Thursday, 12 December 2013
Ubah penampilan diri
Lama rasanya tak jenguk ruangan blog ni. Macam biasa tanggungjawab sebagai pelajar tu lagi penting dari yang ini. Lagi - lagi bila dah officially aku anggap blog ni sebagai diari. Jadi bila rasa ada sesuatu menarik aku akan update.
Ok teruskan pada jalan cerita. Ya Alhamdulillah aku sekarang sedang mula untuk berubah sedikit - sedikit. Ya mungkin dulu cara pakaian ikut suka. Ikut fesyen mungkin. Cara bertudung setakat selimpang - selimpang ja. Tapi baru - baru ni bila dah mula pakai tudung ikut yang betul iaitu melepasi dada aku rasa aku patut juga berubah dari segi lain. Dulu pun memang setiap kali pakai baju kurung memang akan pakai tudung tutup dada tapi bila pakai t-shirt selimpang balik. Jadi bila dah masuk umur 21 tahun aku mula fikir sampai bila nak jadi macam ni. Bila lagi nak berubah? Bila lagi nak ikut pemakaian cara yang betul? Setakat ini masih lagi memperbetulkan cara pemakaian tudung. Stokin masih lagi belum untuk mencuba. Mungkin dalam masa terdekat. Hanya Allah sahaja yang tahu.
Sekarang juga aku dah mula istiqamah dalam solat. Mula untuk solat di awal waktu walaupon kadang - kadang tak selalu juga di awal waktu sebab kelas straight sampai 3.30 petang. Yang penting aku cuba. Sekarang dah mula nak hadir ceramah ceramah agama. Insyaa Allah aku masih lagi dalam peringkat perubahan. Mohon doa kalian agar aku istiqamah =)
p/s: Allah kuatkanlah aku untuk perubahan ini. Sesungguhnya Kau tahu apa yang terbaik untuk ku =)
Thursday, 21 November 2013
Kisah Dia
Assalammualaikum..
Semoga semua dalam lindunganNya. Amin.. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk mencoret kisah kehidupan Cik Diba disini lagi.
Pasti kebanyakkan dari kalian mengetahui tentang kematian Ahmad Ammar. Alhamdulillah dia peroleh syahid. Sejak terbaca tentang kisah Ahmad Ammar ini aku seolah olah tersadar dari tidur yang lena. Selama ini hidup aku hanya memikirkan ketidaksempurnaan sendiri dan lebih mengambil peduli pada duniawi. Betapa hinanya aku ni.
Wahai Ahmad Ammar walaupun aku tidak mengenalimu ketika waktu hidupmu tapi sesungguhnya dengan menatap kisah kamu di media sosial dan video tentang dirimu aku seolah olah mengenali kamu. Wahai Ahmad Ammar terima kasih di atas jalan ceritamu sangat memberi kesan kepadaku. Walaupun masih muda kamu banyak berjasa pada agama. Terima kasih ya Ammar.. Aku cuba untuk berubah. Walaupun tidak dapat lakukan seperti yang kamu lakukan. Dapat separuh daripada apa yang kamu buat itu sudah cukup..
p/s: Al-fatihah Ahmad Ammar
Thursday, 14 November 2013
Ujian dunia kecil
This person will have exam tommorrow. Apa yang buat dia takut ialah paper itu adalah paper repeat. Jadi marilah doakan dia kuat untuk hadapi paper ini sekali lagi. Terima kasih.
P/S: kita cuak ok
Muka Cik Diba penuh komited. Next time jangan main-main lagi ok! HuhuMonday, 11 November 2013
Hati ini
Terasa sedikit nak give up dalam perjalanan ini. Tapi Allah itu ada pada setiap langkah aku. Jadi kaki terus jua melangkah..
Hey percayalah walau dalam senyum hati aku selalu tak seiring dengan luaran yang patut sampaikan bahawa aku sedang give up.
"Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini lemah tika diuji… pinjamkanlah sedikit kekuatanMu agarku bisa perlihatkan senyuman ini pada semua… biarlah mereka menangis bahagia kernaku… jauhilah tangisan duka buat mereka…"
P/S: pinjam bahu kejap
Saturday, 12 October 2013
Grad for Kursus Protokol
Apa habaq korang? Wah! Wah! kemain lagi ramai yang dah pulang ke kampung ye. It's okay walaupon ku tidak pulang ku tetap happy happy sahaja. Hati kental beb. Lepas ni boleh buat master dekat overseas. Hoho.
Oh ya bukan itu yang kita mahu kongsikan tapi nak cerita Khamis lepas ada kena pergi satu kursus. Kursus ni panggil Kursus Protokol. Pergh banyak pengalaman. Kursus ni buat kat hotel UUM sendiri. Canggih kau UUM siap ada hotel. Not bad lah hotelnya. Nampak terserlah kemunduran kau ni Diba dah final year baru kau terhegeh hegeh masuk hotel UUM tu. HAHAHA.
Friday, 11 October 2013
Halwa Telinga
Alhamdulillah update lagi! Yeha. Oh hari ni taknak update panjang - panjang. Secara ringkas Cik Diba sedang dilamun cinta dengan lagu encik mimpi ni tajuknya Rindukanlah. Seriously best. Video klip pon best. Tak caya? scroll ke bawah =)
Kan kan dah kata best. Meh sesapa rasa mcam tak berapa nak tangkap lirik lagu tu. Sila lihat dibawah. Nak karok sekali pon boleh.
Ku benar benar sayang pada dirimu oh kasihku
Janganlah oh engkau ragu pada diriku
Daku berkelana mencari harapan yang kita impikan
Dari terbitnya sang surya hingga tenggelam
Daku ini cinta sejatimu
Daku ini harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ihklas ihklaskan lah hatimu
Rindu rindukan lah diriku
Sepanjang hari harimu sayangku
Ku adalah milikmu Sayangku ku
Ku adalah milikmu yang kau rindu
Doa doakan lah diriku di dalam hatimu di dalam nafasmu
Sepanjang hari hari mu
p/s: saya banyak assignment nak buat. Mintak maaf jika blog terkujur lama tanpa berusik. Nak tegur boleh follow twitter saya =)
Thursday, 3 October 2013
Aku Retis Dan Penerbit Pengganti David Teo
Sengaja hari ini tangan gatal nak menaip tapi takda cerita menarik sangat pon nak kongsi. Oh hari ni menaip entry di dalam tempat yang dinamakan smart reading room. Oh ni salah satu part dalam library. Means kalau korang ada group discussion atau saja nak study dalam gaya santai, nak pakai pakaian macam orang baru bangun tidur sangat dibenarkan. Sebab tempat ni santai jer. Korang boleh memekak tapi dengan nada yang dicontrol lagi ye. Kan tetibe ko bantai melalak mahu dapat jelingan tajam dari warga - warga yang ada kat dalam tempat ni.
Tabiat sangat bila menaip tu perenggan kedua baru nak ikut topik. Kalau buat karangan orang dah taknak baca dah sebab karangan meleret dan terseret. Tujuan datang sini sebab ada group discussion untuk assignment bahasa melayu pengurusan. Motif sangat hamik kelas ni. Terpaksa nak recall kembali. Tapi rasanya bila masuk kuliah bila mula study macam lain jer. Sebab takda lah korang kena belajar tatabahasa dan puisi ke cerpen. Itu tara ye. Itu belajar zaman zaman hingusan zaman dibangku sekolah kekdahnya. Hoho. Oh oh pasal assignment kitorang ditugasakan untuk membuat 1 short video. Haiya! banyak susah wei. Gila kau nak fikir short video yang ada nilai kemasyarakatan / tentang produk takpon perkhidmatan yang tak pernah ada kat pasaran. Buntu wei. Dengan guideline yang katanya nak bagi tapi takpon. Pergh nak kena hantar akhir bulan 10 ni wei. Then, kena pulak tulis skrip lagi. Walaweh dah rasa macam aku amik MASCOM. *pitam.
Hasil perbincangan secara kumpulan banyak pulak idea. Ha jadi mulalah konfilk nak pilih yang mana. Konflik wei. Sume idea rasa best. huhu. At last kitorang gabungkan sume idea tersebut. So korang nantikan jelah kemunculan video tersebut di youtube. Oh motif masuk youtube sebab lecturer suruh upload dan kumpulkan berpa banyak like yang dapat. Retis sangat u alls. Lepas ni aku boleh ganti David Teo and join MIG. HAHAHAHA. kbai.
p/s: next week ada exam mid sem subjek international management. Indah sangat bila minggu ni lecturer baru bagitahu. Kena cover 5 chapter bhai. *pengsan
Monday, 30 September 2013
Assignment Design Blog
Dua hari berturut - turut mengupdate. Syabas diba =) Hehehe. Oh disebabkan ku selalu ditinggalkan oleh roomate ini lah penyebab dan titik mula aku rajin mengupdate blog. Hebat dak ayat bahasa melayu aku. Menangis cikgu bahasa melayu aku baca. Hoho.
Oh hari tu ada tolong sorang member ni. Katanya kena buat assignment design blog. Kira fully buat blog lah. Kena mula dari awal. Eceh aku ni apa lagi mengambil peluang dengan bangganya bagitahu aku reti buat. HAHAHA. Kan kan tak memasal dah kena buat kan assignment orang. Takpa takpa kita tolong orang kali ini, nanti orang tolong kita pulak =) hehehe.
Friday, 27 September 2013
Just Married
Alhamdulillah dapat lagi update blog. Terima kasih wifi uum kerana memberi kerjasama. HAHA. Bila nak buat assignment bukan main lembab lagi kau ye wifi. Kalau bab bab membuang masa dan tak berapa nak faedah ni bukan main laju lagi line wifi ni. Aih.. Sabo yo lah.
Oh entry yang kali ni sebenarnya dah berkurun aku nak update. HAHA. sekarang baru ada masa. Alahai out to date lah hang diba. Takpa takpa yang penting boleh update juga. Ini kisah pada hari raya Aidilfitri hari tu. Sepupu Cik Diba kahwin. Ya entry dulu ada cerita pasal die bertunang tu. Boleh rujuk SINI. Alhamdulillah 17/8/2013 sepupu Cik Diba selamat diijabkabulkan. Tahniah cik kak =D Tak sangka dah jadi wife orang. Dolu - dolu dok main pondok pondok, main masak masak cepat masa berlalu. Now sekarang dah status isteri orang =)
Tuesday, 24 September 2013
Jadual Berdarah Budak Tahun Akhir
Akhirnya berjaya juga mematahkan segala kemalasan dalam diri. Hoi aku berjaya update blog! Yes. Lama tak update dan menulis terasa kekok sampai bengkok nak mencari idea menarik ni. Haiyak. Apa kena dengan kau ni Cik Diba oi. Wake up lah dan mula rajin menulis =)
Saturday, 14 September 2013
FINAL YEAR
Here i'm back. Rindu nak menaip katenya. Walaweh berjanji mahu mengupdate seminggu sekali kononnya. haram jadah nak praktikkan. HAHAHA
Oh walaubagaimanapun tetap juga Cik Diba sudah mulakan kelas. Yeha semester 5 sudah. YE saya budak tahun akhir InsyaAllah. Doakan saya berjaya tanpa mengextand kan diri. Hapa ke punya bahasa aku guna ni. Hantam sajalah labu. HAHA
By the way, this blog aku dah anggap sebagai diari. Jadi ada atau tidak pembaca gua tala helan. HAHAH. yang penting wa puas dapat melepaskan gian menulis sesambil meluahkan perasaan kat sini. =)
Ok close entry. Sekali lagi I'm the final year student. I'm happy tapi terlebih cuak. hua2. kbye
Monday, 26 August 2013
mula kembali
Lamakan tak hupdate blog. Kononnya dulu mahu hupdate blog seminggu sekali. Sekali hampeh. cakap sahaja meletup - letup i alls ni kan. Maaf ye.. Halmaklumlah kemalasan dan kesibukan membuatkan cik diba ni terover sampai tak menghupdate blog.
Disebabkan dah lama tak mengupdate jadi kekadang tu ad juge terfikir mahu close sahaja blog ni. Tapi ya i alls ni rasa rindu pula nak menaip jadinya ku padamkan niat yang suci ni. heheh
oh acctually i alls banyak nak cerita. Yola kan hupdate pon sekali sekala tak ke bila teraa nak hupdate tu berdozen - dozen hikayat nak kena cerita. hahah. ok le me put the latest picture of me. mana tau ada yang rindu i alls ni. hahaha
Tuesday, 19 February 2013
Aku Ditembak 2 kali
Amacam rajin tak aku update blog sekarang? Rajin kan. Haruslah rajin sebab aku dah tak tau nak watpe. Oh biasalah first week kelas takde benda pon nak wat. Yelah sekarang pon tengah minggu add drop atau lebih dikenali minggu menyusun jadual kelas dengan jayanya =)
Sunday, 17 February 2013
New Chapter
Wednesday, 13 February 2013
Biar Gambar Berbicara (Fast FOOD)
Lama tak buat segmen "biar gambar berbicara." And now we continue this segmen. Selalu dorang kata "WORDLESS WEDNESDAY." =)
I hope it will not the last
Hai semua. I'm back. Wah superb dah berapa hari tak update kan. Oh ya tiada cerita yang menarik nak diceritakan. As usual bila dah takde yang menarik nak cerita haruslah biarkan saje anda dan anda semua baca entry yang lama. Ya hari tu macam nak cerita pasal result. Tapi i'm feel so down. Malas mao cerita pasal result. Oke let's move to the topic. Ya hari ni keluar beriringan dengan kawan-kawan pergi berjalan-jalan di Setia City Mall.
Thursday, 7 February 2013
Aku Budak Dekan
Hai warga-warga blogger dan seangkatan dan mao pon tak terangkat. Oh hari ni pengenalan tak panjang pon. Sebaris dua jer. Terus pada topik oke. Today result exam will announce. Serious wa cuak bhai. Sem ni macam rasa agak teruk. Tu yang aku saje tulis tajuk aku dekan. Dengan harapan ada keajaiban tetibe tertulis "ANDA ADALAH DEKAN untuk SEM INI" mao aku terkejut =)
Tuesday, 5 February 2013
Aku Artis =)
Pagi yang indah dengan suasana yang riuh rendah bebudak sekolah. Oh biasalah sekarang ni waktu depa rehat jadi tu yang riuh. Memang happening oke tinggal dekat sekolah ni. Pepagi dah kena kejut dengan suara depa. Hang tak payah susah nak kunci jam. Kalau terlupa nak kunci pon takpe pasti akan terbangun punya =)
Monday, 4 February 2013
Go back to School
Sunday, 3 February 2013
Lari Rumah
Ya update lagi. Jejari dah makin lembut dan boleh dilentur sebab tu dah makin banyak update. huhu. Really miss that moment when everyday cari idea nak update blog. Hehe. Eh sekarang pun dah better sebab ada gak update. Kalau tak berbulanlah korang tengok blog Cik Diba dengan entry lama =)