topbella

Wednesday, 11 July 2012

Umur 3 tahun dah ada tunang :)


Assalammualaikum!!

Amacam cun tak sireh kat atas tu. Tengok lah sape yang gubah kalau tak puan ibu :) Penat pusing-pusing pagi tu cari bunga hidup nak kasi bubuh kat sireh ni :) Sumber ilham ni diambil time pegi nilai hari tu kat kedai hantaran :) Jimat kan. Tak payah nak tempah-tempah. Guna jer kreativiti sendiri.

Oke meh kita balik pada tajuk. Oh sape yang dah tunang seawal usia 3 tahun. Cik Diba kah? Pastinya bukan. Kalau ada sudah bagus juga. HAHAH. Ni sebenarnya adalah budaya orang pakistan. Cik Diba dapat tau pon masa pegi beli karpet kat kedai diorang ni. Tak tau lah macam mana boleh terkeluar cerita pasal tunang-tunang, kahwin-kahwin ni. Yang Cik Diba tau diorang akan tunangkan anak diorang dengan sedara mara atau kawan-kawan atau sesiapa saje yang dorang rasa berkenan seusia 3 tahun.Kecik-kecik lagi dah ada tunang. Macam seronok jer.. Nak tak nak diorang kena terima juga. Yang penting bila dah kahwin suami dan isteri kena setia dan takkan boleh bercerai sehingga mati. Maksudnya suami tu masih boleh kahwin sampai 4 tapi isteri kalau kau nak ada skandal dan nak kahwin ngan skandal kau tu kau kena tunggu hubby kau meninggal ok. Tugas kaum perempuan kat sana hanya duduk di rumah dan tak boleh bekerja dan kalau tak silap diorang tak boleh keluar rumah. Mungkin kalau takde izin suami kot. Menarik kan. 

*bilalah boleh dapat hari2 ada org imamkan solat saya ni :)

Dan hari apa ntah ada tengok program SAFIYYA. Suka tengok time kupasan tajuk tentang pasangan pilihan family. Macam best jer. Insyaallah kalau puan ibu ada pilihan untuk saya dan orangnya ok, saya akan terima. Cewah. Ayat nak kelas jer kan. :) 

p/s: seronok kenali budaya orang luar :)

0 luahan perasaan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Empunya Blog

My Photo
Adibah Jumali
Memiliki aset dimple termahal. Love to make people laugh and love to smile :-) Saya suka warna purple :))
View my complete profile
 
Cik Diba© Designed by: Compartidisimo