topbella

Tuesday, 24 September 2013

Jadual Berdarah Budak Tahun Akhir

Assalammualaikum,
Akhirnya berjaya juga mematahkan segala kemalasan dalam diri. Hoi aku berjaya update blog! Yes. Lama tak update dan menulis terasa kekok sampai bengkok nak mencari idea menarik ni. Haiyak. Apa kena dengan kau ni Cik Diba oi. Wake up lah dan mula rajin menulis =)

oh gambar ni ibarat mengambarkan belon hati yang terbang tu macam 
perasaan malas yang telah ku lepaskan terbang dari diri aku.
*pergh aku dah terasa macam sasterawanita.
HAHAHA =)

Oh mari lah kita bercerita tentang kehidupan aku di UUM ni ha. Ya aku dah tahun akhir. Bukan semester akhir, aku ada lagi 1 semester untuk menamatkan riwayat sebagai pelajar degree. Ewah ayat kau Cik Diba. Class sangat. *puji diri.. HAHA. Walaupun dah masuk minggu 3 ke minggu ke 4 aku mulakan kuliah tapi sekarang baru terasa nak kongsi jadual terbaik aku semester ni. Mari scroll laju-laju kebawah. Jangan over scroll sangat. Hehehe.

kalau korang ada masalah penglihatan ataupon gambar ni terlalu kecik sangat
silalah klik laju2 untuk tumbesaran =D

Semester ni terasa berat jugalah subjek yang pikul ni. Tapi demi sehelai kertas (sijil) ku gagahkan juga diri ini. *ayat over.. Hehehe. Oklah tu jer nak bagitau. Before i say bye bye to u alls. Nah aku tempek gambar aku before p kelas pakej suasana bilik yang sudah 2 tahun lebih aku berjaya duduk kat bilik tu tanpa berpindah randah macam orang lain =)

aku sengaja buat gambar kabur2. 
Biar korang rasa zaman dolu-dolu. HAHAHA


p/s : proses menyiapkan blog untuk orang. Assigment katanya. Takpa Cik Diba bakal dapat kepsi bucket. Ko hado? hahhaah



0 luahan perasaan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Empunya Blog

My Photo
Adibah Jumali
Memiliki aset dimple termahal. Love to make people laugh and love to smile :-) Saya suka warna purple :))
View my complete profile
 
Cik Diba© Designed by: Compartidisimo