topbella

Thursday, 12 July 2012

Pasanganku Jiranku :)

Assalammualaikum :)

Hai Cik manis, cik ensem, cik comel dan anda semua. Apa habaq semua? Semenjak study kat utara ni blog pon tulis ada slang utara :) Cik Diba memang suka belajaq sume slang kat Malaysia ni. Hari tu pon ada gak belajaq slang Sarawak dari roomate. Payah hang tau dak :)


Kisah hari ni nak bagitau pasal cerita yang Puan Ibu sampaikan semalam. Hailo sangat kelakar lorh. Jiran belakang rumah Cik Diba dapat jodoh atau bakal isteri die depan rumah Cik Diba. Kiranya rumah Cik Diba ni jer lah pemisah antara rumah diorang. Sangat kelakar ye. Terguling-guling gak lah dengaq. Kalau korang nak tau yang jiran depan rumah Cik Diba iaitu yang bakal pengantin perempuannya belajar kat Mesir. Tak sangkakan belahar jauh-jauh, last-last dapat jugak orang dekat. Yang penting sangat dekat. Tu lah kalau dah namanya jodoh nak wat camne kan. Dengar cerita depa ni dijodohkan oleh family :) Insyaallah sabtu ni diorang akan bertunang. Hope kekal lah ye :)

 lebih kurang macam ni lah barisan rumah


Masa sedap-sedap gelak tiba-tiba puan ibu kata, "kau jangan nak beria sangat gelak. Kan jiran depan tu pinang kau pulak. Daripada hari tu asik tanya kau dah balik ke belum. Macam suka jer kat kau." Ops tercekik cheq. Hahaha kalau nak tau jiran depan rumah tu memang ada anak lelaki sebaya Cik Diba dan kitorang memang kawan pon dari sekolah rendah. Tapi anak die tu pemalu sangat. HAHAH. Cik Diba habaq kat puan ibu jangalah doakan jodoh dengan jiran depan rumah. Agak-agaklah nak dekat pin. Tapi janganlah sampai depan rumah. Kan khemah kawin satu baris jer. HAHAHA. Kau ada?

p/s: tapi kalau dah jodoh siapa kita nak tolakkan?


4 luahan perasaan:

fiQRa said...

hehe jodoh rahsia Allah.

mas pun tak sangka bakal bertemu jodoh dengan afiq. padahal 1 poli, satu kelas, 1 course. tapi tak pernah bertegur.. hehe, bila mas sambung uitm, baru jumpa kat fb :D

Adibah Jumali said...

Sebab tu jodoh adalah rahsia Allah.
kalau dah tentukan dia untuk kita siapa kita untuk ubahkan. Alhamdulillah Mas dah jumpa pasangan halal. Diba masih mnanti dan berdoa dapat pasangan yang baik :)

Syuk Ry said...

wah jodoh jiran dpn rumah ker.. sweet yer.. hoho..

Adibah Jumali said...

bukan lah :)
jiran belakang rumah lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Empunya Blog

My Photo
Adibah Jumali
Memiliki aset dimple termahal. Love to make people laugh and love to smile :-) Saya suka warna purple :))
View my complete profile
 
Cik Diba© Designed by: Compartidisimo