topbella

Wednesday 13 July 2011

Pengalaman paling seram


Eh entry di pagi hari. Sangat semangat lah Cik Diba hari ni. Mengapa yep? Hoho. Ni sume sebab blog KUCING STUDIO hari ni tlg review pasal blog Cik Diba. Uh malunya *blushing. Apa lah orang cakap kalau tengok blog Cik Diba nih. Dah lah simple bebenor. Tak comel pon blog Cik Diba ni. Messy bebenor :)) Hahaha

OKe abaikan sume tadi mari kita terus lurus ker tajuk. Hari ni Cik Diba nak kongsi pengalaman time amik ujian memandu dengan JPJ dulu. Hua memang cuak oke. Yelah macam-macam fikir pastu tengok orang yang gagal bagai. Makin lah hati dupdap2. Cik Diba dapat idea nak wat entry ni sume sebab tadi dengar HOTFM. Diorang wat topik pasal pengalaman semasa latihan memandu atau time ujian memandu. Sebenarnya terasa nak call HOTFM tapi kredit tak mencukupi. Nak pakai SMS pon rasanya kredit tak mengizinkan. Jadi Cik Diba menaip kat blog jer lah. Ada gak yang baca pastu siap boleh baca ulang-ulang sampai muntah hijau. Hahaha

Hish panjang mukadimah bile nak mula citer kan. Maaf ye makcik pakcik akak abang sekalian. Hoho. Cik Diba nak cite time ujian memandu dekat jalanraya, macam biasa lah pegi dekat kereta. Alhamdulillah dapat JPJ lelaki. Bukan apa orang kata jangan dapat JPJ perempuan sebab payah sikit. Cik Diba pon tak tau lah apa yang payah nya. Oke time mula-mula masuk kereta tuh Cik Diba pelik lah apasal ler JPJ ni taknak masuk. Die taknak test Cik Diba ker. Oh rupa-rupanya pintu tempat die berkunci. Nampak sangat Cik Diba nak sabotaj die. Hahha. Dah baca bismillah, dah hidup enjin dah cek sana cek sini. Oke clear sume mula lah untuk pandu dengan skema. Hoho Time baru mula-mula memandu tuh Cik Diba terasa apasal kereta nih macam semput, macam ada orang tekan brek. Oh cilaka punya JPJ ada ker patut die main tekan pedal brek tuh. Alasan dei cakap takut brek tuh tak elok. Aih kalau sekali jep die test takper. Nih sampai dah nak keluar ke jalan. Aish nasib baik lah Cik Diba nak amik ujian. Terpaksa lah wat muka sabar. Masa dekat jalan raya lain pulak kerenah JPJ nih. Ada pulak die suruh Cik Diba betulkan aerial yang kat atas bumbung kereta tuh. Sebabnya radio kat kereta tuh tak dapat siaran. Die ingat arieal tuh tak dinaikkan. Aish. Cik Diba pon terpaksa lah buka tingkap sambil sebelah tangan kawal stereng g betulkan arieal. Dahlah tengah drive time tuh. Tak ke rasa kecik jer Cik Diba tengok JPJ tuh. Dah oke sume die ajak lah borak-borak. Aih JPJ ko tido jer lah. Nyampah Cik Diba layan borak ko tuh. Bosan betul. Dan akhirnya selamat sampai. Alhamdulillah pas. Dapat ler lesen memandu. Oke tak mau dah jumpe pakcik JPJ tuh. Hoho


Seram tao nak drive nih. Tapi sekarang dah bole main drift2 bagai "__"


P/S: korang ada dapat JPJ macam Cik Diba?


12 luahan perasaan:

muaz syamil azizan said...

orang lain semua dah ada lesen sebenar dah hahaha

rahimah said...

hahahahah!lawak pengalaman sbnar nye.huhu jpj saya ..haih..senyap nya boleh dgr nafas sendiri..takuts ..entah dia tido ke serius ke=.=

Adibah Jumali said...

muaz: ye lah2

Adibah Jumali said...

kak mah: hoho.. mesti bosan kan

Anonymous said...

Secara jujur. Aku serius nak marah bila tajuk tak kena dengan cerita. Kalau nak melawak pun bgtau lah at last part

Yatt S. said...

ingat lagi masa latihan memandu, pakcik yang ajar tu jerit

"slow!!! kau ingat racing F1 ke ni"

hahaha. memang kelakar. nasib baik masa test JPJ tu semua berjalan lancar. dapat gak lesen.

Tips : Cara Mudah Kantoikan Boyfriend Curang
Teguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya

Adibah Jumali said...

daoos: ops jgn marah ler.. sori oke

Adibah Jumali said...

Miss Y: nsib baik oke time ujian kan

A'an said...

hikhik. aku baru buat entri berkaitan pandu memandu nih.
check it out My True Confession

Adibah Jumali said...

hoho..
bgus2

dwatyKNY said...

pakcik jpj tu nak gurat kot.... hahahaha... tu yang ringan sangat mulut nyerrrr... hikhikhik

Adibah Jumali said...

hoho..
x nak ler..
sggup dpt jpj pumpuan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KakiBLOGGER

Empunya Blog

My Photo
Adibah Jumali
Memiliki aset dimple termahal. Love to make people laugh and love to smile :-) Saya suka warna purple :))
View my complete profile
 
Cik Diba© Designed by: Compartidisimo