topbella

Tuesday, 19 February 2013

Aku Ditembak 2 kali

Assalammualaikum

Amacam rajin tak aku update blog sekarang? Rajin kan. Haruslah rajin sebab aku dah tak tau nak watpe. Oh biasalah first week kelas takde benda pon nak wat. Yelah sekarang pon tengah minggu add drop atau lebih dikenali minggu menyusun jadual kelas dengan jayanya =)

oh ini add drop by online
tapi sekarang minggu add drop manual
dimana korang kena jejak kan kaki ke ofis dan jumpa lect =)

Tapi minggu2 add drop pon ada jugak lecturer yang dah mula mengajar. Ya sume depends lecturer lah sama ada depa nak biar minggu ni berlalu tanpa mengajar atau terus mengajar. Yang lambat add ataupon dengan sengaja buat cuti tambahan yakni tak pulang2 dari kampung halaman, ketinggalan lah chapter yang beliau dah ajar. Setakat ni dah 2, 3 kelas Cik Diba masuk dah mula mengajar. Ya dan kisah semalam lagi seronok. Kelas last oke kelas M&A atau lebih dikenali dengan kelas pengambilalihan dan penggabungan. Ha nampak korang mesti ada rasa pening-pening lalat baca nama subjek yang aku amik kan. Apatah lagi aku yang amik ni. Masuk-masuk kelas jer lecturer tu just bagi briefing sikit-sikt then terus mengajar. Pergh aku time tu dah rasa nak muntah. Yelah subjek baru. Lecturer tu ajar pulak skip2. Memang seronok lah. But senior2 aku kata lecturer tu ok. Aih aku tak tau lah tang mananya ok. Sebab aku rasa otak aku lambat sangat proses apa yang beliau cakap kat depan tu. Oh sesedap muka aku tengah kerut-kerut nak faham apa beliau kata. Tetiba nama aku kena panggil. And i'm was like "ya sir." Oh korang tau lecturer tu suruh terangkan 1 perkataan ni. Aku pon dah lupa apa perkataan tu. Ha apalagi aku pon bertentang mata lah dengan lecturer tu. And the end he was give up and he turn to one of student in the class. Ya that student is behind me. HAHA. Oh malunya tak dapat jawab. Tapi lecturer tu oke jer. Maybe die taknak kasi kita tido le tu die men soal2. Then class was continued and he was ask all of student in the list name he get. The funny part was all of students that he ask was my friends. HAHA sume dok main mata jer dengan lecturer tu. AHAHA. Then suddenly i was hear someone was call my name. You suggested who was call my name? HAHA. Ya he was call my name again. Ya Allah i think he love to call my name. AGAKNYA . Ahaha. For the second question and second shoot ya i still can't answer his question. HAHAH. Haruslah kawan-kawan aku dah mula menganjing aku kan. Dua kali bhai kena shoot. Aku dah macam dok dalam peti ais je time tu. Seram sejuk wei.

ha aku rasa macam kena tembak. 
Menusuk ke jantung bila kena soal dan tak boleh jawab. 
BHAHAHA.

Eh tapi aku ingat lagi first question my lecturer bila masuk kelas. He ask how to correct the result if we tersalah key in data? Aha haruslah semua orang buat muka blur kan. Wei we all ni student je pon mana lah tau camne nak betulkan. HOHO. Oh do you know what he want the answer this thursday. Ok reramai ke tali gantung. AHAHAH.

p/s: Sem ni sangat tough oke. I means the subjek =)


Sunday, 17 February 2013

New Chapter

Assalammualaikum

Hai korang. First of all nak bagitau Cik Diba sekarang sudah berada di UUM. Ya hari Jumaat malam dah naik bas balik ke UUM dan sampai Sabtu pagi. Long journey oke. Sampai jer dekat tempat penginapan dah kena beratur depan ofis nak amik kunci. Aih ofis pon 1 hal dah tau students hari tu ramai yang balik boleh pulak buka lambat. Paling hebat hanya seorang staf jer kerja. Oh jadi lepas amik kunci haruslah bersiap sedia mengemas barang. Grr tension tengok stor simpan barang-barang tu. Penuh wei. Sampai terpaksa keluar kan barang-barang orang lain. Hoho. Maaf bebanyak lah ye. Dah abis kemas haruslah melelapkan mata.

Nampak dah pasang cadar dan seharusnya landing =)
krooh..krooh..
bhahahaha

Dan hari ni mulalah sesi ke kelas. Ya pembelajaran dah bermula. Haruslah masuk kelas sebab nak tengok lecturer tu oke dak? straight ke dak? hensem tak? cun tak? hahaha. Setakat untuk hari ni, aku rasa sume lecturer sangat ok. Tak tau lah kalau dah sampai pertengahan sem buat hal kan. Harap tak lah ye.

i choose bag pink for today =)
Oh hari ni tak sempat nak bergambar.
Jadi snap beg pon jadi lah kan =)

Kelas hari ni sume straight. Tak macam sem lepas banyak gap. Sem ni gap adalah 1 2 jam. Kira ok lah kan. =) Tadi nak p kelas baru terfikir "eh aku dah sem 4 lah. Sekejap lagi dah sem 5 dan 6." Aha kalau nak tau Cik Diba cuma 3 tahun jer. Jadi pejam celik pejam celik, eh tinggal 1 tahun lebih jer lagi. Wah2 wait ha donia kerja pasti kan ku gapai mu. Ahahaha =)

surprise gift from my roomate.
Tak lah surprise mana kan. Ahahaha
Oh haari tu my roomate balik kampung dia di Sarawak.
Jadi ni kira ole2 dari sana lah ni.
Oh thanks a lot dear =)

p/s: New sem, new chapter, old person =)



Wednesday, 13 February 2013

Biar Gambar Berbicara (Fast FOOD)

Assalammualaikum

Lama tak buat segmen "biar gambar berbicara." And now we continue this segmen. Selalu dorang kata "WORDLESS WEDNESDAY." =)

=)

p/s: OH PAPA JOHN's memang sodap =)

I hope it will not the last

Assalammualaikum

Hai semua. I'm back. Wah superb dah berapa hari tak update kan. Oh ya tiada cerita yang menarik nak diceritakan. As usual bila dah takde yang menarik nak cerita haruslah biarkan saje anda dan anda semua baca entry yang lama. Ya hari tu macam nak cerita pasal result. Tapi i'm feel so down. Malas mao cerita pasal result. Oke let's move to the topic. Ya hari ni keluar beriringan dengan kawan-kawan pergi berjalan-jalan di Setia City Mall.

sebab tak sempat nak amik gambar berlatar belakangkan Setia Mall
jadi haruslah sumber google. *pasrah

Lama dah tak jumpa depa ni. Last jumpa masa hari raya kalau tak silap. Kali ni reunion kecil-kecilan. Ya harus ditekankan KECIL-KECILAN. You know why? Because only 7 person involve for this reunion. Acttually we decide to make a bbq for the reunion. Oh because only 7 person wanna join. Ya we cancel it and we replace with jalan-jalan ke shopping complex. Acttually we decide to went to Jaya Jusco Bukit Tinggi but Setia City Mall more near from Klang Central. So we decide to go there. Eh aku dah terasa macam buat essay wei. Nak kata apa ye Setia City Mall ok lah best dan ya the view is awesome =) Dan kenapa aku rasa aku dah macam promote Setia City Mall. HAHAHA. Eh by the way, walaupon keluar 7 orang it's really happening. Haruslah kawan-kawan aku ni semua happening sampai pening nak layan kerenah depa ni. Macam-macam gaya, ragam semua diblender sekali. Memang gaya Setia City Mall tu we all yang punya. Penat dah mengarang ayat untuk korang. Mari lihat gambar. Nanti aku cerita by gambar.


Location: KFC
Taken by: Azwan
dari kiri hanim (actually so hungry that time =) see she's buy the soya sebab dah tahan lapaq. LOL) , Cik Diba and Nina
Kita terlalu lapar sampai tak tau nak makan apa.
Lalu ngap jer lah apa yang ada kan?

Ya i think me so cute. miaw
kbai.
Beside me she's so pretty =)
She's actually have a family relationship with me.
And she's suppose to call me aunt.
I was like ha?
HAHAHA

Location : PAPA JOHN's
Taken by: Nina
Oh having lunch again.
Because my one of my friend want's to belanja us.
Ya we all decide to eat again =)
HAHA.
Thanks friend. Really appreciate it


Hey we so happy and u can saw that right?


We are besties.
The only girlfriends i have.
I means they are so special to me.
Never meet anyone like u all =)
U are the best!

Taken by: staff PAPA JOHN's (thanks)
7 of us =)
Let me introduce one by one
From the left: anim, ipan (the one who belanja kami makan), azwan (he's said: "kalau keluar dengan aku ko mesti nak update entry. Ya aku kan artis." Me: "Oh ya aku faham perasan ko.")
Center: Tain (he's like a papa when he sit at the center. LOL)
From the right: suppose to be me (Cik Diba cute miut. HAHAHA), Afiq, Nina. =)
Hey guys i love to having hangout with u all =)

Masih terasa lagi kehangatan keluar dengan diorang. Eh haruslah ada unsur-unsur gosip sepanjang perbualan. Dan topik lain like "hey korang berapa tahun lagi abis study?" "Mahu sambung belajar ke after this?" and bla bla bla bla. That's so much great fun. =) Thanks friends for the best day today ^_^ Hope it will not be the last.

p/s: Hey Cik Diba dah nak balik UUM =) Oh selamat tinggal Selangor. This April will be come back for a while. Hey let's hangout (itu pon kalau korang cuti =.=")




Thursday, 7 February 2013

Aku Budak Dekan

Assalammualaikum =)

Hai warga-warga blogger dan seangkatan dan mao pon tak terangkat. Oh hari ni pengenalan tak panjang pon. Sebaris dua jer. Terus pada topik oke. Today result exam will announce. Serious wa cuak bhai. Sem ni macam rasa agak teruk. Tu yang aku saje tulis tajuk aku dekan. Dengan harapan ada keajaiban tetibe tertulis "ANDA ADALAH DEKAN untuk SEM INI" mao aku terkejut =)

harap aku berada di tengah.
eh tetibe.

Ya result will anounce by online at 3:00 p.m. Cik Diba dah siap-siap buka portal supaya senang nak buka. Kalau lambat 1 saat jer mula lah nanti loading macam siput. Bengang je kekadang. Last-last esok jer baru check. Itu pon kalau tak loading. Kalau tak dah nak masuk sem nanti baru terhegeh-hegeh nak buka. Eh dah lah penat pulak membebel. Oke mari tunggu result sesama. Kalau nak tau result Cik Diba insyaAllah will be update in next entry. Itu pon kalau result meletup jah. HAHAH

same like me =)


p/s: good luck everybody especially UUM students =)

Tuesday, 5 February 2013

Aku Artis =)

Assalammualaikum =)

Pagi yang indah dengan suasana yang riuh rendah bebudak sekolah. Oh biasalah sekarang ni waktu depa rehat jadi tu yang riuh. Memang happening oke tinggal dekat sekolah ni. Pepagi dah kena kejut dengan suara  depa. Hang tak payah susah nak kunci jam. Kalau terlupa nak kunci pon takpe pasti akan terbangun punya =)

^_^

Tu bukan cerita sebenar nak diceritakan ye. Oh macam biasalah bila perenggan ke-2 Cik Diba baru sibuk nak cerita. HAHA. Lepas ni korang boleh skip intro Cik Diba dan terus ke perenggan ke-2. Hehe. Oke hari tu saje dok mention nama Imran Ajmain sebab lagu terbaru die Dikalung Kasihan memang Cik Diba gila power suka lah. Yang harus dan pasti Cik Diba bukan artisnya. Pastilah saje nak perasan aku ini artis. Boleh? Eh lirik lagu die sangat puitis. Korang mesti penah dengar lagu ni kalau buka tv3 ada iklan cerita Debunga Lalang yang bersiaran pukul 4 petang tu pasti ada lagu Dikalung Kasihan. First time dengar lagu Dikalung Kasihan ni seriously aku dah jatuh cinta. Eh bukan dengan tuan empunya suara ye tapi dengan lagunya sahaja. Dah jangan bergosip. HAHA =)


*please klik this video
Best kot video ni.
yang paling penting di akhirnya ada pantun ke sajak.
=)

Eh tak abis cerita lagi. Ya aku ada mention nama Imran Ajmain tapi bukan secara terus pada die kat twitter tu. Sebab time tu pon aku tak follow die lagi. Ops :) hehe. Ya ya aku tak sangka Imran Ajmain reply beb. Eh  padahal tertanya gak acane tu die boleh nampak aku mention die. Padahal bukan terus ke die. Persoalankan? Takpe nanti Imran Ajmain jawablah tu. HAHAH. Seriously die sangat ramah oke =) Ya die rajin layan peminat die. Retweet-Retweet pon rajin sampai penuh timeline aku kekadang. Acctually i like their attitude =) Oke dah malas nak sembang pepanjang. Korang boleh le follow Imran Ajmain ni di FB dan twitter. Search je nama die confirm jumpa ^_^ Dekat FB aku tak sempat lagi like page die. =) hehehe. 

Hello he was followed me =)
see die tak sombong pon.
Wish selamat pagi lagi.
Kau ada? HAHA


senyum tak perlu kata apa-apa.
Nampak aku tak mention pon nama die secara terus.
Cuma mention gitu jer.
Die boleh dapat tau =)
Bangga jap

dah habaq awal2 dah tak payah nak susah mention nama die secara terus
mention gitu pon die perasan =)


Teringin nak jumpa orangnya pulak. Ya Cik Diba nak request die nyanyi secara live! Live oke depan mata. kbai =)


p/s: sambil tulis entry ni sambil repeat lagu Dikalung Kasihan =) 

Monday, 4 February 2013

Go back to School

Assalammualaikum =)

Hai my dear friends. I means blogger friends or maybe secret admire. Eh! hehe Ya hari come back for new entry. Tapi rasanya cerita tak berapa nak fresh lah. Sebab ini sume cerita semalam ^_^ Kenapa dengan semalam ye? Balik ke sekolah? masuk sekolah balik ? Kenapa? Kenapa?

i wonder

Cerita sebenar yelah semalam kemas rumah. Oh entry hari tu ada kata yang rumah Cik Diba tengah renovate. Ya hampir 85% dah siap. Jadi semalam dok kemas-kemas sikit. Ya macam-macam khazanah jumpa oke. Itu kena tunggu next entry.

Nampak rumh bersepah tu =)
dalam proses mengemas lah ni 

Oh ya tak cerita lagikan kisah nya. HAHA maaf saudara saudari cikebom cikebom. Ok melalut ke laut dah ni =) Semalam dok kemas-kemas tetibe ada tetamu datang jenguk rumah. Oh mungkin dikira wat lawatan. Eh i think my house like rumah contoh. Sume dok belek-belek rumah (belek?) hehe. One of the makcik bagi salam and haruslah kita bersalaman right? Ya dan seterusnya makcik ni tanya "anak ke?" she ask Puan Ibu. Haruslah Puan ibu kata ye. Eh takkan tak mengaku anak kot. HAHAHA. And makcik ni tanya Cik Diba, "tingkatan berapa?" Me say ha! HAHA That's my face like i'm in secondary school. HAHA. Ya puan ibu dah gelak time tu. Oh ya well anak die sorang ni kan besaq takkan kot macam budak sekolah lagi. HAHA. And we decide to told this makcik the true story. Well this makcik was told me that " yeke? eh takpelah badan kecik." And i like wondering "eh kecik sangat ke aku ni?" HAHA. Hey dear i'm almost 21. That i really like budak-budak sekolah =)

ni muka time sekolah =)
i means this face nak amik result SPM =)
Eh kira sekolah lagi lah kan =)

hey that's i like almost 21 =)
My face so matured this time =)
Ya this is my new picture, new me ^_^
Am i look 17 or 21? u all can decide =)


p/s: Trully i love to be me =) 

Sunday, 3 February 2013

Lari Rumah

Assalammualaikum =)

Ya update lagi. Jejari dah makin lembut dan boleh dilentur sebab tu dah makin banyak update. huhu. Really miss that moment when everyday cari idea nak update blog. Hehe. Eh sekarang pun dah better sebab ada gak update. Kalau tak berbulanlah korang tengok blog Cik Diba dengan entry lama =)

ergh :)

Hey semalam baru jer balik dari Melaka. Bukan lari rumah pon. Saja kasi tajuk power kat u all. Ya Cik Diba dengan adik dua orang + sepupu sorang pegi sana. All girls oke except pemandu pelancong kat sana. HAHA. Kitorang gerak dari rumah pukul 9 lebih sampai before 11. Eh Melaka dan Selangor dekat jer. Kitorang tak menginap kat sana pun. Kira balik hari. So tired. Pegi hanya beberapa tempat. Eh itu pun dah rasa sangat berpuas hati. *clap2 (tetibe). Malam baru kitorang pecut balik. Pukul 12 dari Melaka sampai before 2 pagi. =) Acctually dah tak tau nak bagitau apa tapi melaka memang best =) Btw thanks my dear Adik and my lovely cousin.

di bangunan merah. 
Forget the name.
ya this is museum!

Oh u know.
i'm really tired that time =)
that's why muka macam hentah apa-apa

=)

pekena ABC =)
seriously haus sangat.
Eh beside me kenalkan my cousin Siti Munirah =)
She's elders one year than me =)

She's think she so cute
eww 

maybe we can be the next top model in this museum =)
From left Adilah, Cik Diba, Annajah and Siti Munirah.
HAHA

Jonker walk.
Terlalu padat disana =)
i'm feel so dizzy 

Last but not least our PEMANDU PELANCONG.
Ya he's like a teacher bring their pupils for rombongan (eventhough that's not his job). HAHA
Thank you very much =)


p/s: this semester break full with travel =) That's my hobby 





Friday, 1 February 2013

In a relationship

Assalammualaikum =)

Selamat pagi dunia blogger. Wah semakin rajin dah aku mengupdate. Ye sekarang tengah berjinak kembali meliuk-liukkan jari kat keyboard untuk tulis entry ni. Haruslah rajinkan, kalau tak bersawang lagilah blog aku ni.

tu dia lelabah dah wat sawang =)
*suka hati aku jer panggil lelabah.
ni cikgu BM baca mao kena kejar pusing padang =)


Mari kita kembali ke landasan kapal terbang tajuk. Hiya sepanjang hidup dah hampir nak 21 tahun ni. Hoi2 adakah aku tulis umur aku hampir 21. Hola dah makin meningkat dah umur tapi kekadang perangai jer tak macam 21. *malu. hikhik. Oh terlari tajuk jap. Acctually Cik Diba nak bagitau tentang perangai ragam bersahabat ni. Korang ingat aku nak cerita pasal apa? HAHAHA. Ya Cik Diba in a relationship with many friends =) Oh ini sepanjang pengalaman duduk dekat U. Kalau dulu dekat sekolah kita jumpa kawan hanya dekat sekolah, then go back home. So, takde lah hang nak ngadap depa 24/7 kan? Jadi kalau gaduh sikit-sikit ke besar-besaran ke tak jadi masalah kan. Sebab kau balik rumah confirm tak nampak dorang dah. Lain rumah korang sebelah menyebelah. Oh korang memang tragis. Hoho

*credit to this blogger syahir kamaruddin =)
pinjam sat gambar na. 
google2 jumpa gambar hang ni =)
tq

Oh sepanjang duduk kat U ni bermacam ragam sahabat aku jumpa. Ada yang perangainya macam ni macam tu. Aih macam-macam lah. Yang pasti hari-hari dok mengadap depa. Kadang-kadang kalau terasa aka TOCING (touching) confirm Cik Diba hanya diamkan diri jer. Yelah bukan apa susah wo nak jaga hati kawan-kawan ni. Kan cakap terlebih mao mereka pulak yang bermasam muka. Takmo gitu ye. Bukannya apa kita dok hari-hari mengadap depa, kalau dah masam-masam muka macam limau purut mao nya boleh terasa hangat jer. huhu. Silap-silap haribulan ada yang bertumbuk pulak. huhu. Bab kawan-kawan yang bawak mulut tu biasalah. Kita nak kata apakan., diam jer lah. Lagi 1 yang paling best kalau kita ni dok kena buat assingment yang merangkumi sume kawan-kawan yang kita kenal. I means always turun makan sesama, pegi kelas sesama, tepuk tampar sesama dll. Tu lagi 1 hal bila salaha sorang or all of them taknak bagi kerjasama. Wei kau boleh mati terjelor lidah kalau assigment tu untuk group tapi kau wat sorang. Mao kau sakit hati tapi tak reti nak cakap. Matikan terjelir lidah lah (melampau hiperbola) sebab tak dapat bagitau ketidakpuasan hati kau tu. Cik Diba cakap bukan ikut suka-suka jer. Ni berdasarkan pengalaman yang mematangkan diri ni lah yang Cik Diba bagitau. Lastly bila tak tahan mulalah pergi sikit-sikit dari life depa. Sapa tahankan ada kawan-kawan yang amik kesempatan. 

Pikullah assigment tu ke hulur hilir sensorang =)

Susah sebenarnya nak cari kawan yang betul boleh panggil "KAWAN". Yang ada sumenya hanya saje kawan-kawan. Bila susah kau ditinggal. Eh penah ada pengalaman one of my subject that carry mark was very bad. Hey aku pon tanyala one of my friends, "camne nak wat ni? Takutlah. kan tak lulus naya aku ni ha." Oh korang tau dak apa die habaq kat aku, "Ni sume sebab kau punya exam mid gagal." (sambil tunding2 jari kat aku). Dimana situasinya aku dok kat bawah die dok atas katil. Yeha i think she's very rude. Hey aku terkilan kot. huhu. That time only Allah knows how's my feelings. Wei aku rasa nak nangis wei. See aku dah kata susah nak dapat kawan yang betul-betul boleh menyenangkan hati kita. Mintak sedapkan hati pun susah. huhu. Ya itulah pengalaman. The conclusions is cari kawan yang bilamana kau diuji mereka ada disamping kau. By the way biar orang buat kita jangan kita buat kat orang =) 

:')


i miss them so much =)

miss u guys =)



p/s: That's my story =) Life in university with many friends but have zero bestfriends :')



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KakiBLOGGER

Empunya Blog

My Photo
Adibah Jumali
Memiliki aset dimple termahal. Love to make people laugh and love to smile :-) Saya suka warna purple :))
View my complete profile
 
Cik Diba© Designed by: Compartidisimo