AMARAN : ENTRY PANJANG MELAMPAU
Hari ni banyak penat ow. Tadi petang Cik Diba lepas asar kan pegi lah menolong pakcik meniaga kat pasar. Kalau ikutkan ni dah kali ke-2 Cik Diba tolong meniaga ;)) Sangat seronok tau meniaga kat pasar nih. Paling best tengok macam-macam ragam orang kat pasar. Pakcik Cik Diba jual air dengan ayam macam mail dalam cite upin ipin selalu jual uh. Hahaha. Tapi tak de lah kate 2 sehinggit. Memang tak berbaloi ;)) Hoho.
Comel jer kalau ada upin ipin datang beli ayam :))
Masa first time tolong tuh kan amatlah kekok.Yelah kalau setakat nak air dalam cawan yang RM1 tuh masih pandai r nak isi tapi bila sampai nak dalam plastik uh Cik Diba sangat kekok. Sebabnya tak pandai nak ikat plastik tuh. Last-last suruh anak pakcik tolong ikatkan ^__^ Ada satu benda lawak time tengah meniaga uh. Adalah sorang abang ni dengan anak die kot datang kat gerai pakcik Cik Diba. Oke macam biasa mesti lah tanya nak beli air apa? nak beli ayam ker? Abang tuh tanya lah anak die nak air apa. "Mat (bukan nama sebenar) nak air apa?"Pastu anak die ni pon jawab nak air ribena. Hahaha tergelak Cik Diba dengan bapak die mao taknya mana ada pakcik Cik Diba jual air ribena. Pepandai jer anak abang uh. Hahaha. Adik sangat kelakar ;))
Oke second time iaitu tadi petang oh sangat lah sibok sebab ramai sangat pelanggan. Tak cukup tangan diwatnya. Nasib baik tak boleh guna kaki, kalau tak dengan kaki-kaki sekali join. Opss hanya gurauan semata-mata :)) Tetibe ada lah sorang mamat ni bersama adik die datang nak beli air. Die tanya adik die, "Dik kaw nak air apa? ni ada air sirap, bandung, kelapa, tebu." ('__') oh apa abang ni merepek. Suka suki jer cakap ada air sirap bagai ;) aish. Adik die ni pon pandai sangat cakap kat abang die nak air sirap. Ha amik kaw jawab lah situ. Hahaha. Tergelak diwatnya, tak pasal-pasal abang die kene balik. Terus jer abang die betulkan balik. "Dik kaw ni lurus lah mana ada air sirap. aish" Dan akhirnya abang tuh beli 1 air kelapa dan 1 air tebu. Hoho.
Aih macam-macam jenis orang kat pasar nih. Ada pulak yang beli 2 3 ketul ayam pastu tak cukup duit. Alahai kecian. Ha tadi ada pakcik tuh nak beli 2 ketul ayam. Last-last kira die tak cukup duit. Terpaksa lah beli 1. Tapi pastuh datang lagi beli lagi 1. Oh yang paling tragis Cik Diba tersilap bagi. Ingatkan ayam goreng yang banyak daging uh. Rupa-rupanya terbagi leher ayam. Ok Cik Diba dah silap "__" Punya lah tunggu pakcik tuh datang balik rupanya langsung tak datang. Ending nya balik jer lah ;) Mintak Maaf yer pakcik :))
P/S: sekarang tengah giat meniaga brooch cute miut ;))