topbella

Monday, 16 July 2012

Bakal Cucu Menantu

Assalammualaikum :)

Maaf kepada pembaca blog ini. Sepatutnya entry ni Cik Diba buat semalam tapi disebabkan kesibukan bertambah dengan ketiadaan mood tu yang jadinya entry baru nak ditulis hari ini :) Seperti yang dijanjikan kelmarin Cik Diba nak cerita pasal sesuatu yang juga ada kaitan dengan kahwin. Haiya semenjak ramai sedara-sedara dah mula jadi tunang orang Cik Diba pon dah mula ler banyak tulis kisah kahwin-kahwin :)

untuk renungan bersama ;)


 Minggu lepas dok melepak rumah nenda Cik Diba kejap sambil-sambil ambik barang-barang perhiasan untuk hantaran. Tengah dok sedap-sedap lepak segala. Mula lah buka cerita pasal jiran depan rumah Cik Diba yang bertunang dengan jiran belakang rumah Cik Diba. Aih dari satu cerita ke satu cerita. Tiba-tiba nenda Cik Diba yang dari dapur datang join borak. Cik Diba tolong dengar je lah. Sebenarnya seronok tau dengar orang tua-tua borak. Lagi-lagi bab depa dok ngumpat. Hamboi volume suara dari 5 terus down sampai 0.111 :) HAHAHA (sila jngan jadi macam Cik Diba ok). Ada makcik yang duk dekat rumah nenek Cik Diba tu cakap macam ni

"Aih sepupu kau si intan tu dah bertunang, kau bila lagi" 

Amboi sedapnya berkata. Cik Diba dok habaq kalau ada jodoh ada lah. Buat-buat bersabar lah. Dan mereka pun terus ler berborak. (dah macam novel) Tetiba nenek Cik Diba dok habaq pula lagu ni

"Mak tak kisah lah sape yang kau pilih. Tapi kalau boleh mak nak cucu menantu askar pulak. Takde sape lagi yang dapat askar" 

Oh korang jangan terkejut pulak nenda ku bahasakan diri mak. Cik Diba tak tau lah macam mana kitorang sepupu semua panggil nenda kitorang mak. Hehehe. Terkejut den dongaq nenda den nak cucu menantu askar. 

 seronok ye kawin macam ni ;) 


Time tu Cik Diba dah tergelak-gelak dah. Cik Diba dok habaq nanti Cik Diba dok melepak depan TUDM usha mana-mana abang askar yang ada. Hua Hua. Pakat-pakat sume gelak. Kalau nak tahu rumah Cik Diba dekat jugaklah dengan TUDM ;) Jadi dulu-dulu kalau nak pegi sekolah pasti lalu dekat TUDM dulu. wink2. :) Sebenarnya Cik Diba tak minat sangat dengan askar sebab askar ni korang tau lah duduk pun tak tetap. Kejap kena pindah sana sini. Sebab tu sekolah Cik Diba selalu dapat student baru ;) Tapi sekejap jer lepas tu diorang pindah lagi. Aih taknak lah abang askar kan tak duduk rumah saya :) Kalau duduk rumah pun mungkin selalu kena tinggal. Oh abang askar ;) Wahai sepupu Cik Diba yang belum kahwin sila lah cari abang askar ye. Nenda kita nak cucu menantu askar.

p/s: kahwin dengan abang askar bolehlah berjalan bawah pedang ;)

  

0 luahan perasaan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KakiBLOGGER

Empunya Blog

My Photo
Adibah Jumali
Memiliki aset dimple termahal. Love to make people laugh and love to smile :-) Saya suka warna purple :))
View my complete profile
 
Cik Diba© Designed by: Compartidisimo