topbella

Thursday, 30 June 2011

Perabot unik~ kau ada?

aih tak tau ler kenapa sekarang ni Cik Diba suka search kat MR.Google pasal benda-benda unik ni. Apa punya penyakit lah yep. Hoho. Oke hari ni nak tunjuk kat korang perabot paling unik. Jom kita terjah


uh tempat duduk kat mulut pulak :))

almari cam ni pon ada

Ha ni meja stail apa ntah

oke yang ni katil  yep. cuba fikir gaya tu je korang boleh tido sepanjang malam. Anda mampu?

Metamorphosis Unique Furniture Design
uh serabot pule tempat letak buku nya. Tapi unik kan


Rasanya sampai sini jer lah Cik Diba nak berkongsi perabot-perabot unik kat korang. Lain kali nak letak mangkuk jamban pulak boleh?

P/S: yang unik itu indah

Spontaneous Thursday *3


"Nak tengok sekali lagi cinta lah"




Wednesday, 29 June 2011

Perhatian untuk warga BISNES ONLINE

Hai tuan puan yang bisnes online. Sila daftarkan diri anda kepada Cik Diba oke. Cik Diba nak yang bisnes pasal cute brooch. Cik Diba nak dengan kadar segera oke. Sila hadirkan diri anda. Terima kasih.
nak beli brooch macam ni secara borong. ada yang mampu jual dengan murah tak kepada Cik Diba?


P/S: Paling murah akan di ambil perhatian lebih :))

wordless wednesday *1

Tuesday, 28 June 2011

Jom Join Giveaway Gadis Desa


Hari ni tetibe terbuka hari nak join GA. Eh rasanya first time kot join GA ni. Ni sume tergoda dengan syarat-syarat gadi desa yang simple benor ny. Korang nak join sila klik kat banner uh oke.






Syarat-syarat penyertaan :
  1. Buat entri khas bertajuk : "Jom Join Giveaway Gadis Desa"
  2. Nak follow or tak terpulang, tapi pastikan anda sentiasa update dengan sebarang perubahan GA nanti kalau-kalau ada penambahan penaja hadiah.
  3. Letak banner GA ni dalam entri dan linkkan ke entri ni.
  4. Sila LIKE page penaja hadiah *wajib iaitu : 
    1. Kraf Cinta
    2. Sweet Home Boutique
  5. Tag 2 orang rakan anda untuk join GA ni, pastikan mereka tahu.
  6. Dah siap tinggalkan URL entri anda kat ruangan komen ni.

Tarikh TUTUP GA ni ialah pada 31 Julai 2011 jam 11.59PM. Pemenang akan dipilih menggunakan number generator. 


Cik Diba tag kawan ni:
1. Wani

P/S: agak-agak nak tau hadiah korang g ler kat blog gadis desa eih.. Mintak-mintak ler bertuah. hahaha



Kasut zaman sekarang

Kalau sebut kasut jer Cik Diba memang suka betul. Aih kalau banyak nak jer wat duit tu beli kasut. Boleh lah wat koleksi 1 almari. Eceh, nampak benor suka membazir. Hahaha.. Ok hari ni Cik Diba nak korang tengok kasut yang korang tak pernah jumpa. Meh tengok


gambar 1: ni baru betul kasut beroda

gambar 2: agak-agak sayang kasut wat ler macam ni. Gerenti tak basah. comel jep :))

gambar 3: ha ni kan boleh selamat dari sebarang ancaman. Agak-agak ada ynag nak rompak uh sepak jer guna kasut ni

gambar 3: ha yang ni aku rasa melampau sangat design ny

gambar 4: ni cinderella pon tak sanggup nak pakai ok. 


P/S: ada yang nak beli ker kasut macam. Accept kalau korang ni ada spesis lady gaga. hoho (gamabr sumber google)

Monday, 27 June 2011

Bila cincin disarung ke jari

Eceh tetibe jer hari ni mood cincin-cincin bagai. Sape faham tajuk kat atas uh? Sila angkat tangan dengan bangga. Hoho Tadi sibuk dok baca blog orang. Yelah nak cari idea nak tlis entry. he~ dulu time kat matrik dok melepak ngan geng-geng Cik Diba mula lah buka topik kahwin. Aih memang tak sah kalau sehari tak cerita bab kahwin.

So hari ni terfikir nak wat entry kalau lah tetibe satu hari kan korang kene paksa kahwin. Aih agaknya apalah perasaan korang kan. Rasanya kalau yang tak de pasangan ataupon calon mesti masih boleh consider untuk terima kan. Cuba lah korang yang memang dah bercinta cintun tetibe kene putus sebab parents dok paksa kahwin dengan pasangan sendiri. Haha. Cik Diba teringat lagi kawan Cik Diba sorang ni pernah mimpi yang dalam mimpi uh die balik dari asrama tetibe bapak die cakap suami die dah tunggu kat dalam bilik. Aih punya lah die dok fikir time bila lak die menikah. Rupa-rupanya bapak die nikahkan die senyap-senyap. Dan dan lak dalam mimpi uh suami die orang yang paling die tak suka. Haha. Betapalah boleh gelak guling-guling Cik Diba dengar cite uh. Bergegar meja dok kene tepuk ngan kitorang. Aih tak sangka jaoh benor mimpi nya. Tapi agak-agaknya lah kan kalau betul-betul terjadi dalam life korang, sanggup tak korang terima.

Bagi Cik Diba kalau lah calon parents tuh oke boleh kot accept. Hoho tapi tak nak lah tetibe tau dah kene nikah kan. Tetibe jer balik "Diba tu suami awak. G lah salam." Aiseh tak mo lah Cik Diba kalau macam tuh. Kalau ayat macam ni takper gak "Diba tu bakal suami dok tunggu. G lah kenal" Aih yang ni Cik Diba leh terima lagi. Tak nak lah jadi macam mimpi kawan Cik Diba uh. Melampau sangat. Tahap hiperbola betul.. hahhaa
eceh tadi search kat google cincin kahwin. Cun lak cincin kahwin ni.. haha


P/S: Meh share pendapat korang.

Friday, 24 June 2011

Jom makan kek yang lazat

Tetibe hari ni Cik Diba nak wat entry pasal kek. Oke tau ramai yang suka makan kek kan. Jom tengok kek yang lazat ni.

uih kek bentuk otak. ada berani?

yang ni pon ada selera lagi??

uit ada yang nak keluar something dari mulut? kalau belum jom tengok lagi

OMG. kalau yang masih sanggup mai lah tengok lagi 1 kek ni

ok Cik diba stop sampai sini jer sebab nak ke toilet nak keluar kan isi hijau dari mulut.


P/S: sumber google

Stress dan Coklat


Assalammualaikum. Hari ni cik diba nak cite pasal stress dan coklat. Ha ye tau dah ramai kan yang suka coklat. Aik yang stress pon ramai. Sebelum cite banyak-banyak pasal stress dan coklat. Mai kita tengok apa yang di maksudkan dengan stress sebenarnya.

MAKSUD STRESS:
Stress dianggap sebagai sesuatu yang bersifat penekan, atau sebagai puncanya. Misalnya, kerja banyak dianggap sebagai punca stress. Stress ini kita kategorikan sebagai stimulus - atau perangsang. Ia seperti pisau. Kita anggap ia sebab yang melukakan. 

Ha tengok stree uh ibarat pisau beb. Betapa lah bahayanya stress tu. So korang masih lagi nak simpan strees uh. Aih dah tak payah lah ye. Sila lah buang stress anda uh.

Budak kecik un dah pandai stree sekarang yep



HUBUNGAN COKLAT DAN STRESS
Menurut penelitian dari Universitas California, Sandiego School of Medicine, Beatrice Golomb, orang yang stres, mulai dari tingkat stres ringan hingga depresi, mengaku makan cokelat saat suasana hati mereka drop.



Ternyata, cokelat mengandung molekul psikoaktif yang dapat membuat pemakan cokelat merasa nyaman. Beberapa kandungan cokelat seperti caffeine, theobromine, methyl-xanthine dan phenylethylalanine dipercaya dapat memperbaiki mood, mengurangi kelelahan sehingga bisa digunakan sebagai obat anti-depresi.

Ha masih lagi nak simpan stress tu. Dah lah halang stress dengan makan coklat ye rakan-rakan. Tapi agak-agak lah nak makan coklat uh. Jangan lah sampai 1 papan korang makan coklat. Nanti tambah stress sebab dah gemok. Hoho
Sila jangan makan coklat macam pompuan ni.

P/S: Pesanan dibawa oleh Cik Diba. Ada yang tak puas hati tinggal kan luahan anda ye.

Thursday, 23 June 2011

Spontaneous Thursday *1

 

Laptop Dell + iphone 6 
ada yang nak bagi x?



P/S: nak tau ap tu spontaneous thursday. KLIK

[ Contest ] Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!




Pagi-pagi ni cek kat SB. Tetibe nampak pulok pasal contest ni ap ag. Meh Join..


Jadinya, Cik D nak join untuk kategori GAMBAR SEWAKTU ZAMAN PERSEKOLAH:



STORY FOR THIS PIC:

ni gambar waktu time cikgu takde. hoho. Seronok dapat wat gaya ala2 sengal kami. Gambar zaman aku sekolah form 5 dulu. Budak-budak kat sebelah uh sume dok dekat sebelah meja aku. Best betul zaman sekolah.



agak-agak ada yang nak join contest prince. Sila tekan kat header beliau dibawah ni oke 


P/S: berharap untuk menang






Wednesday, 22 June 2011

Jom Sertai Blog Pilihan Mingguan Askrie Hishamuddin!



Cik Diba jumpa benda ni dekat SB. Meh ler join. Just klik kat banner ni jep.



P/S: mengisi masa lapang

Aku rindu mereka

aku rasa zaman paling best zaman study bersama

P/S:entry akn di smbung esk :))

Spontaneous Thursday *2 Hidup ini sunyi


1 hari 2 hari
ok dah terasa SUNYI!!


P/S: sunyi melampau

Tuesday, 21 June 2011

Aku Usha Kau Boleh?

"Window shopping = tingkap membeli belah"

Hai mroning bloggers. Oh tak lupa juge kepada pengunjung setia Selamat Pagi Cinta. Eceh cam wat folio untuk bahagian penghargaan. Hoho kau boleh ker? Sebelum aku nak tulis lebih panjang berjela panjang macam jawapan sejarah form 5. Meh aku kasi tengok gambar.


ha ni namanya window shopping ok. bawak troli tapi tak beli pape.. haha


Ok kisahnya aku nak cite pasal apa yang aku wat kalau mood aku nak window shopping. Kebanyakkan orang kan kalau window shopping suke ler menjelajah dari 1 kedai ke 1 kedai. Tapi tak beli pape pon tu nama dia WINDOW SHOPPING ok. Aku pon macam tu juge suka gak masuk 1 kedai ke 1 kedai. Oh lagi-lagi kalau kedai kasut. Ceh aku sanggup abis masa kat situ kasi test sume kasut. Wahaha. Ok2 aku bukan nak cite pasal masuk kedai ke kan. Aku nak cite kadang-kadang aku bukan nya nak kuar window shooping sangat tapi suka tengok orang yang window shopping. Oh dengan salesgirl and salesman. Sepanjang aku perhati orang yang window shopping ni biasa lah kan suka tengok test sana test sini. Tapi tak beli benda pon. Tapi ada gak kan yang kononnya nak window shopping last2 betul-betul shopping sampai tak cukup tangan nak pegang. Hahah.. Sepanjang aku dok perhati orang sebenarnya aku tak jumpa lagi orang yang shopping sampai penuh tangan siap tumpang tangan bf or gf or kawan-kawan. Tak tau ler korang ada jumpa. Hoho. 
Penah nampak orang yang melampau shopping macam ni

Aku ada gak terfikir orang yang selalu window shopping kat kedai-kedai uh kan salesgirl or salesman tu kata ap erk? ap lah perasaan dorang tengok korang kuar tanpa beli pape. Ha yang paling tragis bile korang kuar dalam keadaan korang dah sepah-sepahkan kedai dorang. Contohnya, kalau baju dah berlipat, korang dok sibok punggah-punggah gaya macam nak beli 10 pasang. Last-last tinggal kan macam tu jer. Hampeh tol. Mesti tension jer kan saller tu tengok korang. Agaknya dalam hati sibok dok sumpah seranah. Hoho. Aku penah perhati lah saller ni. Lepas jer aku kuar tanpa tak beli pape. Ceh aku pandang jer belakang nak tengok apa respon saller tersebut. Huyoo rupanya die sibok dok herot-herot kan muka. Hahah mao tak nya aku sibok dok buka sume baju yang dah lipat uh. Mao tak herot berot mulut die. Kutuk aku lah tu. Ada aku kisah. Ceh aku ni nak sedapkan hati sendiri kata dah tu kejer kau kan. Hahaha. Tapi pape pon seronok seih window shopping. Lagi seronok dapat perhati orang yang datang kat shoppng mall uh. 


Ceh kat kedai roti kat Malaysia ada ker macam ni?

ada berani ker perhati orang macam ni kat shopping mall?


P/S: tetibe macam nak g shopping jer..

Monday, 20 June 2011

Makan Petang Zaman Dolu2

"SEPETANG BERSAMA NOSTALGIA"

Umm. Nyumm, Nyumm.. oh sodapnya Nikmatnya, best oh dapat makan petang 1 family nih. hoho. Hari ni tetibe puan ibu masak ubi rebus + sambal ikan bilis. Uh telan air liur seketika. Sedap wo. Sumpah tak tipu. Sape tak reti makan gerenti menyesal tau. SEDAP HINGGA BERTAMBAH. he~ Lama dah aku tak makan ubi rebus dengan samabal ikan bilis ni. Sekali puan ibu siap wat aku terus angkat pinggan nak capai. ngeh~ betapa gelojohnya. Uh sila abaikan. Pastu yang paling best biler lawan dengan air kopi. Huwa sedap tak terkitra. Ha memang korang tak leh kira betapa banyak aku letak perkataan sedap kat entry ni. Ha jadi jum ler makan petang.

tu die. Sila lah jeles rakan-rakan yang sedang belajar jaoh2. hahaha


P/S: agaknya kalau dah dapat sambung belajar entah bler lagi dapat makan camni. Sila Sedih

Sunday, 19 June 2011

Aku nak kritik kau boleh?


"Terima walaupon ianya pahit"

eh aku lagi update blog hari ni. Aih nampak benor rajin nya.. HAHA padahal dah buhsan tahap DEWA tak tau nak wat per. Jadi marilah kita memperbanyakkan entry untuk blog aku. ngeh~

Ok hari ni nak cite pasal pelakon NORA ELENA. Eh aku tau lah cite tuh dah lama abis tapi saje jer nak wat konklusi dari mata hati jiwa aku ni. Apa korang tak kasi. Ada nya aku kisah. hahaha. Aku terfikir nak cite pasal pelakon Siti Saleha ni lah. Tergerak nak cite pasal ada 1 hari tuh tengah lepak dengan sepupu aku ni tetibe die luahkan pendapat cakap tak suka tengok cite tuh. Uh oh. Aku pelik ler. Pelik kan spe tak pelik ramai lak yang minat tengok cite tuh. Tetibe minah ni tak minat lak. Oh rupanya die cakap Siti Saleha tuh tak sesuai ler bawak watak Nora Elena uh. Yelah bukan per dalam citer tuh kan Nora Elena budak kampung. Jadinya kenalah cari pelakon muka ala2 kampung sikit. Ni muka ala2 kacuk2. Tak sesuai ok. OK fine. Start tuh aku mula ler perhati balik si Siti Saleha dalam cite tuh. Oh betul gak kan kata sepupu aku. Aih tapi nak wat camne dah die yang dapat job tuh. Cite pon dah abis tayang kritik apa pon dah tak guna derr. 

aku suka tengok muka die uh. Cun bai~ ko ada?

P/S: ceh ada yang marah ker sepupu aku cakap camtu? Ada aku kisah. Tetibe perasan ramai yang dari model iklan terus jadi pelakon. eceh tetibe nak jadi model iklan. ada yang berani amik aku? hahhaa


Tentera itam serang rumah aku

"Mari ler kita berperang untuk keamanan"

hey tepi sikit. Tepi ler aku cakap awat dok degil ni. Ha tepi aku nak bunuh dorang tu. he~ Geram jer aku tengok. Siot jer dah ler datang rumah tak bagi salam. Eh boleh pulak datang nak serang rumah aku. Dah tepi kasi aku bunuh dorang. sreet~ sreet~ sreet~ ha amik korang. Kan dah mabuk sume. Mati ler beramai2 sana. Berani ag datang rumah aku. 

Ha korang mesti pelik apa benda malaun yang serang rumah aku tu. Alah korang tak kan tak tau. Ni ha tentera hitam @ nama saintifik die tentera semut hitam. Sakit jer mata aku nengok dorang uh. Suka hati jer wat rumah aku macam istana dorang. Aih boleh jalan-jalan kat rumah aku macam pergi melawat. He~ tak tau ler nape tetibe ada semut bebanyak ni. Nak kata kitirang 1 family makan sepah-sepah tak pulak kan. Lepas makan terus jer kemas. Aih sampai terpaksa beli pencuci lantai yang boleh halang semut uh. Tapi aku rasa semut-semut ni antibodi dorang dah kuat sangat lah. Semu dah tak jalan. Lastnya aku spray jer gune ridsect. Tu pon mabuk jep. huhu. Sabor jer lah. Wahai tentera semut tolong lah kuar dari rumah aku secara aman. aku dah tak tahan tengok korang bersuka ria kat rumah aku ni..


tu dia tentera itam dah datang


P/S: sesapa ada petua nak bagi semut ni mati @ tak datang rumah kita dah. sila lah gitau dengan kadar segera. tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KakiBLOGGER

Empunya Blog

My Photo
Adibah Jumali
Memiliki aset dimple termahal. Love to make people laugh and love to smile :-) Saya suka warna purple :))
View my complete profile
 
Cik Diba© Designed by: Compartidisimo