. EH!
oh yang ni masa pi Penang Port.
Yang ni nanti aku cerita. Tunggu next entri ok
Terima kasih kerana sudi menunggu



p/s : aku dah nak nangis tengok esemen dah macam kena semen ni. Taknak runtuh2. Kejap2 ada jer lagi yang menanti. T.T bye u alls =)

1 luahan perasaan:

Madam N said...

sabar ya,huhu buat pelan2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KakiBLOGGER

Empunya Blog

My Photo
Adibah Jumali
Memiliki aset dimple termahal. Love to make people laugh and love to smile :-) Saya suka warna purple :))
View my complete profile
 
Cik Diba© Designed by: Compartidisimo