Assalammualaikum.
Lama rasanya tak jenguk ruangan blog ni. Macam biasa tanggungjawab sebagai pelajar tu lagi penting dari yang ini. Lagi - lagi bila dah officially aku anggap blog ni sebagai diari. Jadi bila rasa ada sesuatu menarik aku akan update.
Ok teruskan pada jalan cerita. Ya Alhamdulillah aku sekarang sedang mula untuk berubah sedikit - sedikit. Ya mungkin dulu cara pakaian ikut suka. Ikut fesyen mungkin. Cara bertudung setakat selimpang - selimpang ja. Tapi baru - baru ni bila dah mula pakai tudung ikut yang betul iaitu melepasi dada aku rasa aku patut juga berubah dari segi lain. Dulu pun memang setiap kali pakai baju kurung memang akan pakai tudung tutup dada tapi bila pakai t-shirt selimpang balik. Jadi bila dah masuk umur 21 tahun aku mula fikir sampai bila nak jadi macam ni. Bila lagi nak berubah? Bila lagi nak ikut pemakaian cara yang betul? Setakat ini masih lagi memperbetulkan cara pemakaian tudung. Stokin masih lagi belum untuk mencuba. Mungkin dalam masa terdekat. Hanya Allah sahaja yang tahu.
Sekarang juga aku dah mula istiqamah dalam solat. Mula untuk solat di awal waktu walaupon kadang - kadang tak selalu juga di awal waktu sebab kelas straight sampai 3.30 petang. Yang penting aku cuba. Sekarang dah mula nak hadir ceramah ceramah agama. Insyaa Allah aku masih lagi dalam peringkat perubahan. Mohon doa kalian agar aku istiqamah =)
p/s: Allah kuatkanlah aku untuk perubahan ini. Sesungguhnya Kau tahu apa yang terbaik untuk ku =)
Guna steroid baru badan jadi ??
1 day ago
3 luahan perasaan:
Alhamdulillah, bersyukur pada Allah yang memegang setiap hati :)
Hanya Dia yang berhak menentukan siapa dari kalangan hambaNya untuk diberi hidayah, dan awak, adalah yang terpilih tu ^^
InsyaAllah, saya doakan awak dapat istiqamah, dan, ingatlah, dalam setiap solat kan kite baca al-fatihah,
"Ihdinassirotholmustaqim". Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang lurus..
Semai itu hati, moga Allah bersamamu :)
Terima kasih diatas doa itu.
=)
Terima kasih diatas doa itu.
=)
Post a Comment