topbella

Monday, 30 September 2013

Assignment Design Blog

Assalammualaikum dear friends =)

Dua hari berturut - turut mengupdate. Syabas diba =) Hehehe. Oh disebabkan ku selalu ditinggalkan oleh roomate ini lah penyebab dan titik mula aku rajin mengupdate blog. Hebat dak ayat bahasa melayu aku. Menangis cikgu bahasa melayu aku baca. Hoho.

saja tempek kata kata untuk korang.
muhasabah diri katanya =)

Oh hari tu ada tolong sorang member ni. Katanya kena buat assignment design blog. Kira fully buat blog lah. Kena mula dari awal. Eceh aku ni apa lagi mengambil peluang dengan bangganya bagitahu aku reti buat. HAHAHA. Kan kan tak memasal dah kena buat kan assignment orang. Takpa takpa kita tolong orang kali ini, nanti orang tolong kita pulak =) hehehe.

ni dia blog yang dibuat.

Disebabkan blogspot ni sudah banyak perubahan jadi aku kena study balik lah cara nak design blog ni. Yelah time aku mula-mula buat tu dah dekat 4 tahun lah juga. Gila tak banyak berubah. Huhu. Dua hari gak amik masa nak siapkan. Nasib baik just assignment jadi aku buat simple simple jer. Nak buat lebih lebih kan kena hamik masa seminggu pulak. hehehe. Lagi pon wa tengah kemalasan + line wifi macam menyombong jer time tu. Lembab benar nak bergerak. Oh Cik Diba nak share 1 website yang korang boleh pilih background template yang comel comel. Serious sangat comel.

Just go this website. http://thecutestblogontheblock.com/
Seriously simple and cute =)


p/s: akhirnya publish juga entry ni. ni sume gara - gara wifi lembab.


Friday, 27 September 2013

Just Married

Assalammualaikum!

Alhamdulillah dapat lagi update blog. Terima kasih wifi uum kerana memberi kerjasama. HAHA. Bila nak buat assignment bukan main lembab lagi kau ye wifi. Kalau bab bab membuang masa dan tak berapa nak faedah ni bukan main laju lagi line wifi ni. Aih.. Sabo yo lah.

Oh entry yang kali ni sebenarnya dah berkurun aku nak update. HAHA. sekarang baru ada masa. Alahai out to date lah hang diba. Takpa takpa yang penting boleh update juga. Ini kisah pada hari raya Aidilfitri hari tu. Sepupu Cik Diba kahwin. Ya entry dulu ada cerita pasal die bertunang tu. Boleh rujuk SINI. Alhamdulillah 17/8/2013 sepupu Cik Diba selamat diijabkabulkan. Tahniah cik kak =D Tak sangka dah jadi wife orang. Dolu - dolu dok main pondok pondok, main masak masak cepat masa berlalu. Now sekarang dah status isteri orang =)

akad nikah.
debor le tu! hahaha

Ni dia orangnya.
Muka bahagia =)



Then next weeknya baru lah buat reception kat rumah pengantin perempuan. Aih busy aku waktu tu. Halmaklumlah kena siapkan candy buffet. Oh tiada gambar sebab tersangat tak sempat nak amik. Hoho. Nak amik gambar dengan pengantin atas pelamin pon tak sempat hang tau dak. Hoho. Tapi Cik Diba dan sepupu yang seangkatan sempat juga curi masa ikut depa outdoor. Yeha. Happy =D


Ni lah pasangan pengantin. 
Syafiqah + Izwan.

Yeha acara tangkap bunga.
=D
Aku berjaya tangkap.
Maksudnya apa ye?
HAHAHA

Seronok main air di putrajaya.
Baju aku sampai basah terpercik air.
huhuh

Last but not least Congrate again to you cousin.
Be the good wife and good couple.
Happy till Jannah oke =)






p/s: next weeding abang sepupu yang dok pegang payung dalam gambar tu. Mintak mintak aku boleh balik le tu time tu =) 






Tuesday, 24 September 2013

Jadual Berdarah Budak Tahun Akhir

Assalammualaikum,
Akhirnya berjaya juga mematahkan segala kemalasan dalam diri. Hoi aku berjaya update blog! Yes. Lama tak update dan menulis terasa kekok sampai bengkok nak mencari idea menarik ni. Haiyak. Apa kena dengan kau ni Cik Diba oi. Wake up lah dan mula rajin menulis =)

oh gambar ni ibarat mengambarkan belon hati yang terbang tu macam 
perasaan malas yang telah ku lepaskan terbang dari diri aku.
*pergh aku dah terasa macam sasterawanita.
HAHAHA =)

Oh mari lah kita bercerita tentang kehidupan aku di UUM ni ha. Ya aku dah tahun akhir. Bukan semester akhir, aku ada lagi 1 semester untuk menamatkan riwayat sebagai pelajar degree. Ewah ayat kau Cik Diba. Class sangat. *puji diri.. HAHA. Walaupun dah masuk minggu 3 ke minggu ke 4 aku mulakan kuliah tapi sekarang baru terasa nak kongsi jadual terbaik aku semester ni. Mari scroll laju-laju kebawah. Jangan over scroll sangat. Hehehe.

kalau korang ada masalah penglihatan ataupon gambar ni terlalu kecik sangat
silalah klik laju2 untuk tumbesaran =D

Semester ni terasa berat jugalah subjek yang pikul ni. Tapi demi sehelai kertas (sijil) ku gagahkan juga diri ini. *ayat over.. Hehehe. Oklah tu jer nak bagitau. Before i say bye bye to u alls. Nah aku tempek gambar aku before p kelas pakej suasana bilik yang sudah 2 tahun lebih aku berjaya duduk kat bilik tu tanpa berpindah randah macam orang lain =)

aku sengaja buat gambar kabur2. 
Biar korang rasa zaman dolu-dolu. HAHAHA


p/s : proses menyiapkan blog untuk orang. Assigment katanya. Takpa Cik Diba bakal dapat kepsi bucket. Ko hado? hahhaah



Saturday, 14 September 2013

FINAL YEAR

Assalammualaikum!

Here i'm back. Rindu nak menaip katenya. Walaweh berjanji mahu mengupdate seminggu sekali kononnya. haram jadah nak praktikkan. HAHAHA

Oh walaubagaimanapun tetap juga Cik Diba sudah mulakan kelas. Yeha semester 5 sudah. YE saya budak tahun akhir InsyaAllah. Doakan saya berjaya tanpa mengextand kan diri. Hapa ke punya bahasa aku guna ni. Hantam sajalah labu. HAHA

By the way, this blog aku dah anggap sebagai diari. Jadi ada atau tidak pembaca gua tala helan. HAHAH. yang penting wa puas dapat melepaskan gian menulis sesambil meluahkan perasaan kat sini. =)

Ok close entry. Sekali lagi I'm the final year student. I'm happy tapi terlebih cuak. hua2. kbye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KakiBLOGGER

Empunya Blog

My Photo
Adibah Jumali
Memiliki aset dimple termahal. Love to make people laugh and love to smile :-) Saya suka warna purple :))
View my complete profile
 
Cik Diba© Designed by: Compartidisimo