Assalammualaikum
Menaip lagi untuk entry kali ni. Jari-jari yang tak berapa nak runcing ni seronok menaip. Alhamdulillah setelah dah banyak kali refresh untuk mendapat keputusan yang disiarkan di internet, akhirnya dapat juga buka :)
Credit to Hencik Google
Ok mokcik-mokcik pokcik-pokcik result kali ni bolehlah. Alhamdulillah semua lulus. Ok sem lepas Cik Diba ada tunjuk result kan. Sem ni sebab tak berapa nak molek sangat result tu kasi tutup. Tak mau hebah-hebah. HAHAHAHA malu :p
Alhamdulillah
Memang sem ni tak berapa nak target sangat. Memang tahu pon pointer akan jatuh tapi tak rebahlah ye.Tapi dah kira bersyukur sangat lulus semua subjek. Kalau ikutkan fikir-fikir ingat ada dua tiga subjek takut tak lulus. Yelah agak susahlah jugak subjek tu. Tapi Alhamdulillah berkat study last minute. Hua Hua. Kantoikan diri. Adik-adik jangan ikut perangai akak ye :)
:) Sila FAHAMI
Yang paling penting saya tak putus asa. Cik Diba nak kejar balik pointer tu kasi tinggi melangit. Cewah gaya ala-ala hebat sangat ye. Yang paling penting kunci kejayaannya tak boleh dah nak main-main. Belajar kasi up.
p/s: Sentiasa ingatkan diri supaya tidak rebah sebelum mencuba :)Tahniah kepada rakan-rakan yang lain. Kamu superb!
0 luahan perasaan:
Post a Comment